Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Khamis, 3 Februari 2011

Eksplorasi Sains -Tumbuhan (Tahun 4PG)

Salam.



PNP (Eksplorasi)
Tahun 4
Keperluan Asas (Tumbuhan) -Unit 1
Tarikh: 20-Januari-2011
Hari: Jumaat
Waktu: 10.00-11.30pagi (90minit)
Keadaan Cuaca: Mendung dan cerah serta sedikit berangin.














Cikgu:Semua murid sila bahagikan kepada kumpulan lelaki dan perempuan.

Murid1:Kita mahu kemana cikgu?
Murid2:Kena bawa buku teks sains ke praktikal ke atau nota?
Cikgu:Sila bawa buku praktikal kamu yang panjang tu, sebelum itu sila buat jadual seperti di papan tulis dan kemudian bawa alat tulis serta semua beg kamu beratur diluar kelas. Kita akan pergi teroka kawasan sekolah dan melihat tumbuhan besar dan kecil.

Murid1:Baik cikgu.

Teknik eksplorasi ini saya telah gunakan buat kali ke-3 untuk kelas 4ProGresif sebagai langkah awal pendedahan sains lebih nyata, realiti, yang berkait kepada kehidupan murid dan mudah untuk difahami dan dirasai sendiri melalui saluran pancaindera kita iaitu MATA, TELINGA, HIDUNG, MULUT dan SENTUHAN ;)

Cuma pada kali ini, murid lebih memahami akan keperluan dan tugas yang perlu dilaksanakan kerana aktiviti ini dilakukan kali ke-3. Ini bermakna, aktiviti yang sama saya laksanakan bersama murid sebelum ini (kali pertama dan kedua) tidak memberikan impak yang terlalu mendalam dan tiada justifikasi yang dapat dilihat dan dinilai dari sudut penulisan dan penemuan mereka secara lebih signifikan.



Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan murid memberikan respon yang amat POSITIF.

Cikgu:Apa yang kamu rasa, lihat dan pegang?
Murid1: Pokok besar, daunnya besar, kerana dapat cahaya matahari yang cukup banyak.
Murid2:Pokok besar, batangnya pun besar cikgu, kerasa dan akarnya pun besar dan keras, tiada bau yang kuat sangat. Pokok besar beri kita udara oksigen yang lebih banyak.

Cikgu:Bagus semuanya. Kita perlu menjaga pokok, tumbuhan hijau supaya hidup kita seimbang dan kurangkan penebangan pokok yang memusnahkan tempat tinggal haiwan.




















Kelas ini telah diadakan pada waktu akhir selepas rehat selama 3masa = 90Minit. Murid dibahagikan kepada 4sesi.

  1. Kepentingan tumbuhan dan keperluan asas tumbuhan (dalam kelas)
  2. Bina jadual dan bentuk kumpulan (dalam kelas)
  3. Mencari maklumat dan mengasingkan maklumat mengikut jenis tumbuhan besar & kecil (diluar kelas).
  4. Perbincangan kumpulan (lelaki & perempuan) keperluan asas tumbuhan dan kesan buruk tidak menjaga tumbuhan dan hutan dengan baik (diluar kelas).


Sekian

Disediakan oleh;

Friends18

Guru Sains Tahun 4
(Ketua Panitia Sains)
Sek.Keb.Paris 3 Kinabatangan
Tahun 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan