Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Khamis, 31 Januari 2013

Sains tahun 5 Penyebaran Biji Benih

Perkongsian sementara...

Penyebaran biji benih melalui angin









Sains Tahun 6 Unit Daya (Video dan Peta minda)

Kelas : 6PA
Masa : 6.45 - 7.45 am (1 jam)
Tempat : Bilik Darjah
 
Topik: Daya
Sub-topik: Pengenalan 3 jenis daya (tolakan, tarikan, tolakan dan tarikan)

Intro pnp kali ini 
- murid di  minta lakukan aktiviti secara berpasangan, pegang tangan rakan dan tarik (begitu sebaliknya) dalam keadaan berhadapan (face to face).
-seterusnya murid di minta membelakangkan kawan, kawan di belakang pegang tangan kawan dihadapan kemudian tarik.
-Apakah perbezaan daya yang digunakan?

teknik konstruktivis digunakan....

kemudian, pengolahan kepada peta minda (maklumat) daya yang diketahui 
3 jenis

1) tolakan

2) tarikan

3) tolakan dan tarikan

kemudian berikan contoh yang berkenaan (4 contoh setiap satu jenis daya)

pengayaan: guru tunjukkan video yang berkaitan dalam bilik darjah selama 3 minit.

(video POCOYOO)

Rabu, 30 Januari 2013

Sains tahun 5 Kemandirian Tumbuhan (peta minda & aktiviti luar kelas)

Pada hari ini, saya masuk ke kelas tahun 5 Proaktif untuk memulakan sesi yang baru (tajuk baru).
Masa: 7.15am-8.15am ( 1 jam )

Kemandirian Spesies

Sub topik : Kemandirian Tumbuhan

Murid didedahkan kepada nota berbentuk peta minda.

Sesi perbincangan dalam kelas secara kumpulan.



contoh peta minda yang dibina oleh murid (tanpa bantuan guru)





Idea ini tercetus bagi memulakan konsep pnp yang baru dan melihat keberkesanan nota peta minda dengan nota biasa. (terima kasih kepada guru-guru sains yang menyumbang idea dan teknik peta minda).

Setelah penerangan dan beberapa soalan diberikan kepada murid, aktiviti seterusnya ialah bersiar-siar di luar kelas untuk melihat proses biji benih tersebar melalui 2 cara iaitu

1. angin

2. haiwan / manusia

Sedikit perkongsian gambar




Murid melihat pokok yang berada di atas bumbung

(Soalan guru: siapakah yang tanam pokok disana?
Murid: Tiada siapa yang tanam, angin yang bawa benih ke sana.)




Taklimat diberikan sekali lagi supaya menjaga sikap dan tidak berbuat bising.


Murid lelaki menunjukkan buah jambu batu di sebelah kanan.






Melihat pokok yang ada di sebelah tangki biru dan juga pokok pakis yang terdapat di atas pokok.



Murid menunjukkan buah jambu yang terdapat di pokok.
 Semua murid menyatakan dengan baik bahawa biji benih itu di sebarkan melalui tindakan manusia (menanam)



Murid diminta beratur mengikut jantina dan diberikan sedikit penerangan untuk jaga tingkah laku.


Perjumpaan Pertama Aktiviti Kokurikulum Unit Beruniform (Pengakap Kanak-kanak)

30-Jan-2013
Rabu


Alhamdulillah, pada petang ini telah selamat melaksanakan aktiviti pertama dalam unit beruniform.


Ahli pengakap telah mengadakan pertemuan di Anjung RMT sekolah bermula jam 2.00pm hingga 2.45pm.

Aktiviti kali ini ialah
1. Perlantikan Jawatankuasa (dikalangan murid)
2. Yuran Tahunan
3. Perancangan Aktiviti (luar / dalam sekolah)

Syukur, walaupun hujan renya-renyai sebelum pertemuan, namun tidak menjejaskan aktiviti petang ini. Bilangan ahli pengakap yang hadir agak sedikit berbanding bilangan yang sepatutnya ada dalam senarai kehadiran.




InsyaALLAH, pertemuan yang kedua lebih meriah dan perlaksanaan kokum pada tahun ini lebih baik.


Pengakap, BUAT SEHABIS BAIK.

Terima kasih kepada semua guru penasihat yang turut serta dalam perlaksanaan aktiviti pada hari ini.




KEMASKINI SEMULA 28 FEB 2013

Selasa, 29 Januari 2013

Mesyuarat Kokurikulum bil.1/2013

Alhamdulillah, pada hari ini bermula jam 11.30 pagi hingga 1.30 ptg telah selamat berlangsung satu mesyuarat pertama unit kokurikulum sekolah.

Banyak perkara dan agenda yang dibentangkan.

Pada tahun ini menyaksikan penstrukturan baru dalam organisasi perlaksanaan kokum.

InsyaALLAH, kita sama-sama buat yang terbaik. 


Esok ialah pertemuan pertama dalam aktiviti kokum.

Segala perkara yang melibatkan urusan sistem fail unit beruniform, kelab/persatuan dan sukan haruslah dikemaskini. Itu adalah agenda utama dalam perlaksanaan kokum setiap hari rabu.

Moga segalanya berjalan lancar

Isnin, 28 Januari 2013

SIARAN TERBARU DARI SK PARIS 3

MAKLUMAT DI PAPAN KENYATAAN DEPAN BILIK GURU PADA HARI INI 28-01-2013


Gelagat dan wajah manis anak tersayang Siti Hajar

Suka-suka ambil gambar sepanjang bulan Januari....

Gambar terkini diambil pada 28 Januari 2013


Menonton POCOYO di Youtube.com




Bengkel Kutipan dan Verifikasi Data Emisonline (Januari)

Alhamdulillah, pada hari ini telah selesai bengkel pertama untuk guru data bagi tahun 2013.

Banyak perkara yangg dibentangkan dalam bengkel ini. Akan saya masukkan kemudian.

AGENDA YANG DIBENTANGKAN

1. STATISTIK KEHADIRAN MURID
2. PERTUKARAN NAMA UNIT KEPADA UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT
3. JADUAL KUTIPAN DATA EMISONLINE TAHUN 2013
4. ARAHAN LOG-IN UNTUK EMISONLINE
5. TALIAN ADUAN UNTUK INTERNET
6. SURAT LANTIKAN GURU DATA MAKLUMAT YANG TERKINI

InsyaALLAH akan ada bengkel yang lain.

Terima kasih kepada pihak PPD Kinabatangan yang menganjurkan bengkel ini. Banyak data yang dapat dibaiki malah saya turut sama dapat berkongsi maklumat bersama guru data yang lain.

Sedikit perkongsian gambar.


Surat panggilan bengkel


ANALISIS KEHADIRAN MURID SECARA BULANAN DAN TAHUNAN BERMULA
TAHUN 2000 HINGGA 2012.
(Tarikh hantar pada atau sebelum 30 April 2013 
kepada Unit Pengurusan Maklumat PPD Kinabatangan)



Pegawai Maklumat PPD Kinabatangan bermula 2013 menggantikan Encik Alhassim.


Senarai kehadiran GDM seluruh sekolah di bawah PPD Kinabatangan




Ahad, 27 Januari 2013

Status Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS) NKRA bagi Januari 2013

Hari ini saya buka laman web SAPS dan mendapati beberapa perkara seperti berikut..





Kemaskini pada 1.03pm
27 Januari 2013

Pusat Akses dan ICT SK Paris 3 bagi Tahun 2013

Sedikit perkongsian di awal tahun perkembangan ICT dan Pusat Akses sekolah.








Kemaskini 27 Januari 2013

Pembangunan dan Perubahan SK Paris 3 Kinabatangan

Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun ke-4 saya berkhidmat di SK Paris 3. 

Terdapat banyak perubahan yang berlaku dan kemajuan samada dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga pembangunan infrastruktur kemudahan yang disediakan bagi kebajikan guru, murid dan masyarakat.


TANDA MURID DI BAWAH INI TELAH DIBAIKI PINTU DAN DI CAT SEMULA.
GAMBAR DI AMBIL PADA 27 APRIL 2013






INOVASI DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DAN AMANAH

SUDUT 5S Sebelah pintu masuk pejabat sekolah





SUDUT 5S DI ATAS INI SAYA AMBIL GAMBAR 
PADA 26 APRIL 2013





tandas guru/pelawat yang baru


Setor peralatan sukan





Alat penghawa dingin (air-cond) dalam bilik guru




Sudut informasi



Carta pergerakan staf (guru dan ktbm)


Paparan umum jadual waktu mengajar guru



SURAU CERMIN BARU







KEMAS KINI KEMBALI 
PADA 27-APRIL-2013