Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Jumaat, 30 April 2010

Karnival Sains 29April

Assalamualaikum dan salam muhibbah kepada semua. Pada 29April2010, saya bersama Cikgu Faizal mengiringi murid Sek.Keb.Paris 3 yang seramai 9 orang ke Karnival Sains Anjuran PPD Lahad Datu yang bertempat di Sek.Keb.Pekan Lahad Datu. Suasana amat meriah dan penyertaan sekolah yang terdekat amat menggalakkan.

Ini adalah suasana dalam bilik reka cipta kereta solar. Komponen solar tersebut diperolehi dari USM dan diedarkan oleh Eureka. Menarik tertarik dikau memang HEBAT! Itu ungkapan yang boleh diberikan kepada murid-murid SMK yang terlibat dalam pertandingan ini. Anak-anak saya membuat laporan bertulis dalam kertas yang saya berikan.

Saya bersama seorang guru dari Felda Sahabat 16 yang datang dari jauh untuk memeriahkan lagi karnival ini. Anak-anak murid saya bertemubual bersama cikgu ini. Walaupun cikgu ini mengajar di SMK, namun beliau tetap ramah mesra terhadap kanak-kanak. Seterusnya murid menyaksikan pameran yang disediakan di ruang pameran. MENAKJUBKAN!!!

Saya bersama PK-HEM S.K.Pekan iaitu Cikgu Salam. Beliau banyak membantu saya bermula dari 28hb April lagi sewaktu saya datang seawal pagi. Alhamdulillah beliau sudi untuk membantu dalam menjayakan program anti dadah di peringkat sekolah untuk dikongsikan bersama pengalaman dan idea. Terima kasih Cikgu Salam.

Ketika ini, murid diberikan peluang untuk melihat teleskop yang digunakan untuk melihat bintang. Malangnya, acara waktu malam tiada. Maka mereka diberikan peluang untuk melihat matahari. "Cikgu, tiada bintang pun dan planet lain" itu lah luahan kata-kata anak murid ku yang cuba untuk belajar tentang cakerawala alam semesta ciptaan ALLAH yang Maha Kuasa.

Ketika ini, Cikgu Faizal dan saya membawa murid ke ruang SAINS. Guru Sains mengadakan demonstrasi bagi kejadian gunung berapi. Wah! Hebatnya!!! kata-kata murid ketika menyaksikan sendiri tindak balas asid dan alkali.

Kelihatan Sharmizan murid tahun 5Proaktif sibuk menulis sedikit nota di atas pemerhatian yang dilakukan. Seterusnya menulis pendapat dan kegembiraannya datang ke karnival ini.

Ketika sesi bergambar sebelum memulakan pengembaraan ke seluruh ruang pameran. YahooOoOo.

Saya sempat bergambar bersama Ketua Unit Sains PPD Lahad Datu iaitu Tuan Hj. Suharpi dan juga bersama Profesor iaitu pensyarah dari USM iaitu Profesor Haslan. Murid bergambar bersama guru yang baru lepas ditemubual.

Dalam pusat akses ini, murid mempelajari internet. Dalam masa sama, saya buka Facebook dan juga ruang BLOG saya untuk murid melihat dan merasai pengalaman sendiri bermain internet. Ini adalah salah satu langkah ke arah memajukan bidang teknologi maklumat ke setiap genap peringkat masyarakat. Moga selepas ini, anak murid saya juga dapat bina BLOG yang jauh lagi hebat. Amin.

Sesi temubual bersama peserta reka cipta masakan secara semulajadi menggunakan aluminium. Murid S.K.Paris 3 berebut-rebut mengajukan soalan dan membuat catatan bagi setiap keterangan yang diberikan. Alhamdulillah. Murid cuba mempelajari kaedah menemubual dalam mencari maklumat. Tidak berpusatkan GURU. Itu yang menjadi matlamat murid datang ke sini. Objektif Tercapai. YahoOoOoOo...

Angkasawan mana pula ini??? Dato Sheik Muzaffar ker? Sudah tentu tidak. Ini hanyalah replika. Murid sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Saya mendoakan agar ada diantara anak murid saya akan menjadi saintis Islam yang berjaya dan seterusnya dapat meneruskan kajian sains dengan lebih baik berasaskan Islam. Amin.

Tamat untuk waktu ini.

Tunggu lah untuk laporan kedua Karnival Sains ini ya???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan