Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Selasa, 13 Oktober 2009

Kerjasama

Friends Myspace Comments
MyNiceSpace.com

12/10/2009
Waktu: Tengah hari

Alhamdulillah hari ini kelas berjalan lancar macam biasa dengan persembahan tugasan berkumpulan pada hari ini. Semua kumpulan tampil dengan penuh semangat. Tajuk perbincangan ialah Projek Taman Sains dan Aktiviti kokurikulum di sekolah semasa Praktikum. Nadia, suhana dan haslina gandingan yang baik dapat memberi penerangan yg jelas dalam perkara Rancangan untuk melaksanakan program 5R di sekolah.

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics



Rethink=Fikir Semula
1)Membuat perancangan yang baik untuk melaksanakan kempen dalam sekolah, komuniti masyarakat, atau peringkat kebangsaan.
2)Menunjukkan papan tanda atau pengumuman akan kepentingan alam sekitar. Memberi kesan secara rohani dan idea ketika hendak melakukan kesalahan seperti buang sampah merata-rata.

Reduce=Mengurangkan
1)Kurangkan penggunaan air paip,bertukar kepada sistem perigi@kumpul ari hujan bagi tujuan penyiraman pokok dan tumbuhan.
2)Kurangkan penggunaan racun serangga kerana boleh mendatangkan kesan kepada udara.
3)Kurangkan penggunaan baja kimia dalam industri pertanian, bertukar kepada baja organik yang lebih jimat dan efektif dalam mewujudkan persekitaran yang sihat.

Repair=Membaikpulih
1)Memperbaiki perabot lama untuk kegunaan seharian seperti bangku@kerusi yang patah.
2)Tempat rehat boleh diselenggara dengan baik tanpa membina yang baru.
3)Kesannya dapat menjimatkan sumber asli iaitu penggunaan kayu(pokok balak).

Recyle=Kitar Semula
1)Menggunakan tongsampah
2)Menghasilkan baja seperti tahi binatang
3)Kerjasama antara komuniti masyarakat dalam menggunakan bahan kitar semula dpat menjimatkan ruang pembuangan sampah. Beri kesan yang baik dalam menhijaukan alam.

Reuse=Guna Semula
1)Bahan@alat : botol,kaca,kotak,kertas,majalah,sabut
2)Hiasan : lanskap,keceriaan kelas
3)Gubahan : menjadi lebih menarik,kreatif,membentuk nilai murni,menghargai sesuatu barang terpakai

myspace icons
KITA SEMUA MAMPU MENGUBAH HIDUP KITA KE ARAH LEBIH BAIK DAN BERTAMADUN.

Dato' Dr. Haron Din ada menyatakan dalam bukunya yang bertajuk Manusia dan Islam (Jilid kedua) seperti berikut
"Dan, (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat;"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dibumi." (AlBaqarah; 2;3)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa kita(manusia) telah dilantik sebagai khalifah dibumi ini untuk memakmurkan dunia melalui hukum-hukum ajaran Islam.

Pada minggu depan satu sesi FORUM akan diadakan yang membincangkan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar. Semua pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan dan aku telah mendapat kumpulan untuk penjawat PENGERUSI Forum tetapi kawan aku, LAI akan menjadi pengerusi. Kumpulan aku akan menyediakan soalan-soalan yang bersesuaian tentang tajuk forum tersebut. KERJASAMA sepasukan dalam melaksanakan suatu tugas amat penting dalam mencapai matlamat yang dirancangkan. 1Matlamat 1Tujuan 1Pasukan. Teamwork = powerful

Insya-Allah
Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan