Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Ahad, 9 Mei 2010

Hari Guru 2010


Assalamualaikum dan salam penyatuan hati kepada semua. Dalam ketibaan hari guru yang hampir tiba, semua sedia maklum bahawa tarikh 16Mei dipilih sebagai sambutan Hari Guru.

Terdetik dihati saya untuk mengimbas kembali setiap langkah saya ke sekolah bermula dari Tabika Kemas yang mana ibu saya Latipah bt Md Nor menjadi Guru Tabika kepada saya. Seterusnya melangkah kaki ke sekolah rendah mengenali satu alam yang baru untuk menerokai setiap sudut di sekolah yang agak besar pada ketika itu. Seterusnya di sekolah agama menenagh di bawah Kerajaan Negeri Selangor sehingga tamat SPM. Banyak perkara yang talh dipelajari. Cuma sebahagian kecil sahaja guru yang dapat saya ingati nama dan perwatakan mereka yang banyak memberi kesan dan manfaat kepada diri saya secara amnya dalam manfsir sebuah kehidupan yang penuh lakonan. Tidak lupa juga kepada barisan pensyarah saya yang berada di UPM dan juga tenaga pensyarah di IPGM-Kampus Pendidikan Teknik Cheras KL (2009).



Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setiap jasamu tidak akan kulupai wahai semua para pendidik. Selamat Hari Guru juga kepada semua guru-guru di seluruh dunia.


iLuvIslam


Kini, saya selaku guru bermula awal tahun ini, banyak perkara yang berlaku dan proses pembelajaran tetap berlaku samada secara langsung atau tidak langsung. Guru sebagai Pembina Negara Bangsa yang disebut-sebutkan kadangkala hanya bermain di lidah tanpa diterjemahkan dan disemadikan dalam hati kita dan dilaksanakan dengan perilaku dan tindakan kita dalam kehidupan seharian. Kemana hilangnya sebuah semangat keguruan yang dahulunya pernah wujud dalam jiwa murni kita??? Guru juga asyik memperkatakan sambutan hari guru, murid/pelajar harus berterima kasih kepada guru-guru yang pernah memberikan ilmu kepada mereka, yang banyak mengajar mereka. Tetapi adakah guru itu sendiri pernah menghargai dan berterima kasih kepada semua guru-guru, ustaz ustazah serta pensyarah-pensyarah yang ada??? Adakah cukup hanya dengan berterimakasih??


Adakah kita pernah mendoakan untuk mereka selaku pendidik yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kita selaku tugas mereka sebagai insan yang dipertanggungjawabkan menyebarkan ilmu. Ketahuilah, jika kita mahu murid berterimakasih dan menghargai kita, kita juga selaku guru harus berterimakasih kepada SEMUA guru, dan mereka yang membimbing kita hingga ke puncak kejayaan sebuah kehidupan hingga bergelar guru. Saya menulis ini atas inipati untuk mengingatkan kepada diri saya sendiri yang sering lupa dan lalai dalam mendoakan serta menghargai guru yang lama.


Saya mendoakan semua Hari Guru yang bakal diadakan dan disambut dengan penuh keberkatan dan membawa kepada kesatuan hati dalam mewujudkan sebuah pasukan pendidik berprestasi tinggi seiring dengan kehendak FPK yang dipegang dalam Pendidikan Negara kita.

Sekian.

*Sambutan Majlis Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-39 diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Pahang.

Sambutan Perayaan Hari Guru 2010

Tarikh: 16 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Universiti Malaysia Pahang
Tema: Guru Pembina Negara Bangsa


Aturcara Majlis Pelancaran:

8.00 pagi - Ketibaan jemputan
9.25 pagi - Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang
9.30 pagi - Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri

- Doa

- Ucapan alu-aluan oleh Y. Bhg. KPPM

- Ucapan Perasmian Perayaan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri

- Upacara menaikkan bendera

- Ikrar Guru

- Persembahan

- Penyampaian Anugerah
11.30 pagi - Jamuan

- Bersurai

Anugerah

  1. Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
  2. Anugerah Kepimpinan Pendidikan Menteri Pelajaran
  3. Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas
  4. Anugerah Guru Cemerlang Kurang Upaya
  5. Anugerah Guru Inovatif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan