Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Isnin, 9 November 2009

Lagu Patriotik

Hari Kedua KISSM 9Nov2009 (Isnin)




Nyanyian lagu patriotik dan sedutan-sedutan sepanjang ceramah pada hari ini.

Seperti yang telah diarahkan, semua peserta kumpulan 1 datang seawal 7.30pagi ke bilik yang telah ditetapkan. Kelihatan mentor kami selaku mak yang menjaga peserta KISSM kumpulan 1 sudah berada dalam bilik itu dan memerhatikan kami disamping meneliti persiapan untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik sebentar lagi. Selesai sudah nyanyi dengan semangat, kami semua tunggu penceramah datang.

Hari ini, penceramah pertama ialah Doktor Shakila telah menyampaikan syarahan yang bertajuk Komunikasi berkesan. Agak berkesan juga cara penyampaian beliau. Hinggakan semua peserta terhibur dan dapat ikuti dengan baik dalam masa pertama sesi KISSM untuk hari kedua. Doktor Shakila telah memberikan maksud apakah itu 'melepaskan batuk ditangga'.

Untuk perkongsian dengan kawan-kawan, batuk itu merupakan satu benda yang digunakan untuk menceduk air dalam timba@tempayan untuk basuh kaki sebelum naik ke tangga rumah. Setelah digunakan batuk itu, insan tersebut letak merata dan menyusahkan orang lain untuk menggunakannya kerana terpaksa cari. Itulah yang dikatakan oleh Doktor melepaskan batuk di tangga (yang saya faham). Terkejut kami dalam kelas tadi mendengar penjelasan tersebut hehehehehe.

Penceramah kedua memberikan input tentang Nilai dalam perkhidmatan awam, dan perkara yang ditekankan dalam penyampaiannya ialah TONGGAK 12. Setiap input yang diberikan akan diselang seli dengan cerita dan kisah yang banyak menarik perhatian para peserta. Secara tidak langsung, isi penyampaian dan huraian yang diberikan dari konsep kebaikan dan kekurangan dalam setiap tonggak dapat dihayati dengan baik.

Setelah penceramah kedua pergi, ketua kumpulan telah mengadakan sesi perlantikan AJK untuk kumpulan kami, segalanya berjalan lancar dan ucapan TAHNIAH kepada semua AJK tertinggi yang telah dipilih oleh ketua iaitu En.Shukor. Sesungguhnya pemilihan yang dibuat ini amat bererti dan hars diterima dengan penuh kebertanggungjawaban. Tunaikanlah amanah itu dengan sempurna kerana seberat-berat amalan iailah menunaikan AMANAH (kata-kata hikmah)

Penceramah ketiga pula memberikan usul tentang DASAR KERAJAAN yang merangkumi dalam 3 perkara utama;

  • Dasar Ekonomi
  • Dasar Sosial
  • Dasar Luar (hubungan luar dengan negara-negara lain)

Panjang lebar hujah can cerita di sampaikan dan dikongsikan dengan kami memberikan banyak input yang berguna disamping membuka minda.

Cukuplah setakat ini. Sebenarnya saya sudah terlewat hendak pergi berjumpa kawan di Cheras yang menanti kedatangan saya. Pada malam ini, ada tugasan dan perkara yang hendak dilaksanakan. Apakah tugasan tersebut? Susah atau senang? Bersama kita nantikan...

Sekian.

@dengkil 8.20malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan