Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Selasa, 15 Februari 2011

Rancangan Makanan Tambahan


RMT Sekolah yang baru….
Pada hari isnin (14-Feb-2011) selepas mengadakan perbincangan bersama cikgu Saedah, saya duduk rehat sebentar di kawasan RMT. Saya telah dipelawa untuk menjamah makanan RMT, tetapi saya menolaknya kerana masih lagi kenyang (pagi itu jam 6.40am minum Air Tongkat Ali Panas kat kantin dengan roti 1ketul) namun pekerja RMT itu pelawa saya untuk minum air milo. Saya pun minum dan mendapati air milo yang disediakan oleh pihak RMT amat bagus dan lebih baik dari sebelum ini (tawar).

Saya terus meninjau sekeliling kawasan RMT dan mendapati sesuatu yang mengejutkan iaitu penggunaan bekas makanan (less plastic) sebagai bekas untuk hindangan murid-murid. Ini sesuatu yang amat baik kerana tindakan seperti ini akan mengurangkan sampah plastik disamping itu menyelamatkan keadaan alam sekitar seiring dengan seruan kerajaan untuk mengurangkan PENGGUNAAN BEG PLASTIK.
Syabas dan tahniah kepada Kontraktor RMT baru ini yang telah diberi kontrak selama 90 hari sebagai percubaan. Saya mendoakan agar pihak kontraktor ini diberikan terus kontrak selanjutnya. Perkara contoh ini patut menjadi ikutan oleh semua pihak samada pihak sekolah, guru, murid dan juga pihak KANTIN SEKOLAH yang bukan TENDER!

(Guru Kuat Makan) GKM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan