Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Sabtu, 15 Mei 2010

Gotong Royong

Sabtu 15Mei2010, Sekolah Kebangsaan Paris 3 telah mengadakan satu gotong royong kecil bersama murid tahun 4, 5 dan 6 bagi meraikan sambutan hari guru yang bakal diadakan seiring dengan seruan Kementerian Pelajaran Malaysia, guru ambil inisiatif mengadakan gotong royong ini bagi tujuan tersebut.

Terdapat seramai 12 orang murid tahun 4, 12 orang murid tahun 5 dan 15 orang murid tahun 6 bersama dengan Cikgu Azuar, Cikgu Drahman dan saya (Cikgu Mustakim)

Kerjasama yang diberikan oleh murid sepanjang gotong royong ini amat membanggakan. Murid berlumba-lumba untuk membantu guru dan melaksanakan tugas dengan penuh perhatian dan menjadikan guru sebagai mentor :)
Ini adalah hasil dari kerja tangan murid yang dapat dikongsikan bersama. Sebagai titik permulaan ke arah projek keceriaan yang lebih besar pada masa akan datang. Murid kini memahami bahawa sumbangan untuk menceriakan sekolah juga terletak di atas tanggung mereka sebagai anak didik sekolah yang belajar di sini. Alhamdulillah.

Cikgu Drahman memantau dan membantu murid ketika murid melaksanakan tugas untuk menulis perkataan di papan tanda menggunakan cat berwarna kuning. Murid juga menyumbang idea untuk mencantikkan lagi papan kenyataan itu dan mencipta perkataan berdasarkan hasil perbincangan sesama mereka sambil dibantu oleh guru untuk kesesuaian ayat yang hendak dihasilkan.

Kebajikan murid bagaimana? Itulah persoalan PK1 iaitu Cikgu Zainuddin kepada saya semalam(jumaat 14Mei). Dengan mengambil inisitif ke atas kebajikan murid, Cikgu Azuar telah memberi idea untuk membeli sedikit makanan dan minuman berupa air mineral dan juga pisang goreng, karipap dan juga kuih muih untuk diberikan kepada murid ketika masa rehat.

Seorang ketua dikalangan murid telah dilantik dari Tahun 6 untuk mengetuai bacaan doa sebelum hidangan di santap oleh murid. Ini memberi pendedahan dan penekanan kepada murid bahawa kesatuan hati dan sifat sabar dalam kerjasama satu pasukan amat penting dalam apa jua perkara. Syukur, dapat juga makan dan minum walaupun tidak seberapa. Bukanlah makan dan minum jadi sandaran, tetapi keseronokan dan kegembiraan terpancar dari wajah anak kecil ini selepas melaksanakan tugas dengan penuh iltizam dan bersungguh-sungguh menghilangkan rasa penat lelah.


Bagi murid tahun 4, ini adalah pengalaman pertama mereka membantu guru dalam aktiviti yang dilaksanakan pada hari ini. Cikgu Azuar banyak memberi panduan dan bimbingan kepada murid-murid ketika pengdokumentasian dilaksanakan dalam bilik guru. Manakala, AJK Makanan telah dilantik dikalangan tahun 4 untuk mengagihkan setiap makanan dan minuman kepada murid-murid. Tanggung jawab ini berjaya dilaksanakan dengan baik setelah diberikan kepercayaan dari guru. Alhamdulillah.


Sebahagian kerja di sebalik tabir yang dilaksanakan sepanjang aktiviti ini. Semua peralatan yang telah digunakan disusun dengan rapi dan diatur dengan baik oleh murid-murid yang mencerminkan keperibadian mereka sebagai murid sekolah ini yang berilmu, berpengetahuan dan berakhlak mulia disisi Agama Islam. Amin.
Banyak perkara yang telah saya pelajari pada hari ini, sekalipun aktiviti pada hari ini melibatkan bilangan kecil murid dan guru, namun perlaksanaan dan aturan aktiviti berjaya dengan seronoknya.

Sebahagian perkara yang perlu diperbaiki di masa akan datang ialah
  • Membuat kumpulan murid ketika sesi pengagihan kerja.
  • Melantik ketua di awal aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan baik.
  • Peralatan bagi penyediaan makanan dan minuman murid di buat dengan lebih teratur.
  • Surat kebenaran kepada ibubapa diserahkan lebih awal.
  • Pemakaian murid dari segi baju, seluar dan kasut ditekankan untuk aspek keselamatan.
Sekiranya aktiviti ini, terdapat banyak kelemahan dan kekurangan, saya mengalu-alukan komen dan pendapat dari semua. Supaya untuk aktiviti dan program di masa akan datang dapat dimurnikan lagi.

Guru Untuk Semua :)
Murid Untuk Negara :)
Amalan Untuk Allah S.W.T

Moga segala usaha ini diberkati. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan