Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Jumaat, 21 Ogos 2009

1MALAYSIA dan 8Nilai











Jumaat (21.8.2009 = 30 Sya`aban 1430) 3.01p.m

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Itulah laungan murni yang aku dapat dengar pada hari ini di sekolah. Sambutan kemerdekaan telah diadakan dengan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar selaku perasmian 1Malaysia di sekolah.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya, nyanyian beramai2, bersajak, berlakon dan perarakan di sekitar sekolah.

Kemuafakatan yg wujud antara murid2 dan cikgu2 menjadikan hari ini penuh dengan nostalgianya tersendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa negara kita sudah pun merdeka dan hidup dengan penuh aman damai dan tenteram dengan pelbagai kaum dan bangsa (Melayu, cina, india).

Semangat 1Malaysia yg ditunjukkan dikalangan murid dan cikgu2 di sekolah menjadikan aspirasi dan matlamat PM kita untuk sentiasa mewujudkan Budaya Kecemerlangan dlm konteks Nilai 1Malaysia pasti akan tercapai.

Berikut beberapa gambar dan video yg sempat dikongsikan bersama.

Aku telah ditugaskan utk mengambil gambar dan ina pula merakam video menggunkan camcoder dari pejabat (kerani sekolah)

Sesi pertama ialah nyanyian lagu2 patriotik oleh murid2 dengan memainkan muzik oleh cikgu ICT. Kemudian, guru besar merasmikan program sambutan kemerdekaan peringkat sekolah. Bacaan sajak dan lakonan telah dipersembahkan dengan baik leh murid tahun 5 dan 6. Bakat terpendam berjaya ditonjolkan setelah penat berlatih semalaman di hari semalam (dibantu oleh guru muzik).

Acara seterusnya perarakan di sekeliling sekolah kemudian pertandingan melukis dan mewarna poster bertemakan SEMANGAT 1MALAYSIA,dan pertandingan ini adalah mengikut kelas. Setiap kelas berpeluang mendapat hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga. Ketika majlis penyampaian hadiah dilaksanakan, terdapat masalah teknikal pada kamera. Maka suasana pada ketika itu tidak dapat ditunjukkan dengan baik.

Hari ini PNP tidak dapat dijalankan tetapi cikgu2 ditugaskan untuk membantu dan mengawal murid ketika aktiviti dijalankan.

Semoga semangat kekitaan dan kemerdekaan ini dapat disemai dan difahami dengan mendalam di setiap hati sanubari murid2 dan juga cikgu2.

Manusia muafakat membawa berkat.

Tahniah dan syabas kepada semua cikgu2 yg berjaya menjayakan program ini. Bagi cikgu pelatih ini adalah pengalaman yg baik bagi pendedahan awal untuk melaksanakan sesuatu program di sekolah.

Selamat maju jaya dan senyum selalu.

Tamat
3.13p.m.

(aku nak pergi memperbaharui insurans kereta kat puchong lepas ni)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan