Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Sabtu, 6 November 2010

Raya dengan Mertua ;)




Wake Me up when September & OCTOBER Ends


Salam. Sudah sekian lama menyepikan diri, kini terpanggil pula untuk berbicara. Memori lama masih lagi terngiang di ingatan ketika di saat menyambut hari raya bagi tahun ini 2010 yang julung kalinya daku merayakan bersama keluarga mertuaku di Kg.Melayu Kangkar Pulai Johor bersama isteri tersayang. Walaupun coretan ini agak ketinggalan, namun tidak dapat kulupakan saat gembira bahagia ketika cuti beraya setelah lama berpuasa di Sabah nun jauh dari keluarga. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui akan ketabahan isteriku menahan segalanya buat pertama kalinya balik ke pangkuan keluarga setelah hampir 3bulan berada di Sabah gara-gara alam pekerjaanku yang mendorong isteriku berpindah ke Sabah tanah air di bawah bayu.

Persiapan hari raya lebih diserikan dengan pembelian sebuah kamera kompak berjenama Kodak yang berharga RM499.00 dengan mendapat pelbagai hadiah dan cenderamata dari tokei kedai di Plaza Angsana yang beruntung kerana pintu hati isteriku yang telah terpikat dan terbuka untuk membeli kamera tersebut yang berwarna merah hati seperti kamera pertamaku dahulu yg berjenama BenQ. Dengan kamera itu lah kami gunakan untuk menyimpan memori bergambar bersama insan tercinta sepanjang hari raya dan diteruskan untuk aktiviti yang lain bakal laksanakan.

Syahdu mendengar takbir raya membuatkan rasa syahdu dan syukur ke atas kurniaan Allah Taala yang memberi ruang dalam hidup kali ini yang mana sekali lagi dapat tunaikan tanggungjawab sebagai hambanya untuk berpuasa dan solat terawih secara jemaah tanpa tertinggal kecuali 2hari kerana menaiki kapal terbang pulang dan bas ketika pulang ke KL-JB

Terdapat beberapa kenangan yang dapat disampaikan disini dengan bantuan gambar...hendak menulis lagi tetapi masa agak terhad bagi diriku untuk terlalu lama di ruang internet atas faktor urusan luar yang menghimpit masa sekarang. Tidak juga hendak menyalahkan masa, tetapi penekanan untuk menggunakan MASA KUALITI lebih penting dalam pengurusan hidup seharian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan