Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
▼
Klik Jer Sane Sinun
▼
Jumaat, 6 November 2009
Tepat dan Cekap
Jumaat 6Nov2009
Seawal pagi saya bagun pada hari ini untuk menuju ke K.P.Teknik yang mana bermula KISSM pada jam 8.00pagi seperti yang dirancangkan. Malangnya cuaca pagi yang pada mulanya mendung bertugar menjadi hujan lebat sepanjang perjalanan saya dari Purajaya hingga ke Serdang kemudian diikuti dengan rintik-rintik yang menyejukkan diri saya.
Setibanya di luar dewan, kelihatan taklimat kursus telah pun bermula. Saya masuki dewan dengan pintu belakang dan dapati ramai peserta yang tidak dapat tempat duduk kerana kepadatan dewan. Kelihatan para pensyarah dan pegawai tenaga kerja kursus berada di hadapan dewan sibuk memberikan taklimat penting untuk para peserta.
Selesai sudah teklimat, bagi peserta lewat seperti saya dikehendaki mendaftarbersama Puan Rasyidah Awang, sedikit teguran dan nasihat diberikan kepada saya dan rakan-rakan yang lewat. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Ceritanya, sebelum masuk ke dewan tadi, saya terpaksa menyalin pakaian dalam bilik rehat lelaki, syukur kerana kesediaan saya membawa pakaian lebih untuk hadapi sebarang kemungkinan seperti hujan.
Rehat bersama rakan kursus menenangkan dan memanaskan diri untuk seketika sebelum bermulanya slot pertama tepat jam 10.30pagi. Kelihatan dalam kelas, Fasilitator kumpulan saya dan rakan lain sudah ada dan saya ambil tempat duduk barisan kedua hadapan. Sedap pula mendengar kata-kata perangsang dan semangat dari fasilitator iaitu Cik Hamidah yang sangat ambil berat akan kebajikan anak-anak buahnya.
Terima kasih Cik Hamidah. kata rakan dalam kelas diikuti dengan kedatangan penceramah pertama untuk slot Akauntabiliti Guru.
Banyak input yang dapat saya terima dan memberi kesan langsung untuk mengimbas kembali pelajaran ilmu pendidikan yang dahulu membantu saya faham lebih mendalam akan akauntabiliti guru untuk di sekelilingnya.
Keadaan kelas saya amat menyeronokkkan kerana mempunyai pelbagai kaum dan bangsa. Percampuran dan pembentukan kumpulan saya tertumpu kepada semua pelajar kelas sains bermula sains 1,2 dan 3 iaitu kelas saya sendiri.
Sikap terbuka rakan-rakan kelas menjadikan suasana dalam kelas ketika sesi ceramah amat seronok dan memberi semangat untuk terus beri interaksi secara pelbagai hala antara pelajar dan penceramah.
Tahniah kepada SYUKUR kerana dipilih menjadi Ketua Kumpulan kami.
Semoga usaha dari saat hari ini memberi impak dan kecemerlangan untuk semua para peserta menjadi Penjawat Awam yang lebih berkualiti dan profesional.
*gambar aktiviti akan disisipkan kemudian.
Nak sambung semula jika ada masa...tiba masa untuk perghi menunaikan solat Jumaat di K.P.Teknik. Semoga doa kami semua dikabulkan dan diberkati akan setiap usaha yang dilaksanakan. Amin.
Sekian
1.05pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan