Rabu
19 Februari 2014
Anjung RMT
2.15pm-3.00pm
Penggunaan kotak terpakai, kertas dan majalah untuk membina carta organisasi, senarai aktiviti, papan maklumat dan kuiz.
Perkongsian gambar
Kebajikan murid dijaga yang mana guru penasihat kelab pengguna sekolah menyediakan buah pisang untuk setiap ahli kelab dan murid2 yang ingin sertai aktiviti kelab ini.
Kumpulan perempuan sedang bekerjasama untuk reka sesuatu yang di perbuat daripada kotak terpakai.
Gambar di atas adik Marlina sedang berusaha cipta sesuatu yang menarik.
Gambar di atas hasil daripada kerja tangan usahasama murid lelaki dan perempuan yang diketuai oleh adik Hasrul dari kelas 6 Proaktif.
Alhamdulillah
Rezeki jangan ditolak.
Pihak pembekal RMT sekolah menawarkan sedikit juadah. Maka saya minta murid lelaki dahulu makan, kemudian diikuti oleh murid perempuan.
Hasil kreativiti murid.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti pada hari ini samada anda kelab KPS atau tidak...jamuan dan aktiviti KPS adalah terbuka untuk semua murid dan guru.
Ucapan terima kasih juga kepada Cikgu Nurul Asmah yang menyediakan laporan dan dokumentasi untuk program dan aktiviti kelab ini.
Jazakallah.
Inshaaallah jumpe lagi.