Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Selasa, 27 Oktober 2009

AIR TERJUN KOTA TINGGI



Air terjun Kota Tinggi merupakan destinasi istirehat bagi para pengunjung sekitar Johor dan juga Singapura. Maka tidak hairanlah bayaran yang dikenakan agak mahal iaitu RM10 bagi dewasa dan jika kita mempunyai MyKad, hanya perlu membayar RM7.00 sahaja.

Pengalaman saya bersama isteri pergi ke sana buat pertama kalinya (kereta Myvi Elly), amat menggembirakan sekadar untuk mengisi masa lapang bersama menikmati keindahan alam flora sekitar air terjun yang terpesona dan jernih airnya sedap mata memandang umpama kilauan baiduri salju di puncak gunung. Airnya yang jernih dan bunyi air berkocak-kocak menambahkan lagi keriangan dalam hati memerhati alam buana yang tidak puas menjadi tatapan.

Saya menaiki puncak tangga sekitar 15meter ke atasnya dan agak memenatkan kerana saya juga sudah tidak lama bersenam. Itulah kelemahan saya yang tidak banyak bersenam mengadakan aktiviti riadah untuk kekal hidup secara sihat dan produktif.
Beberapa keeping gambar sempat saya ambil ketika berada di sana yang merupakan titik permulaan kehidupan baru untuk lebih menyintai alam sekitar dan menghargai masa yang ada bersama insan tersayang. Adalah amat penting untuk kita membahagikan masa seadanya dalam gembira, ketawa, serius dan ketawa menjadi intipati kehidupan sebagai seorang insan yang tidak pernah cukup untuk nikmati hidup yang hanya sementara.

Kesimpulannya saya menyarankan kepada kita semua agar menghargai alam sekitar dan menjaganya demi kepentingan bersama di samping memanfaatkan masa yang ada untuk beristirehat secukupnya mengikut kaedah yang positif demi mencapai tahap keprofesionalisme hidup sebagai modal insan minda kelas pertama.

Sekian.

GambarLain


*Fakta

Bandar Kota Tinggi pada dirinya tidak begitu menarik, tetapi air terjun yang terletak di Lombong, 15 kilometer di barat laut bandar ini, merupakan destinasi pelancongan yang amat popular. Setinggi 36 meter, air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek dan yang ideal untuk berenang. Keindahan semulajadi di beberapa bahagian tempat ini telah dirosakkan oleh pembangunan tempat peranginan dengan seni taman buatan.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Tinggi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan