Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Ahad, 21 November 2010

UPSR 2010

Bercerita tentang UPSR, teringat pula sewaktu dibangku sekolah rendah ketika menduduki UPSR di Sek.Keb.Dengkil Sepang Selangor. Sebulan sebelum UPSR puas juga saya mentelaah latihan subjek Bahasa Inggeris kerana pada waktu itu format baru dikeluarkan oleh KPM.

Tetapi kini, saya seorang guru bermula Januari 2010 telah berpeluang pula untuk ‘menduduki’ UPSR sebagai Timbalan Ketua Pengawas di sebuah sekolah di daerah Kinabatangan. Saat ini saya gunakan untuk menimba pengalaman sebagai pengawas dan timbalan ketua pengawas upsr untuk pertama kalinya dalam hidupku ini. Sedikit coretan perjalanan hidup ketika dalam minggu UPSR.

Pada 20-September-2010 (Isnin) saya bersama ketua pengawas menuju ke bilik kebal yang terletak di PKG Kinabatangan untuk meninjau dan berkenalan dengan bilik kebal serta penduduk yang berada dalam bilik tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan kemudian menuju ke sekolah yang akan ditempatkan sebagai pengawas di sana.

Pada masa ini, baharulah mulakan sesi kenal mesra dan juga memerhati kawasan sekolah yang akan di jaga bersama beberapa orang pengawas yang lain. Di saat ini kelihatan sesi jejak kasih antara Cikgu Jumadiah bersama bekas guru yang pernah mengajarnya sewaktu masa dahulu dan cikgu itu masih lagi berkhidmat hingga kini.

Pada 21-September-2010 (Selasa) hari pertama UPSR dijalankan secara serentak diseluruh Negara. Hari pertama saya datang tepat jam 7.00pagi di sekolah tersebut dan menjalankan tugas utama sebagai Timbalan Ketua Pengawas pada pepagi yang hening itu. Kelihatan hanya beberapa murid sedang duduk menunggu saat peperiksaan bermula sambil memakan kuih coki dan donat di tangan beserta air milo dalam bekas minuman kecil. Taklimat dari ketua pengawas diberikan kepada semua para pengawas pada jam 7.30pagi. Segalanya berjalan lancar pada hari pertama.

Pada hari kedua peperiksaan, di awal pagi sudah kelihatan kecoh di dalam dewan peperiksaan. Terdapat beberapa ketul ‘kek’ berselerak di atas lantai. Tindakan pantas diberikan oleh guru sekolah tersebut setelah menerima laporan dari saya yang meninjau keadaan yang serba tidak selesa itu. Ditanamkan kek tersebut dengan pasir agar tidak kelihatan dan tidak berbau. Keadaan itu tidak menjejaskan juga perjalanan peperiksaan pada hari tersebut. Alhamdulillah.

Pada hari ketiga merupakan hari terakhir khidmat saya di sana, ketua pengawas meminta untuk menghantar borang tuntutan elaun menjaga peperiksaan. Pada hari ini juga, saya banyak belajar bagaimana hendak mengisi laporan kedatangan calon, untuk menyemak kertas soalan yang tidak dijawab oleh calon tidak hadir, dan juga mengetahui dari Penyelia Peperiksaan bahawa untuk tuntutan sebaiknya menggunakan akaun selain gaji bagi mengelakkan permasalahan ketidakperasanan duit tuntutan telah masuk dalam akaun tetapi telah digunakan dengan senangnya oleh guru terbabit.

Sesungguhnya, dalam minggu peperiksaan UPSR ini banyak perkara yang baru telah kuterima dan saya anggap ini adalah pilihan Allah yang telah meletakkan diri saya dalam keadaan yang paling baik seadanya mengikut takdir ilahi. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan