Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Isnin, 19 Oktober 2009

Forum Alam Sekitar



Perkara: Forum
Tarikh: 19 Oktober 2009
Masa: 10.30pagi hingga 11.30pagi
Tempat: Bilik Kuliah Jabatan Kajian Sosial (IPGM K.P.Teknik)
Peserta: Pelajar Kelas KPLI(sr)-Sains 3 (20 orang)


Dalam usaha pelajar KPLI(sr) SAINS 3 mencintai alam sekitar, usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar ini telah diterjemahkan dan disampaikan dalam bentuk FORUM yang hebat. Buat julung-julung kalinya FORUM sedemikian dilaksanakan sepanjang saya dalam KPLI dan ini merupakan langkah yang terbaik dalam mengenengahkan BAKAT dan USAHA setiap ahli kelas dalam menjayakan forum tersebut.

Majlis dipengerusikan oleh En. Lai dan didatangkan dengan 3 orang panel dari wakil kerajaan iaitu Encik Azmir dari Jabatan Alam Sekitar, wakil swasta iaitu Cik Ailin dari Syarikat Ajinomoto dan wakil NGO iaitu Dato' Ifwat dari WWF.

En.Lai mengutarakan soalan kepada semua panel hakim berupa;

1)Usaha dan peranan yang dilaksanakan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

2)Keberkesanan usaha yang dilakukan dan program serta aktiviti yang bakal dilaksanakan 10tahun lagi.

3)Kepentingan dalam setiap wakil untuk memainkan peranan serta kempen-kempen yang dilaksanakan sejauh mana penglibatan dan sambutan serta keberkesanan dari kempen tersebut.

En.Azmir memberikan sedikit jawapan dan hujah yang bernas;
  • RMK-9 yang telah dirancang akan dilaksanakan dengan mengambil kira perkembangan dan penjagaan alam sekitar.
  • Hukuman dan denda yang lebih tegas akan dikenakan kepada pihak yang lakukan kesalahan.
  • Penggunaan baja kimia hendaklah terkawal dan galakan menggunakan baja organik dengan menggunakan SOM (Skim Organik Malaysia).
  • Mementingkan kerjasama antara pihak-pihak berkaitan dan masyarakat.
  • Kempen tidak menjadi kerana sikap TIDAK ACUH masyarakat dalam menjaga alam sekitar contohnya membuang sampah di laman rumah, di sungai dan longkang.
  • Kerajaan ada anjurkan pertandingan berupa Anugerah Alam Sekitar Lestari yang bermula tahun 2005 dan pada tahun tersebut negeri Pahang mendapat Johan!
  • Beliau menambah bahawa dalam masa sekarang kita TIDAK BOLEH mencegah tetapi BOLEH meminimumkan.
Dato' Ifwat memberikan sedikit pendapat dan hujahnya tersendiri;
  • Memberikan keterangan fungsi WWF dalam menjaga haiwan dan habitat (ekosistem) yang lebih baik serta kondusif.
  • Beliau menyatakan fakta berkenaan dengan suatu tempat di pertengahan Laut Sulu dan Laut Sulawesi terdapat suatu tempat yang penuh dengan karang, ribuan jenis ikan dan sistem ekosistem yang terbesar di dunia. (Ikan=2000spesis, Karang=50spesis).
  • Menyatakan peranan Malaysia, Indonesia dan Filipina dalam menjaga mutu kualiti alam sekitar terutama habitat haiwan liar maupun yang hampir pupus.
  • Dinyatakan juga bahawa Tiada pelancongan eko, jika tiada pemuliharaan.
  • Beliau menyatakan bahawa kempen dan aktiviti Kelab Pencinta Alam amat penting dan segala-gala bermula dari pendidikan samada dari rumah mahupun sekolah. Guru harus menerapkan nilai murni dalam mencintai alam sekitar dan sebagai contoh mengadakan aktiviti membersihkan kawasan sekolah, sungai dan longkang, menanam semula pokok bakau.
  • Jika tiada usaha maka sungai yang jernih bertukar menjadi air teh seperti yang berlaku di sungai bersebelahan Pasar Seni KL.
  • Beliau juga menyatakan artis dan selebriti patut turut sama dalam kempen yang diadakan sebagai contoh MAYA KARIN yang datang dalam kempen yang diadakan untuk kesedaran alam sekitar, sambutan dari orang ramai sangat menggalakkan!
Cik Ailin lantang dalam menyatakan
  • Peranan syarikat Ajinomoto yang mengikut ketetapan undang-undang Kerajaan!
  • Syarikat PETAMA yang membina Rawatan sisa air, pepejal yang dikenali sebagai COD (Chemical Oxygen Demand) dan BOD (Biological Oxygen Demand).
  • "Masyarakat tidak nampak kesan kesinambungan yang dilakukan oleh mereka(manusia)! Kempen perlu diteruskan!" itulah petikan yang dapat saya kongsikan bersama kawan-kawan.
***Kesimpulannya
Forum ini berjaya membuka mata dan memberi lebih kesedaran akan kepentingan individu serta masyarakat dalam usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

Tahniah dan syabas kepada semua ahli panel kita. Mereka semua merupakan bakal guru dan pemimpin generasi di masa hadapan!

Sekian.

*semua watak dalam panel adalah lakonan semata-mata dan maklumat yang diperolehi dari sumber jabatan,pihak berkenaan samada dalam internet atau buku.Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan