Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Sabtu, 5 Februari 2011

Derma DARAh & Cintai iLmU




Buku strategi pertama saya beli untuk kelas BI walhal buku ini lebih khusus untuk KBSM tetapi saya gunakan untuk memperbaiki akan kesilapan pengajaran BI yang telah berlaku dan mengurangkan kesalahan dan kesilapan PNP yang akan datang. InsyaAllah. Amin.


Buku yang diperakui oleh Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM)
Teliti bahan bacaan buku ini untuk dipraktis dalam PNP agar menjadi lebih mudah dan berkesan


Banyak dilema yang dihadapi guru sehingga memberi kesan kepada pembangunan profesional guru. Saya cuba mengambil ikhtibar atas perkara yang berlaku dan dicoretkan dalam lembaran buku ini untuk sama-sama diperbaiki diri saya sendiri, rakan sejawat dan semua. InsyaAllah.


Kena cucuk dengan jarum sepanjang lebih 3cm


Memberi penerangan untuk kepastian saya bahawa derma darah perlu mengikut prosedur yang ketat dan difahami oleh penderma agar darah yang didermakan itu BEBAS dari segala unsur yang mendatangkan mudarat kepada pihak lain.



Sijil Pertama
selaku penderma darah



Berat 67kg



Periksa tekanan darah
N: Malam tadi tidur pukul berapa?
M: Saya lupa...dalam pukul 12am
N: Ok lah tue....


Darah saya jenis O
(Darah jenis O boleh menderma kepada semua orang tetapi saya hanya boleh terima darah jenis O untuk diri saya sendiri. Kata Nabil Raja Lawak darah jenis O ini bermaksud seperti Pemimpin... OOOOOO



Isi borang pendaftaran untuk menderma darah kali pertama


Encik...meh sini derma darah


Lepas derma darah, saya menikmati hidangan roti dan air kotak (percuma)
Lepas 2 bulan, saya boleh kembali menderma darah...Seronoknya...



Salam.

05-Feb-2011 (Sabtu) Saya bertolak dari Kg.Melayu Kangkar Pulai (jam 2.30petang selepas makan tengah hari lauk ikan sardin cap BOTAN) menuju ke Angsana Johor Bahru untuk memberli keperluan bahan bacaan (5Buah buku) dan juga barang isteri saya.

Setelah selesai membeli barang, saya ternampak ada pameran/ kempen untuk menderma darah. Maka tertarik pula untuk melihatnya walhal sebelum ini banyak kali juga lihat di banyak tempat lain tetapi tidak pernah pula saya pergi. Adakah ini dikatakan pilihan Allah untuk saya menderma darah yang diberikan oleh Allah kepada pihgak yang lebih memerlukan? InsyaAllah.


KELEBIHAN MENDERMA DARAH
sumber dari http://ibnuabas.blogspot.com/2008/01/derma-darah-baik-untuk-kesihatan.html

Menderma darah boleh menyihatkan badan kerana badan akan menghasilkan sel darah baru bagi mengganti darah yang diderma.

Sel darah merah mempunyai jangka hayat antara 115 hingga 120 hari dan dalam tempoh ini ia boleh digunakan untuk menyelamatkan banyak nyawa.

Usah takut kita akan mengalami masalah kekurangan darah selepas menderma kerana perkara ini tidak terjadi. Secara semula jadi, badan sentiasa menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang mati (musnah) akibat tua (selepas 120 hari).

Apabila kita menderma darah, proses sama berlaku. Badan dirangsang untuk menghasilkan sel darah baru yang secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap kesihatan seseorang penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen.

Penderma hanya dibenarkan menderma darah pada jarak masa tiga bulan sekali.

Ini sebabnya ramai penderma berasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah. Malah, rata-rata penderma berasa tenang kerana tahu darah mereka dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu dan menyelamatkan nyawa orang lain.

Selain itu, kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah baru.

Proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung.

GANJARAN DAN KELEBIHAN
(Menurut Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam)




Mus
7.15petang

(10.39pm Paling Update)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan