Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Jumaat, 23 April 2010

Anak Ku

Salam penyatuan ummat untuk semua.

Setelah lama menyepi, kini saya sudah mula semangat hendak mula menulis blog. Dalam masa yang agak singkat ini, saya gunakan untuk menyampai serba sedikit pengalaman dan rasa masam manis kehidupan sepanjang sudah berada di SABAH hampir 5 bulan.

Bulan Februari

Dalam bulan ini, bermula sudah rentak PnP yg tak dapat ku bayangkan, bentuk rph yang masih terkaku menulisnya namun berkat panduan cikgu lama, mematangkan saya untuk terus perbaiki bagi setiap kelas yang ku masuki. Alhamdulillah.
Dalam bulan ini juga terdapat sesi latihan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah 2010. Saya selaku guru penasihat Rumah Merah. bermula jam 8.00am sudah mulakan sesi latihan hingga menitis air peluh malah cermin mata ku juga sempat PECAH gara-gara murid tahap 1(tahun1,2,3) yang asyik menyaksikan latihan rumah sukan.
Selain itu, Projek 3K dibawah seliaan Cikgu Syahar juga turut berjalan iaitu pembinaan Air Terjun buatan tangan-tangan manusia yang banyak menyumbangkan ke arah kebaikan dan semoga mendapat keberkatan Allah atas projek ini berjaya di jalankan dengan bantuan beberapa pihak terdiri dari PIBG, Guru-guru, dan masyarakat kampung.

Bulan Mac

Bulan perlaksanaan KOT Sek.Keb.Paris 3 untuk Tahun 2010. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua para guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Setiausaha Sukan Sekolah iaitu Cikgu Drahman yang banyak membantu saya dalam memahami dan melaksanakan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Konsep bantu membantu antara guru,murid dan masyarakat kampung juga penting dalam sesuatu aktiviti.
Cabaran yang paling besar dalam bulan Mac juga ialah Menjayakan MAJLIS TILAWAH QURAN peringkat Daerah Kinabatangan yang berlangsung di sekolah saya. Semua guru terlibat dalam menjayakan majlis ini dan pihak Sek.Men.Keb.Paris juga turut terlibat sebagai penganjur. Alhamdulillah selesai sudah....
Kegembiraan mulai terasa tatkala cuti sekolah tiba yang mana sekolah bercuti selama seminggu. Dalam masa ini, saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan ISTERI tercinta. Rindunya kepada insan tersayang di semenanjung. Dalam kesempatan cuti itu, saya gunakan dengan sebaik mungkin dalam menyelesaikan perkara berkaitan urusan SPP dan lain-lain hal secara bersama isteri saya.

Bulan April

Ujian? Ujian Setara? Kertas Soalan? Tanda Kertas? Sibuk? Penat? Murid? Segalanya bermain dalam fikiran saya. Namun sedikit banyak menjadikan perkara ini umpama seorang nelayan yang baru sahaja turun ke laut mahu membentang jala di tengah lautan. Entah ada hasil ataupun tidak, nelayan itu terpaksa juga berusaha keras untuk mendapatkan ikan bagi rezeki mengisi perut diri dan keluarganya. Begitulah keadaan saya yang baru sahaja mengalami satu lagi pengalaman untuk sediakan kertas soalan Ujian Setara 1 buat kali pertamanya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Ketua Panitia Bahasa Inggeris iaitu Sir.Sweldy Parisai yang banyak pengalaman telah beri tunjuk ajar dalam menguruskan setiap aspek yg perlu dinilai.
Peruntukan? Fail Meja? Fail Guru? Fail Kelas? Aduh. Ini juga cabaran penting dalam menghadapi hari esok yang bakal di semak oleh Allah Subhanallah Taala. Adakah saya berjaya atau tidak laksanakan tugas tersebut? Jikan tidak, kenapa? Adakah soalan ini saya hendak jawab ketika dalam kubur? Pastinya tidak!!! Dengan bantuan guru-guru dan PK1 iaitu Cikgu Zainuddin, perkara tersebut saya berjaya atasi. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Cikgu Azuar yang banyak membantu saya dalam pengurusan diri, masa dan mutu kerja. Berkat nasihat dan kata-kata hikmah cikgu Azuar banyak mendorong saya agar lebih berdikari sekalipun saya cikgu termuda dalam sekolah. Kau boleh mus....itu lah ayat yang memberikan inspirasi kepada saya kerana selama ini saya rasa terlalu kerdil.

sambung nanti ya???
hehehe
pot
pott
pottt

9.04p.m. (Jumaat 23/4/2010)
@Cyber Cafe Sri Perdana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan