Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Sabtu, 2 November 2013

Kem Bestari Solat Fasa 2 ( Pengurusan Jenazah) 2013

1 November 2013 Jumaat

Alhamdulillah, pada tahun ini 2013 saya sempat untuk bersama dalam program KBS yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Ustaz Rahmat selaku moderator dan juga Ustazah Harirah, Ustazah Salmah serta Ustazah Mastura dan Ustazah Hasmawati menjadi tulang belakang tenaga kerja program ini.

Tahniah diucapkan kerana program berjalan lancar dengan kerjasama erat semua para guru dan juga pentadbir sekolah Guru Besar Encik Norazam bin Ahmad dan juga Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Zainudin bin Ahmad.

Sebahagian gambar yang dapat dikongsikan...

(saya diamanahkan sebagai unit dokumentasi)





Ustaz Rahmat(sedang duduk) memberikan penerangan dan di bantu oleh Cikgu Nordin(baju merah)

Selasa, 22 Oktober 2013

Bahan Modul Bengkel Program Latihan Untuk Guru ( PLuG ) TMK Tahun 4 Daerah Kinabatangan



Hari kedua 22 Oktober 2013 dalam kursus di PKG Kinabatangan...

Kali ini terdapat beberapa perkongsian yang boleh dimuat turun...

klik link di bawah



Terima kasih kepada JU dari PPD Kinabatangan Encik Rosmin yang memberi tunjuk ajar dalam slot 6 hingga 10 untuk hari ini....









Isnin, 21 Oktober 2013

Tapak Cadangan SMK Paris Kinabatangan

Ini lah gambaran sebuah tapak sekolah yang dicadangkan untuk pembinaan SMK Paris Daerah Kinabatangan...

SMK Paris kini menumpang tapak tanah di bahagian Sekolah Kebangsaan Paris 3.


Gambar ini diambil pada 21 Oktober 2013 (setelah kembali dari kursus PLuG TMK)





Semoga projek ini akan menjadi kenyataan di suatu masa nanti.

InsyaALLAH

Program Latihan Untuk Guru TMK Tahun 4

Bengkel diadakan di PKG Kinabatangan bermula 21 hingga 24 Oktober 2013.

Cikgu Javil menyampaikan slot 1 hingga 5 pada hari ini (21 Oktober 2013)




Di akhir kursus sebelah petang sesi penilaian di laksanakan untuk para peserta.

Alhamdulillah dapat juga menjawab dengan hati yang terbuka :)




Bahan yang ada di internet



Kemaskini kembali pada 9.36pm

Jumaat, 18 Oktober 2013

Bengkel Kutipan dan Verifikasi Data Emisonline Bagi Bulan Oktober 2013 (Kutipan Perdana) Daerah Kinabatangan

Alhamdulillah, bengkel ini telah selamat dilaksanakan pada 17 Oktober 2013 Khamis bermula jam 9.00pagi hingga 5.00 petang di Bilik Mesyuarat Bung Moktar Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan.

Saya selaku guru data telah menunaikan kewajipan untuk menghadiri bengkel ini.

Banyak perkara baru yang dibincangkan dengan beberapa table yang di buat dalam emis.

Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian ialah
1. Maklumat sekolah secara keseluruhan.
2. Data Enrolmen murid terkini terutama bagi kes kecil seperti bilangan murid yatim piatu, murid Islam dan daftar pra sekolah serta ke tingkatan @ peralihan.
   (untuk bilangan murid yang mengambil matapelajaran elektif seperti Bahasa Arab juga hendaklah dikemaskinikan)
3. Data peribadi guru yang perlu di ambil perhatian juga ialah status TETAP DAN BERPENCEN, no.gaji, no.kwsp serta banyak lagi agar tiada ralat kecil.
4. Maklumat KTBM yang mendapat kenaikan pangkat melalui TIME BASE.

Banyak lagi perkara yang dikongsikan...

Terima kasih kepada wakil dari JPN Sabah iaitu Encik Jafnar bin Aludin.

Setiap sekolah hendaklah juga mewujudkan JPMS serta bersiap sedia untuk pemantauan oleh pihak tertentu bagi proses KUALITI dalam pengurusan data di sekolah.

Banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dan perbaiki.

Terima kasih kepada Encik Alhassim kerana banyak membantu saya dalam menyemak ralat sekolah saya.
Jutaan terima kasih juga kepada Cikgu Rosli dari SK Sandau yang sudi tumpangkan saya ke PPD kerana kereta ku yang bermasalah BEARING....

Perkongsian gambar :)






Rabu, 9 Oktober 2013

Kursus VLE Peringkat Daerah Kinabatangan Sabah

Alhamdulillah, bermula pada hari ini 9 Oktober hingga 11 Oktober 2013 kursus ini akan dilaksanakan di PKG Kinabatangan.

Tahniah kepada semua peserta yang hadir :)

Encik Alhassim Pegawai dari PPD Kinabatangan 
mengagihkan peralatan dan bahan kepada para peserta kursus yang mewakili sekolah masing-masing.


Suasana dalam bilik ketika berbengkel (kursus) pada hari pertama 9 Oktober 2013.



Sedikit pendedahan dan percubaan dalam bengkel VLE kali ini.

Kali pertama log in

Dashboard pertama saya


Dashboard yang di EDIT

Saje cuba masukkan Youtube :)





Selasa, 8 Oktober 2013

Soalan Sains Tahun 4 Peperiksaan Akhir Tahun (Bahagian A)

Dalam entri kali ini, terdapat contoh soalan akhir tahun.

Mohon teguran dan juga pandangan dari semua rakan-rakan jika ada sebarang pembetulan dan pembaikan yang boleh di buat.


Sekian....selamat menjawab :)

TUGAS ADMIN SEKOLAH VLE

1. Menerima dan mengesahkan Dongle YES 4G . 
2. Memaklumkan Kepada Pengetua / Guru Besar. 
3. Memberi kursus dan pendedahan kepada guru dan murid. 
4. Membentuk organisasi Frog VLE sekolah. 
5. Membentuk 1 Kumpulan murid (4 orang, 8, 16 dan seterusnya) 
6. Mengedarkan user ID dan Password Guru, Murid & ibu bapa. 
7. Menyiapkan Dashboard Sekolah. 
8. Menyiapkan Takwim Sekolah. 
9. Menyiapkan Booking calendar. 
10. Share Departmental Sites (Guru kanan & M. pelajaran) 
11. Mengisi School Document.
12. Mewujudkan Sites Mata Pelajaran dan Unit KOKO. 
13. Menggalakkan penggunaan PROG VLE di sekolah.

Kursus KSSR Tahun 4 Teknologi Maklumat Komunikasi

Kursus ini dirancang bermula 7 Oktober hingga 9 Oktober bertempat di Pusat Kegiatan Guru Kinabatangan.

Alhamdulillah, saya diamanahkan untuk hadir sebagai peserta dalam kursus ini. Penceramah terdiri daripada 2 orang iaitu Cikgu Javil Sampai dari SK Bukit Garam dan Cikgu Rusdy Ratimin dari SK Bukit Garam 2.

Encik Azlan wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Kinabatangan
memberi sedikit maklumat dan perkara yang perlu diberi perhatian dan respon dari para peserta (guru).




Hari pertama, cikgu Javil menerangkan isi kandungan dalam HSP dan juga bahan yang berkaitan dengan dasar KPM, BPK dan juga pengenalan KSSR. Sempat juga menonton video dari KPM mengenai perkembangan KSSR terkini.

Lebih syukur, pada KSSR tahun 4 tidak banyak tugasan dan fail yang diperlukan malah untuk online bagi guru dalam laksanakan KSSR Tahun 4 tidak membebankan.


BENGKEL KERJA PROMOSI PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) 2013


Alhamdulillah, pada 1 hingga 3 Oktober 2013 (Selasa, Rabu & Khamis) satu bengkel telah selamat diadakan di Tabung Haji Hotel Kota Kinabalu Sabah anjuran dari Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara.

Saya bersama rakan dari SK Bukit Garam 2 iaitu Cikgu Fadley mewakili dari Daerah Kinabatangan sebagai peserta kursus ini. Segalanya berjalan lancar dan cukup menggembirakan.

Suasana dalam bengkel juga turut mencuit hati kerana Dr. Fatimah selaku penyelaras bengkel memberikan input dengan bersemangat dan juga En. Hakim selaku Fasilitator (penceramah) menyampaikan dengan penuh jenaka disamping kaedah yang ditunjukkan banyak membantu saya dalam mendalami penggunaan VLE ini.

Perkongsian gambar :)

DEWAN YANG DIGUNAKAN

DR. FATIMAH

BARISAN TENAGA KERJA DARI BTP BUKIT KIARA





TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA BTP YANG BANYAK MEMBANTU.


Klik di bawah untuk bacaan dan rujukan lanjut

http://bengkelfrogvle.blogspot.com/

http://skalmajaya-skaj.blogspot.com/2012_12_01_archive.html

http://vimeo.com/user12288739/videos/page:2/sort:alphabetical/format:thumbnail


Pengenalan :

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1bestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.



Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mngintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.



Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yag telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana-mana, disekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu



Tugasan :


Memberi gambaran Keseluruhan Frog VLE

Objektif :


  • Untuk memastikan guru mempunyai pemahaman umum fungsi navigasi dalam VLE dan boleh menggunakan VLE dengan baik.
  • Untuk memastikan bahawa guru memahami fungsi-fungsi navigasi pada VLE

Memahami Projek 1BestariNet

Projek 1BestariNet mempunyai 2 matlamat :

  • Menangani masalah kurang minat dan kurang perhatian di dalam bilik darjah.
  • Mengurangkan jurang perbezaan antara pelajar di Malaysia. ia merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi pengajaran dan pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dilakukan melaui Persekitaran Pembelajaran Maya yang berasaskan 'cloud'. Projek ini akan membawa kesan keada 10,000 sekolah di Malaysia. 

Isnin, 24 Jun 2013

Program Kem Bestari Solat 2013 SK Paris 3 Kinabatangan

Alhamdulillah, program ini telah selamat dilaksanakan bermula hari Jumaat bersamaan dengan 21-Jun hingga Ahad 23 Jun 2013.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak terutama barisan guru, kakitangan sekolah dan sokongan dari warga pihak ibu bapa penjaga yang membenarkan anak didik sekolah ini mengikuti program ini, dan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung terutama rakan perjuangan dari NGO Persatuan Mahasiswa Mahasiswi Sabah (jika silap tolong beritau ya).

Penyelaras bagi program Kem Bestari Solat 2013 ini ialah Ustaz Rahmat bin Ahmad.

Semoga dengan program ini menjadi pemangkin kepada semua pihak terutama murid dalam melaksanakan perintah Allah dan membentuk modal insan yang berakhlak insyaALLAH.

Saya dilantik sebagai fasilitator dalam stesen ke-4 bersama Ustazah Harirah dan juga Cikgu Emran.

Sedikit pengalaman dan kemahiran yang dapat diperolehi selaku fasilitator. Sekalipun tugas yang diberikan nampak mudah, namun di sana saya banyak belajar bersama ustazah Harirah dalam mengawal dan selia murid tahap 1 (murid tahun 1, 2 dan 3) di samping cara didikan dalam menyampaikan serta menguji mereka.

Alhamdulillah....

Mesyuarat program ini telah berlangsung pada hari Selasa bersamaan 18 Jun 2013 (saya tiada waktu itu kerana berada di PPD Kinabatangan atas urusan rasmi).










Khamis, 20 Jun 2013

Kelas Tambahan Subjek Sains UPSR 2013 dalam ICT

Alhamdulillah, sudah masuk siri ke-3 kelas tambahan sains berbantukan ICT bersama murid tahun 6 Proaktif.

Soalan yang digunakan adalah tumpuan kepada Objektif Topik tahun 4 (keseluruhan) secara berperingkat. InsyaALLAH, dalam minggu hadapan bermula 25 Jun 2013, akan mula menjawab soalan objektif tumpuan kepada topik tahun 5.

Manakala ujian percubaan akan mula dilaksanakan pada bulan Julai nanti insyaALLAH.

Gambar akan dimasukkan kemudian.'

Siri 1 pada minggu lepas (Rabu 12 Jun 2013) dengan menggunakan set soalan 1 dan 2.

Siri 2 pada minggu ini (Rabu 19 Jun 2013) menggunakan set soalan 3 dan 4.

Terima kasih kepada semua murid tahun 6 yang sudi beri kerjasama yang baik sepanjang kelas tambahan ini sekalipun terpakasa pulang lewat ke rumah.

Moga usaha ini diberkati ALLAH dan menjadi semangat untuk terus maju dalam akademik.

Setelah selesai menjawab, murid solat secara berjemaah bersama di surau pada jam 1pm.

Alhamdulillah.

Klik sini untuk set soalan modul percubaan sains ( soalan ramalan SIRI 1 )

Rabu, 19 Jun 2013

DAFTAR KEHADIRAN GURU KEMASKINI DALAM SISTEM EMISONLINE JUN 2013

ALHAMDULILLAH.

KINI DAFTAR KEHADIRAN GURU DALAM SISTEM EMISONLINE LEBIH MESRA DAN MUDAH UNTUK DIGUNAKAN BERBANDING SEBELUM INI.

TAHNIAH KEPADA PIHAK EPRD YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN INI DAN MENAMBAHBAIK SISTEM INI UNTUK KEMUDAHAN BERSAMA.

INSYAALLAH...

SEDIKIT PERKONGSIAN



SEKIAN..


JIKA ADA SEBARANG MASALAH DAN SILAP, MOHON TEGURAN :)

Program Lonjakan UPSR 2013 Anjuran PPD Kinabatangan

Semalam 18 Jun 2013 (Selasa), SK Paris 3 dijemput untuk menghadiri program anjuran PPD Kinabatangan. 

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Penyampaian disampaikan oleh Encik Zainudin bin Ahmad selaku GPK Kurikulum mewakilkan guru besar Encik Norazam bin Ahmad dalam pembentangan bagi pihak sekolah.

Syukur.

Saya hanya sempat berada hingga jam 11.30pagi kerana ada urusan di Lahad Datu.

Terima kasih kepada pihak PPD Kinabatangan yang masih memberi kepercayaan dan ruang kepada pihak SK Paris 3 dalam membantu untuk mencapai KPI (sasaran) yang di rancangkan.

InsyaALLAH, saya selaku guru subjek UPSR (sains) akan cuba sedaya upaya juga untuk berusaha dalam mencapai sasaran yang diberikan iaitu 17 orang murid mendapat A dalam subjek sains.

Ini adalah sesuatu di luar dugaan. Namun, banyak berusaha, berdoa dan bertawakkal menjadi kunci kejayaan dalam sesuatu niat untuk mencapai sesuatu yang dihajati...insyaALLAH



Sekian....

Selasa, 18 Jun 2013

Kemaskini Maklumat Data Eoperasi Jun 2013 Peringkat Daerah Kinabatangan

Alhamdulillah, pada hari ini data eoperasi sekolah telah selamat di murnikan bersama dengan Encik Ahmed dari PPD Kinabatangan.

Berikut merupakan paparan skrin bagi tujuan perkongsian untuk memperbaiki ralat 

kod pengkhususan 1