SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 31 Januari 2011

Muhsin

Salam..hari khamis merupakan pergerakan terakhir Muhsin bersama ibunya (Elly Sofiana) dan pada jam 3.30am (Jumaat 28-Jan-2011) Doktor di Hospital Lahad Datu (Tingkat 3) mengesahkan bahawa anakku telah tiada atas faktr yang unik dan tak dapat dikenal pasti puncanya bertitik tolak di atas kehendak Allah Taal yang Maha Agung Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.

Jenazah selamat dikebumikan di perkuburan tanah orang Islam di Kg. Khamis (Jalan Lapangan terbang-Sandakan) pada jam 2.20pm hari Sabtu ditemani bersama kaum keluarga yang datang dari DengkiL, Sepang dan juga sahabat-sahabat sekitar Lahad Datu, Karkun jemaah halaqah Bandar dan juga rakan dari Sekolah Kebangsaan Paris 3 Kinabatangan.

Moga roknya dicucuri Rahmat Allah Taala.

(Mus_31Jan2011)

Selasa, 25 Januari 2011

Contoh Minit Mesyuarat_Lapuk2010

Gambar hisan ketika mengikuti Jamboree Budaya Serumpun Sambas Kalimantan Barat Indonesia Disember 2010


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH

DAERAH KINABATANGAN

TARIKH : 7 OKTOBER 2010

MASA : 2.00 – 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU KINABATANGAN

PENGERUSI : PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH (nama)

Kehadiran *(rujuk lampiran)

AGENDA MESYUARAT

1. Perutusan Pengerusi (Pesuruhjaya Pengakap Daerah).

2. Ucapan Pesuruhjaya Kawasan Zon II.

3. Ucapan PPD Kinabatangan.

4. Perkara-perkara berbangkit.

5. Penubuhan, perlantikan dan pengagihan tugas

Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinabatangan.

6. Cadangan perancangan aktiviti tahun 2011.

7. Hal-hal lain.

LAPORAN MESYUARAT

1.0 Perutusan Pengerusi (Pesuruhjaya Pengakap Daerah)

1.1 Pengerusi mengucapkan salam serta berterima kasih kepada PPD Kinabatangan, Pesuruhjaya Zon II, pemimpin, guru penasihat, kelana dan ahli pengakap yang dapat hadir.

1.2 Pengerusi menyatakan bahawa mesyuarat lebih tertumpu kepada penubuhan majlis pesuruhjaya pengakap daerah bagi julung kalinya untuk memperkemaskan lagi kegiatan dan aktiviti pengakap peringkat daerah.

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa kerjasama antara PPD Kinabatangan amat penting dalam menjayakan sesuatu mengenai kepengakapan yang lebih bersifat terbuka kepada semua peringkat umur.

1.4 Pengerusi memperingatkan kepada semua pemimpin yang ditauliahkan agar menyumbang terus jasa dan pengalaman dalam kepengakapan di peringkat sekolah untuk anak-anak kecil terus bawa jati diri lebih baik dalam disiplin diri.

1.5 Pengerusi amat berterima kasih kepada pihak PPD Kinabatangan kerana membenarkan menggunakan ruang PKG untuk mesyuarat pengakap bersama guru-guru sekolah seliaan PPD Kinabatangan.

2.0 Ucapan Pesuruhjaya Kawasan Zon II.

2.1 Beliau amat berbangga kepada semua ahli pengakap yang hadir dan berterima kasih kepada pihak PPDK kerana turut beri masa dalam mesyuarat ini.

2.2 Beliau mengingatkan kepada semua ahli pengakap agar jangan terus berhenti berpengakap dan terus menyumbang kepada pengakap selagi ada daya.

2.3 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru-guru penasihat sekolah yang dapat hadirkan diri kerana sanggup berkorban masa dan tenaga dalam usaha penubuhan majlis pesuruhjaya pengakap walaupun banyak kekangan.

2.4 Beliau akan membantu seberapa daya yang mampu dalam pengakap daerah agar terus di pandang tinggi dan dapat bersaing terus ke peringkat yang lebih besar.

2.5 Beliau menceritakan pengalaman dalam kepengakapan secara ringkas bermula dari awal penglibatannya sehingga hendak bersara daripada menjawat di perkhidmatan awam sebagai guru.

3.0 Ucapan PPD Kinabatangan.

3.1 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua ahli pengakap dan berterima kasih kepada pesuruhjaya daerah kerana beri ruang untuk bersama dalam mesyuarat.

3.2 Beliau mengingatkan bahawa aktiviti pengakap merupakan kegiatan kokurikulum berkaitan dengan murid dan guru di sekolah. Maka kegiatan akan dipantau selia samada diperingkat sekolah, PPDK mahupun diperingkat JPN Sabah. Tidak melibatkan kegiatan yang merbahaya kepada murid yang bleh menimpa kemalangan supaya tidak menjejaskan imej pengakap.

3.3 Beliau memaklumkan bahawa pekeliling ada dikeluarkan di peringkat KPM yang mana sebarang aktiviti yang hendak dilaksanakan di luar sekolah perlu mendapatkan kebenaran (permohonan) ke JPN melalui PPDK. Ini adalah penting untuk rekod sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diduga.

3.4 Beliau mengatakan bahawa tiada masalah untuk pihak pengakap mengadakan aktiviti di sekolah dengan kebenaran dari Pengetua/Guru Besar dan mengingatkan ahli pengakap agar bekerjasama terus dengan PPDK sekiranya menghadapi masalah bersama pihak sekolah.

3.5 Beliau mengucapkan tahniah dan menyokong penuh kegiatan pengakap dapat bawa perubahan dalam identiti murid membina jati diri yang lebih baik dan berdisiplin disamping dapat menyumbang sesuatu yang bermakna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara.

4.0 Perkara-perkara berbangkit.

4.1 Pengerusi meminta setiap ahli yang hadir untuk memperkenalkan diri dan memberi peluang kepada sekolah yang bermasalah untuk mengadakan kegiatan pengakap disuarakan.

4.2 Setiap ahli yang hadir memperkenalkan diri seorang demi seorang, dan tiada masalah yang di berikan.

4.3 Pengerusi memaklumkan bahawa komimen semua bakal ahli majlis pesuruhjaya yang akan dilantik menjadi kayu ukur dalam kejayaan kepengakapan di daerah Kinabatangan.

5.0 Penubuhan, perlantikan dan pengagihan tugas

Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinabatangan.

5.1 Pengerusi memaklumkan terdapat banyak jawatan untuk penolong pesuruhjaya daerah yang perlu diisi dan tanggung jawab serta komitmen yang baik perlu diberikan setelah menerima lantikan.

5.2 Pengerusi memulakan lantikan mengikut cadangan dan sokongan ahli yang hadir dalam mesyuarat. Terdapat ahli (guru pemimpin) yang tidak hadir mendapat lantikan secara sokongan majoriti melihat kepada keupayaan ahli tersebut dalam menjayakan sesuatu tugas.

5.3 Semua ahli bersetuju bahawa En. Nik Helmi Azuar diberikan tanggungjawab sebagai Timbalan Pesuruhjaya Daerah dan menjawat beberapa jawatan lain sebagai DUTA Pengakap Daerah Kinabatangan dalam membina hubungan baik bersama pengakap di peringkat luar daerah dan antara Negeri.

5.4 Semua ahli memahami tugas masing-masing dan mengatakan untuk memberi komitmen yang terbaik dalam semua perkara /tugasan /amanah yang dipikul.

5.5 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli dan mengingatkan bahawa jawatan yang disandang bukan hanya sekadar nama tetapi hendaklah melaksanakan tugas yang diberi serta berganding bahu bersama ahli dalam apa jua perkara dan masalah yang dihadapi.

6.0 Cadangan perancangan aktiviti tahun 2011.

6.1 En.Nazim mengatakan ahli pengakap kelana akan mengadakan aktiviti berbasikal pada hujung tahun ini (Desember 2010) bermula dari Tawau ke Sandakan. Beliau mencadangkan untuk mengutip sumbangan bagi aktiviti tersebut.

6.2 Pengerusi memberitahu bahawa sebarang aktiviti hendaklah mendapatkan kelulusan dari pihak yang bertanggungjawab dan perlaksanaan untuk mengutip sumbangan berbentuk kewangan haruslah dilaksanakan seberapa segera bagi melancarkan aktiviti tersebut.

6.3 Pengerusi mengingatkan bahawa pengakap daerah Kinabatangan diberikan tanggung jawab untuk merancang aktiviti/ program pada Jamboree Sabah 2013. Maka setiap ahli boleh kemukakan cadangan dan aktiviti yang sesuai dengan Jamboree Sabah ke-100tahun dan setiap ahli hendaklah mengambil bahagian serta tanggung jawab untuk melaksanakan secara bersama dan bukan secara perseorangan.

6.4 Pengerusi mencadangkan perancangan aktiviti tahun 2011 dikemukakan pada mesyuarat seterusnya.

6.5 Semua ahli bersetuju.

7.0 Hal-hal lain.

7.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli bahawa usaha untuk mendapatkan tanah dari Pejabat Daerah Kinabatangan sedang diusahakan secara bersama Pegawai Daerah.

7.2 Pengerusi mengingatkan bahawa semua aktiviti pengakap hendaklah berekod dan didokumentasikan untuk menjadi bukti bagi kegiatan pengakap yang bergiat aktif di daerah Kinabatangan.

7.3 Pengerusi berharap agar semua ahli dapat bersama memimpin sekolah masing-masing untuk memajukan kegiatan pengakap dan ahli yang terdiri dari murid-murid merupakan asset utama sebagai penggerak kegiatan pengakap bagi Jamboree-Jamboree yang akan diadakan di masa akan datang.

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan memberi sokongan penuh kepada semua ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap yang telah dilantik dalam mengemukakan sebarang pendapat dan cadangan untuk memperbaiki mutu kepengakapan di daerah Kinabatangan khususnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh,

(MOHD MUSTAKIM BIN KAMARUDIN)

Setiausaha (Pentadbiran)

Penolong Pesuruhjaya Pengakap

Daerah Kinabatangan

Nama Pencadang :________________________________

Disokong oleh :________________________________

Tarikh :________________________________

Masa :________________________________



Disemak oleh


..............................................


Disahkan oleh


…………….........................

Pesuruhjaya Daerah Kinabatangan



Jamboree_Dec2010 -YahoOo


Pada December 2010, saya bersama ahli pengakap Sabah (PPMCS) telah pergi ke Jamboree Budaya Serumpun di Sambas Kalimantan Barat Indonesia. Amat seronok sekali... nanti sambung tulis lagi..ngah penah baru lepas update data sekolah (Guru Data tahun 2011)

-mus-
5.49a.m.
25Jan2011

Jumaat, 21 Januari 2011

Tahun 2011

Tahun 2011 kini sudah tiba pada 20hari yang lalu..baru kini saya mula untuk menulis di entri blog yang sekian lama bersarang. Sukar untuk mulakan penulisan yang sudah lama ditinggalkan. Namun saya tetap akan cuba buat yang terbaik dalam penulisan yang lebih berkualiti disamping memasukkan lebih banyak bahan serta rujukan buat panduan saya sendiri di masa akan datang serta untuk kawan-kawan lain.

Perubahan era baru 2011 tidak sama dengan kehadiran Maal Hijrah yang disambut lebih awal dengan sambutan yang tentunya lebih meriah melalui bacaan doa serta bacaan ayat suci al-Quran.

Kehadiran 2011 juga turut memberikan impak yang besar terhadap semua individu secara zahirnya tetapi secara batinnya setiap insan itu akan berubah dari hari ke hari samada menjadi lebih baik atau sama sahaja ataupun menjadi yang lebih buruk (manusia yang RUGI).

Tekadkan keazaman dan teruskan usaha dan perbanyakkan berdoa serta bersujud kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui agar semua yang diusahakan sebelum ini diterima dengan Rahmat Allah dan usaha selepas ini diberkati agar semua makhluk dapat terima petunjuk daripada Allah Taala juga memberikan kejayaan di dunia dan khususnya diakhirat yang paling utama lagi bermakna. Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails