Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Khamis, 22 Oktober 2009

Sains, ilmu Pendidikan, Pend. Agama Islam





Pada hari ini bersamaan 21/10/2009, pembelajaran dalam kelas amat menyeronokkan.

SAINS
--Aktiviti membuat tanah liat 'playdough' yang dibuat sendiri
--Semua pelajar kelas saya membuat tanah liat sendiri menggunakan bahan-bahan yang dibawa oleh Puan Ellyza selaku Pensyarah Sains kami (pelajar kena bawa periuk).
--Seronok betul masa mula-mula nak gaulkan tepung gandum+air+garam+krim tartar sehingga menjadi sebati dan lembut. (garam=mendebukan/menghaluskan sebatian, krim tartar=melembutkan sebatian).
--Seterusnya kami memanaskan sebatian itu menggunakan penunu Bunsen dan di gaul hingga kering sekata dan diangkat untuk diuli-uli. Masa gaul dalam periuk agak memeritkan kerana saya tiada kepakaran menggaul sebatian sebegitu melainkan gaul nasi goreng atau maggee sahaja.
--Tanah liat yang telah diuli, kami gunakan pewarna dan seterusnya bina model mengikut tema kumpulan yang telah dibahagikan. Kumpulan kami kekurangan tenaga kerja kerana Ina tidak hadir atas sebab sakit. Tetapi kami berjaya juga membuat hidupan dan suasana ekosistem dalam laut. Manakala kumpulan lain yang agak hebat seperti kumpulan Syikin bertemakan ZOO, dapat membina suasana zoo yang paling menarik dengan pelbagai jenis binatang dan tumbuhan yang direka bentuk menggunakan tanah liat buatan sendiri.
--Akibatnya, tangan kami semua berwarna warni. Itulah bukti kesungguhan kami melakukan kerja sepasukan.

TAHNIAH kepada semua rakan-rakan. Walaupun kali pertama membina model, tetapi inilah pengalaman yang paling berharga!


Ilmu Pendidikan

--Pembelajaran ilmu pendidikan pada hari semalam(20/10/2009) berkaitan dengan kajian tindakan.
--Topik ini bagi saya amat menarik kerana melalui kajian tindakan ini kita dapat mengetahui, mengkaji dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dengan menggunakan kaedah dalam kelas dan dalam masa yang sama kita dapat berkongsi maklumat serta berkolaborasi bersama cikgu-cikgu yang lain.
--Kajian Tindakan juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.
--Berikutan dengan cara yang ditunjukkan ialah
(Mengenal pasti isu/masalah --> Membuat Perancangan --> Implementasi/Tindakan --> Mengumpulkan Data(semasa melaksanakan tindakan)--> Refleksi)

--Pada hari ini 21/10/2009, saya memperolehi satu pembentukan skema pemikiran yang lebih baik dengan pemahaman konsep akan PJJ dan Keterbukaan melalui pembentangan kumpulan.
--Topik pada hari ini membincangkan tentang REFLEKSI dari segi definisi, konsep dan kepentingan dalam pendidikan sebagai guru.
--Menggunakan cara
(Rancang--> Bertindak --> Memerhati --> Refleksi)
--Refleksi akan berlaku secara berterusan dalam hidup kita dan sebagai guru ia akan berlaku samada dalam bilik darjah, bilik guru mahupun di bilik tidur.
--Skema pemikiran yang lebih baik ialah, penerangan rakan kelas iaitu Fadzli menerangkan akan maksud Pendidikan Jarak Jauh(PJJ) dan Pendidikan Terbuka serta memperbaiki pemahaman saya dalam konsep keduanya itu.
--Kini saya faham dan mengerti bahawa

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
  • Pendidikan yang boleh berlaku di mana-mana sahaja
  • Tidak mengira masa dan tempat
  • Mudah untuk berinteraksi antara pensyarah,guru,tutor(tenaga pengajar) bersama dengan murid/pelajar.
  • Mengambil jurusan/program yang lebih khusus(skop lebih kecil).
Pendidikan Terbuka
  • Pendidikan yang memberi ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin meneruskan bidang pengajian atau pembelajaran.
  • Mendukung konsep dan keinginan FPK--Pendidikan berterusan sepanjang hayat.
  • Mengambil kira faktor pengalaman sebagai salah satu kelulusan untuk teruskan pengajian malah tidak mengambil kira FAKTOR tahap, pencapaian dan kelayakan yang khusus untuk teruskan pengajian kerana pengalaman yang ada menjadi FAKTOR UTAMA.
  • Mengambil jurusan/bidang yang mempunyai skop lebih besar.
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
--Pada hari isnin lepas kelas membincangkan akan topik SOLAT.
--Pada hari ini 21/10/2009, Ustazah minta semua pelajar membuat pembentangan mengikut JANTINA.
--Saya dan azmir membentangkan isu Penyembelihan. Manakala Fadzli dan Syafiq lebih membuat sesi soal jawab agama dalam topik Qorban. Ifwat dan Shahrul pula menceritakan tentang aqiqah dalam Islam.
--Banyak soalan dan perbincangan dalam sesi pembentangan lelaki yang mengambil masa 1jam30minit. Namun hasilnya amat memuaskan kerana masing-masing kaum ADAM dalam kelas kami berjaya menyelesaikan satu persatu soalan yang di ajukan.
--1Soalan yang bermain dalam fikiran ialah; Adakah daging aqiqah boleh diberi makan kepada orang bukan Islam? Sila jawab jika anda mengetahuinya berdasarkan hujah dan dalil/bukti.
--Kumpulan perempuan pula hanya sempat membuat pembentangan untuk tajuk PENGURUSAN JENAZAH sahaja manakal tajuk yang seterusnya akan dibawa dalam waktu lain.

SYABAS kepada semua ahli-ahli pembentangan.

Kesimpulan; Konsep pembelajaran berkumpulan dan permuafakatan dalam mencari ilmu amat digalakkan. Perkara ini terbukti dengan contoh---Melakukan solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian dengan kelebihan 27darjat.(jika salah tolong betulkan).
Semoga, usaha sebegini dapat diteruskan ketika mana bakal-bakal guru telah ditempatkan di sekolah-sekolah.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan