Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Khamis, 3 Februari 2011

Tugas Rasmi (GURU DATA 2011)



Salam....

Mulai 4-Januari-2011 saya mula menjalankan tugas secara RASMI sebagai Guru Data (GD) di sekolah bagi sesi tahun 2011. Tugas ini amat berat bagi saya selaku guru baru setahun mengajar. Bertitik tolak dari kepercayaan dan keyakinan pihak pentadbir dan mantan GD (En.Joemick) ke atas bahu saya, demi ITU saya cuba menggalas dengan sebaik mungkin.

Langkah pertama yang saya lakukan dalam 2minggu pertama Januari ialah mendapatkan data dari Emisonline kemudian mula 'study' beberapa perkara berkenaan dengan Microsoft Access dan juga Excel. Oleh kerana saya kurang kepakaran dalam perkomputeran, maka kerja saya menjadi agak perlahan tidak seperti GD yang lain. Kerja tetap perlu diteruskan.


Syukur&Sabar

10-Januari-2011
Guru Besar (En.Norazam) memaklumkan kepada PK1 untuk serahkan surat panggilan mesyuarat kepada saya (GD) dan PK-HEM (En.Emran) untuk bersama pergi ke mesyuarat tersebut.

Antara perkara utama yang dikatakan ialah
  1. Data bertembung -mesti diselesaikan dengan cepat.
  2. Nombor kad pengenalan mesti dimasukkan dengan betul dalam sistem.
  3. SMM penting untuk pemberian RMT kerana SMM digunakan untuk perolehan data dan RMT dikutip dari E-Kasih.
  4. Jadual kutipan perdana (4Kutipan perdana pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober)
  5. Matapelajaran ajar guru akan dikosongkan (reset). GD ambil tanggung jawab untuk mengisi MATA PELAJARAN AJAR, ENROLMEN, PERGERAKAN GAJI, PERUBAHAN SKIM, GURU KELUAR/MASUK, NO.FAIL PERIBADI.
  6. GD buat Fail Meja dan rekod kerja harian sebagai GD.
  7. Fail Maklumat Sekolah.
  8. Tutorial untuk GD baru.
Tamat

20-Januari-2011
GB berikan surat untuk GD hadir ke BENGKEL KUTIPAN PERDANA BAGI BULAN JANUARI 2011 di PKG Kinabatangan mula jam 9.00pagi hingga petang.

GD diminta untuk membawa laptop, pendrive untuk kutipan data secara TEPAT.
Sekolah diminta untuk bawa bersama lampiran pengesahan data yang telah disahkan oleh GB.
Antara agenda penting yang dibincangkan dalam bengkel ini
  • GD pastikan untuk mengemaskini ENROLMEN & MATAPELAJARAN AJAR GURU
  • Permohonan pelupusan bagi ASET ALIH menggunakan KEWPA 16 atau 312 (peralatan lama)
  • Data enrolmen murid di SMM mesti SAMA dengan di EMIS
  • Pengalaman ajar guru (diguna pakai bagi mendapatkan penarafan Guru Cemerlang)
  • Elaun guru mesti dimasukkan dengan betul
  • EMIS akan digunak pakai sebagai Central Data Management (CDM)
Tamat ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan