Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Rabu, 11 November 2009

PROTOKOL





Kejutan untuk diriku setelah sekian lama meninggalkan alam protokol, dan kali ini saya di minta oleh ketua untuk menjemput penceramah pada hari ini iaitu Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi sesi pada hari ini RABU 11Nvember2009.




Saya dan Fadzli pergi menjemput Timbalan Pengarah pada pagi itu di biliknya dan mengiringi masuk terus ke dalam kelas. Shahrul selaku pengerusi pada hari ini memulakan ucapan dan diiringi dengan bacaan doa oleh Syukur.

PIPP : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Itulah tajuk yang disampaikan oleh Cik Hajah Rosenah yang ingin disampaikan pada sesi pertama pagi ini. Banyak kupasan dan isu-isu yang diutarakan serta persoalan yang diajukan kepada peserta kursus untuk dibincangkan bersama.

Sempat juga beliau mempertontonkan satu video berkenaan dengan liku kehidupan seorang guru yang mengajar di salah sebuah tempat pendalaman. Video tersebut banyak memberi kesedaran akan tugas dan peranan guru dalam membimbing dan membentuk serta mencorakkan kehidupan murid dan masyarakat ke arah lebih baik.

Seterusnya, beliau menerangkan serba sedikit akan laluan kerjaya bagi seorang bakal guru. Alhamdulillah, masa yang diperuntukkan dapat digunakan dengan sebaik mungkin malah para peserta amat berpuas hati serta riang dengan setiap penerangan dan isi yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah.

REHAT....................

TUAN HAJI OMAR
Selaku ketua KISSM pada sesi kali ini telah tampil ke dalam kelas saya untuk menghuraikan akan topik Pengurusan Tatatertib dan memberikan info serta tip-tip untuk melaksanakan tugasan yang diberikan sebelum ini supaya dapat disiapkan dan disediakan oleh para peserta dengan kaedah yang lebih baik dan mendapat cemerlang. Insya-Allah.


Wawasan
dan Komuniti

Tajuk ini telah disampaikan sendiri oleh Tuan Pengarah institut (saya menjemputnya bersama ifwat). Perkara paling penting yang saya ingin kongsikan bersama rakan-rakan ialah, tuan pengarah ada menghuraikan dengan ringkas dan padat akan maksud wawasan dan komuniti serta peranan guru dalam komuniti ialah;
  • Kemuliaan tidak akan wujud jika tidak diusahakannya
  • Picit-picit menghilangkan mengantuk
  • Saya ingin menjadi guru kerana ingin menyampaikan ilmu, idea dan pengetahuan kepada murid-muird supaya dapat digunakan dan saya ingin menjadi karakter(watak@contoh) yang baik kepada murid-murid dalam membentuk tingkahlaku dan persekitaran yang lebih baik dan berjaya.
Ini adalah serba sedikit kesimpulan dan pemahaman dari segi isi penyampaian yang saya terima pada sesi bersama Tuan Pengarah selama 2jam bermula 2.30-4.30petang.

Interaksi 2 hala bersama beliau amat menyenangkan hati dan menjadikan suasana petang menjadi begitu ceria dan harmoni dengan sorakan, respon dan suara-suara emas yang jarang-jarang diperolehi dari Tuan Pengarah terutama dalam kelas.

Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Pengarah Puan Hjh Zakiyah yang sudi dan sanggup meluangkan masa bersama kumpulan 1 KISSM pada sesi ini.

Sekian.
@dengkil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan