SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Sabtu, 30 Julai 2011

KOKUM BATAL

KOKUM DI BATALKAN....

tak tahu kenapa???



SELAMAT BERPUASA PADA MINGGU HADAPAN ;)


(di bilik guru SK Paris 3)
nak pergi ke Sandakan pula lepas...YahooOOoOoOoo


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Jumaat, 29 Julai 2011

PENGAKAP KINABATANGAN

PERKHEMAHAN PENGAKAP

Peristiwa berlaku pada 23-Julai-2011

Cikgu Azuar selaku Timbalan Pesuruhjaya Daerah Kinabatangan (pengakap) telah merancang dan melaksanakan satu perkhemahan pengakap peringkat daerah Kinabatangan dengan kerjasama daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kinabatangan, PPMCS Daerah Kinabatngan (Pemimpin, kelana).

BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA GAMBAR YANG SEMPAT SAYA AMBIL.....

Banner di urus oleh Pengakap dan gambaran awal sebelum bermula perkhemahan..murid mendirikan khemah dengan kerjsama pangakap muda dari SMK Paris (terima kasih kerana turut bersama dengan KAMI )






Guru turut membantu....

Gambar di bawah ialah pengakap dari SMK Bukit Garam 2 yang turut bersama ikuti perkhemahan ini...Mereka semualah yang menyediakan makan dan minum bagi pengakap semua..terima kasih

nasi goreng waktu pagi mmg best jugak Telor+garam jerk pun ok ;)



GAMBAR-GAMBAR LAIN....









Pengalaman saya...
1)mengambil buluh di kampung bukit Belacon bersama cikgu Syahar dan Cikgu Joenas ;)
2)susah payah nak ambil buluh
3)pengurusan mesyuarat pengakap
4)perkhemahan besar memerlukan tenaga kerja yang banyak dan berkesan
5)jaga kesihatan
6)jaga iman dan amal walaupun dalam keadaan perkhemahan
7)banyak lagi tapi lain tulis lagi....nak tahu JOM lah BERKHEMAH

Kem Kepimpinan 2011






KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN

SK PARIS 3 KINABATANGAN Telah mengadakan satu Kem Kepimpinan pada 20-Julai-2011 (RABU) di bawah anjuran dan seliaan Cikgu Nik Helmi Azuar selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Golongan sasaran ialah kepada PENGAWAS, PUSTAKAWAN, KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS Tahap 1 dan 2. Program ini berjalan lancar mengikut perancangan dan aktiviti yang di sediakan selama 1 hari bermula 7.30 pagi hingga 4.30 petang.






Saya di amanahkan oleh cikgu Azuar untuk mengambil gambar aktiviti dan memberi sedikit ceramah kepada golongan Ketua dan Penolong Ketua Kelas pada hari tersebut yang bermula selepas rehat jam 10.00pagi hingga 11.45pagi.

Setelah mendapat amanat tersebut, pagi itu jam 9.00pagi saya segera mencari bahan yang sesuai untuk diberikan kepada murid (worksheet) dalam kumpulan serta sediakan sedikit slide show (powerpoint) supaya penyampaian lebih jelas dan murid dapat memahami setiap isi (perkara) yang hendak di sampaikan.

Boleh dikatakan, semua aktiviti berjalan lancar. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat. Program ini memberi sedikit pengetahuan kepada saya akan tugas ketua kelas dan penolong serta tugas pustakaan dengan lebih jelas, selain itu berinteraksi bersama barisan kepimpinan (murid) juga satu pengalaman yang dapat digunakan dalam program yang akan datang.








Daya usaha guru hanyalah untuk menyampaikan dan berkongsi kepada murid, kefahaman yang diperolehi diberikan oleh ALLAH yang MAHA KUASA. Oleh itu, berusahalah kita sebaik mungkin dalam menyampaikan setiap perkara kepada murid dan berdoalah sesungguh-sungguhnya kepada Allah dengan penuh harap agar setiap ilmu yang disampaikan dan dikongsikan diberkati dan difahami oleh murid seterusnya menjadikan murid INSAN yang berjaya di DUNIA dan AKHIRAT khususnya...AMIN

Gambar di bawah ketika saya melaksanakan Ceramah Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas, turut terlibat PUSTAKAWAN sekolah (saya beri kerta untuk mereka senaraikan beberapa perkara yang saya perlukan)









Rabu, 27 Julai 2011

Bengkel Perkongsian Teknik Guru SAINS

Pada 23-Julai-2011 PPD Kinabatangan telah menganjurkan bengkel khas untuk Guru Sains dan Matematik di SK Kota Kinabatangan bermula jam 8.00pagi hingga 12.30 tengah hari.

Saya bersama Cikgu Saedah, Cikgu Yong, dan Cikgu Zul Haimy menuju ke sana dan tiba jam 8.30pagi.

Setibanya di sana, saya sempat berjumpa dengan Encik Hafiz dari Sandakan selaku penceramah yang akan berkongsi teknik untuk guru sains pada slot pertama (8.00 pagi hingga 10pagi).

Banyak perkara yang dapat saya pelajari dari beliau malah beliau banyak berkongsi tentang pengalaman dan kaedah yang diberikan kepada murid samada dalam skeolah beliau sendiri mahupun bersama murid di sekolah lain.


Gambar akan saya masukkan kemudian.

Balik dari bengkel, saya singgah di SK Paris 3 untuk hantar Cikgu Yong dan Cikgu Zul Haimy ke rumah mereka. Then solat dahulu sebelum pulang ke LD.

Pada 23-Julai-2011 PPD Kinabatangan telah menganjurkan bengkel khas untuk Guru Sains dan Matematik di SK Kota Kinabatangan bermula jam 8.00pagi hingga 12.30 tengah hari.


Saya bersama Cikgu Saedah, Cikgu Yong, dan Cikgu Zul Haimy menuju ke sana dan tiba jam 8.30pagi.








Setibanya di sana, saya sempat berjumpa dengan Encik Hafiz dari Sandakan selaku penceramah yang akan berkongsi teknik untuk guru sains pada slot pertama (8.00 pagi hingga 10pagi).


Banyak perkara yang dapat saya pelajari dari beliau malah beliau banyak berkongsi tentang pengalaman dan kaedah yang diberikan kepada murid samada dalam skeolah beliau sendiri mahupun bersama murid di sekolah lain.



Gambar akan saya masukkan kemudian.

Balik dari bengkel, saya singgah di SK Paris 3 untuk hantar Cikgu Yong dan Cikgu Zul Haimy ke rumah mereka. Then solat dahulu sebelum pulang ke LD.


Sampai rumah... saya jatuh sakit (demam!!!)



Sampai rumah... saya jatuh sakit (demam!!!)

Aktiviti 'Kajian Tindakan' pra-Cerita


Kajian Tindakan dan aktiviti dalam kelas!!!

Bertitik tolak daripada BENGKEL PERKONGSIAN TEKNIK GURU SAINS (pada 23-Julai-2011) di SK Kota Kinabatangan. Saya telah merancang satu aktiviti yang membolehkan murid berinteraksi dalam kumpulan dan dalam kelas.

Soalan cabaran sains saya berikan kepada murid pada hari Khamis (21-Julai-2011) dan perbincangan dilaksanakan pada hari Isnin (25-Julai-2011). Soalan cabaran sains ini saya berikan untuk mengenal pasti prestasi murid dari segi INGATAN DAN PEMEHAMAN KONSEP SAINS untuk teknik menjawab yang telah dipelajari (2minggu lepas). Ternyata soalan Cabaran Sains ini menguji kefahaman murid.

 SOALAN ELIT HANYA DIBERIKAN KEPADA 10 murid sahaja (TARGET!)


SOALAN DIBAWAH DIBERIKAN KEPADA SEMUA MURID


 
Aktiviti yang dirancangkan ini berjalan lancar pada hari SELASA bersamaan 26-Julai-2011 BERMULA jam 11.00-12.00 tengahari (sejam). Murid telah dimaklumkan dengan awal supaya membantu saya mengangkat keperluan projektor, fail, manila kad, komputer riba, extension wayar (dari dalam bilik PK 1) dan BBM lain. Sebahagian murid yang lain dalam kelas telah menyusun kerusi dan meja (untuk letak projektor).

GAMBARAJAH DI BAWAH MERUPAKAN BEBERAPA SLIDE POWERPOINT YANG SAYA BINA DAN RANGKA DALAM PENGGUNAAN PNP (bagi tujuan Kajian Tindakan)


 Saya hanya mengajukan soalan sahaja terlebih dahulu sebelum "klik" mouse untuk meneruskan langkah seterusnya. Murid di minta untuk mengenal pasti
PEMBOLEH UBAH DI MALARKAN
PEMBOLEH UBAH DI MANIPULASIKAN (PM)
PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS (PB)

Setelah itu, usaha dalam mengenal pasti POLA 1 (PM) DAN POLA 2 (PB)

Kemudian, kenalpasti soalan yang berbentuk HUBUNGAN (hipotesis) dan SEBAB (inferens)

Soalan kesimpulan turut dibincangkan (tetapi tidak diberi penekanan) kerana penumpuan hanya kepada pemboleh ubah , hubungan, sebab dan tujuan penyiasatan (peringkat 2)


 Soalan EXCEL dari JPN Sabah turut saya bincangkan (pada hari Selasa 26-Julai-2011)







Tujuan aktiviti ini ialah membenarkan murid untuk duduk dalam kumpulan, berlaku perkongsian dan percambahan idea (betul / salah), inkuiri penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kemahiran mengaktifkan diri dalam kelas dan kumpulan.


Murid dibahagikan kepada 10kumpulan (3/4 orang dalam 1 kumpulan). Kemudian setiap soalan yang dberikan sekiranya dapat menjawab dengan betul diberi markah (1markah).

Secara keseluruhan, aktiviti ini berjaya (bagi murid yang aktif) namun terdapat juga kekurangan kerana tiada lembaran yang diberikan kepada murid. Perkara ini akan saya atasi pada sesi PNP yang akan datang.



Murid mula menjawab dan memberikan jawapan setelah perbincangan dalam kumpulan. Sementara kumpulan yang lain mendengar dan menyemak jawapan yang diberikan samada betul atau salah.

Murid datang ke hadapan kelas (wakil kumpulan) untuk meletakkan pilihan jawapan (PM dan PB).
PM ialah pemboleh ubah di manipulasikan / PB ialah pemboleh ubah bergerak balas.
 Setelah memberikan jawapan, guru akan menyemak bersama dalam kelas. Penggunaan slide show (powerpoint) untuk memudahkan guru dan murid untuk bertindak dengan cepat, pantas, berkesan.
Cepat dan pantas untuk kurangkan menulis.
Berkesan kerana penggunaan warna dalam pembentangan (membantu murid dalam daya ingatan)
Gambar di atas, seorang murid (Nurul Audy) membantu guru dalam mengira keseluruhan markah kumpulan setelah aktiviti PNP selesai.

Kumpulan ini mendapat markah yang terendah kerana penglibatan dalam menjawab soalan dalam kelas amat rendah. Setelah ujian dilaksanakan dan mendapati murid dalam kumpulan ini, mendapat markah yang terendah dan tidak mencapai paras yang di tetapkan (jangkaan). Oleh itu, aktiviti dalam kumpulan iaitu LEMBARAN KERJA dalam kumpulan juga adalah penting setelah aktiviti dalam kelas.
(PERANCANGAN YANG RAPI PERLU DILAKSANAKAN)


Setelah murid selesai melaksanakan aktiviti dalam kelas (kumpulan). Saya mengadakan sedikit ujian untuk menilai tahap pemahaman dan pengetahuan murid secara individu. Keputusannya terdapat murid yang meningkat secara mendadak dan terdapat juga murid yang turun secara menjunam manakala 1 orang murid tidak berubah markah telor ayamnya.



Gambar di bawah menunjukkan, salah satu soalan yang mana GAMBAR dalam soalan tidak berapa jelas (dalam kertas) maka saya lukis kembali di papan putih.
(tindakan segera dan langkah penambahbaikan dalam pembinaaan soalan harus dilakukan supaya murid tidak TERANIAYA kerana mendapat soalan yang tidak jelas)


Bahan/Sumber rujukan bersumber dari buku latihan yang dibeli di Toko Buku Sabah (Sabah Book Store), pengalaman ketika bengkel perkongsian teknik guru sains di SK Kota, pengalaman bersama JU Sains Puan Salmah ketika di KEM Elit fasa-1 di SMK Bukit Garam 2 pada cuti semester 1, Cikgu Emran (beri pandangan dan komen untuk atasi murid yang lemah (dapat markah 0).

Banyak perkara yang perlu diperbaiki. Malah pelbagai teknik harus dicuba dan di bentuk reka dengan lebih baik agar penyampaian lebih berkesan. InsyaALLAH.

Doa dan Tawakkal kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah memberi pertolongan kepada kita semua. Amin. 



Di Kemaskini kembali pada 
12.32p.m. 
18-Dec-2011 
(Ahad)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails