Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Selasa, 27 Oktober 2009

Cinta dan Air Mata


Gembira+Penat= 1Pasukan 1Perjuangan 1Matlamat

Pengakap Hebat

Jam menunjukkan 12.30tengahari, kakiku yang lemah membawa diriku ke kolej kediaman yang terletak kurang dari 10kilometer dari pejabat HEP. Termenung seketika kerana tiada kalibat pelajar sekitar asrama kerana fikiranku melayang-layang ingin mencari jawapan; Di manakah dapat kutemui sehelai blazer yang dpat kugunakan pada esok hari untuk temuduga SPP?

Kumenghampiri sehelai daun pintu yang terbuka kecil dan memberi salam serta perkenalkan diri selaku Mohd Mustakim dari KPLI dan ingin minta bantuan dari adikku yang tersayang. Alhamdulillah, permintaanku didengari oleh Allah taala dan dengan mudahnya pelajar terbabit yang bernama Nik menghulurkan sehelai blazer kepunyaannya sendiri. Sungguh tidak terduga perkara ini terjadi tetapi inilah kenyataan kerana dalam kesempitan hidupku sebegini tidak mampu untuk membeli sehelai blazer sekalipun sudah bertahun berkerja sebelum ini. Kuucapkan syukur dan terima kasih kepada Nik kerana sudi meminjamkan blazer kepadaku.

Kuteruskan langkah ke surau setelah bunyi azan berkumandang di udara dengan bunyi yang agak keras menunjukkan bahawa betapa pentingnya solat terhadap umat Islam. Kumenemui rakanku Fadzli yang sudah lama berada di surau dan menyapaku dengan selamba; Kata nak tidur kat surau. Kemana kau tadi? “Aku pergi mencari blazer untuk hari esok kan ada temuduga.” Jawabku kepada rakanku yang sentiasa mengambil berat atas tindak tanduk sahabat-sahabatnya terutama rakan sekelas.

Selesai sudah bersolat secara berjemaah, ketenangan dan kelapangan jiwa mulai terasa diikuti dengan hati yang penuh riang atas kerana segala keperluan untuk pergi temuduga esok semakin lengkap terancang. Jam kini menunjukkan 2.00tengahari dan kakiku laju melangkah ke motorsikal Honda wave 125R berwarna merah untuk pergi ke tapak aktiviti unit beruniform kokurikulum.

Kelihatan di sana ramai pelajar yang berkumpul dan bercerita akan jenis dan resipi yang hendak dipersembahkan kepada pihak pengadil. Dengan tidak semena-mena rakanku mempelawa diriku untuk turut serta kerana kekurangan ahli dalam kumpulan mereka. Dengan hati yang terbuka dan rela aku menerima untuk turut serta dalam aktiviti yang akan berlangsung kurang dari 10minit lagi sekalipun hanya memakai pakaian lengkap kemeja yang bukan beruniform.

Alhamdulillah kedatanganku disambut baik oleh rakan-rakan kumpulan yang lain dan kerjasama yang padu dalam menghasilkan resipi masakan berkumpulan mendatang hasil yang lumayan. “Telur tu kau salut pakai tanah liat mus, nanti baru letak kat api.” Kata salfarina selaku Mak Masakan dalam kumpulan aku yang dibantu oleh beberapa orang lelaki. Itulah satu-satunya pengalaman baru yang aku timba secara hands-on yang mana sebelum ini hanya kunikmati melalui rakaman video aktiviti luar dari kawan-kawan aku yang rajin pergi berkhemah.

Selesai sudah memasak semua lauk pauk dan nasi yang berada dalam tabung buluh, akhirnya semuanya terhidang dengan sempurna dengan komen yang membina dari panel pengadil mengatakan bahawa masakan kumpulan kami ada rasa yang enak dan boleh dimakan begitu sahaja. Seronok dan gembira rasanya. Itulah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan sekalipun bersifat hanya sehari namun memberi kesan yang mendalam.

Kesimpulan; Aktiviti kokurikulum banyak mendatang kesan yang mendalam kepada murid di sekolah dan juga guru. Murid dapat mempelajari kaedah dan cara serta gaya hidup yang tidak dapat dipelajari dalam bilik darjah. Justeru itu, murid diwajibkan menjalankan aktiviti kokurikulum selaras dengan kehendak FPK yang menginginkan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan mempunyai sahsiah yang tinggi dengan nilai moral yang baik. Kemahiran yang diperolehi dalam aktiviti unit beruniform dapat mendisiplinkan murid dalam mematuhi peraturan, taat setia kepada ketua, setia kawan dan saling bekerjasama dalam menuju 1matlamat secara 1pasukan tanpa mengira kaum dan agama. Dalam pada itu dapat mendidik murid untuk lebih berdikari dengan penuh keyakinan terhadap dirinya sendiri dalam menempuh arus cabaran globalisasi putaran hidup yang kian mencabar dari segi mental, fizikal dan rohani. Semoga bakal guru dapat membawa hasrat murni KPM dan mendidik anak bangsa kita menjadi generasi dan pelapis Negara yang membawa perubahan ke arah progresif, kreatif, dan berakhlak di masa hadapan dalam memacu Negara Malaysia tercinta.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan