Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Ahad, 13 Disember 2009

Natrah


Selesai sudah pergi ke Muzium Negara, lepas solat asar pergi ke Tasik Titiwangsa. Berjalan nikmati suasana taman dalam kota KL.


Masa kat sini sempat makan cendol. Tapi kacang merah dah habis. Sambutan amat meriah. Lepak-lepak kat sini sambil tunggu teater Natrah yang bermula jam 8.30malam.


Sebenarnya tak sangka juga dapat tengok teater Natrah kerana pada pagi jam 10.30pagi, saya hubungi bahagian tiket2u.biz mengatakan bahawa tiada kerusi kosong untuk malam ini dan pegawai dalam telefon pesan supaya saya pergi sendiri ke IB (IstanaBudaya).
Lepas pergi ke muzium, terus pergi ke IB, cadang nak berjalan jer, pergi kaunter kemudian kerani kaunter kata ada tempat lagi tapi bahagian atas sekali tiket RM30.00

Wow! Best sangat masa tu. Elly insan paling gembira dan saya syukur sangat kerana dapat penuhi hajat isteri yang teringin sangat melihat teater Natrah :)

Surau ada disediakan dan saya bersolat maghrib di surau IB bersama jemaah yang lain. Meriah sangat. Teater Natrah membawa saya ke alam lakonan sebenar. Ini pengalaman saya yang pertama tonton teater di IB.



Natrah insan yang tidak bersalah tetapi undang-undang dunia menjadikan dia terpaksa dan dipaksa.

2 ulasan:

  1. salam..
    mustakim eh?classmate skolah dulu kan..
    tahniah2 atas prkahwinan :)
    even dah lepas, tahniah ya! semoga kekal sampai syurga. banyak gambar2 menarik dalam blog ni..teruskan juga usaha yg baik ni, agar dapat dilihat dan ditunjukkan pada anak cucu nanti :)

    BalasPadam
  2. opps, terletak link blog lama lak~~xpela, kalau letak link blog baru ni, tak boleh letak komen kat sini :)

    BalasPadam