Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Khamis, 10 Februari 2011

Sabah ke Johor






Pengalaman pertama saya menaiki MAS ketika pertama kali ke Sabah (posting) menjadi cikgu...dari KLIA ke Sandakan (terus jer). Kali kedua pula pada minggu lepas sewaktu menghantar pulang isteri dari Lahad Datu ke Senai, Johor.





Alhamdulillah syukur sangat kerana ada juga ruang TIKET untuk saya pulang bersama isteri temani nya ke Johor menaiki MAS yang harganya lebih tinggi berbanding AirAsia. Walaupun begitu, atas segala yang diperlukan seperti kerusi roda dan bantuan dari kakitangan MAS amat menggalakkan.




Isteri saya dilayan dengan baik oleh kakitangan MAS malah tiada masalah dan tiada pula kesusahan yang kami hadapi bermula dari lapangan terbang Lahad Datu menaiki MAS Wings ke Kota Kinabalu...kemudian ke Kuching (berhenti 45minit untuk kemas dalam kapal dan menunggu penumpang dari Sarawak) dan terus ke Senai Johor.

Tiba di Senai, abang Elly (isteri) pun terus sambut kami dengan kereta dan bawa kami pulang.

Alhamdulillah.

Sedikit coretan untuk memori yang pertama kali pulang dari Lahad Datu menaiki MAS terus ke Johor. Syukur kepada Allah yang memudahkan segala urusan kami dan sesungguhnya doa kalian semua amat penting untuk kami.

-mus-
10-Feb-2011
4.26p.m.
(Kedai Servis Tayar Sheong Huat yang ada Wifi-Lahad Datu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan