Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Sabtu, 25 Jun 2011

BUKU BARU 2011






PERISTIWA BESAR TELAH BERLAKU! KE ARAH MANA MAKSUD TUJUAN HIDUP DI DUNIA YANG FANA INI


Pada hari khamis yang lalu bersamaan dengan 23-Jun-2011 saya bersama isteri pergi ke Sabah Book Store (SBS) Tmn Sri Perdana, Lahad Datu Sabah. Pada ketika itu jam menunjukkan tepat jam 8.55malam namun kedai tersebut masih belum tutup. Saya pergi ke bahagian buku di tingkat atas untuk melihat beberapa buah buku untuk dibeli dan dibaca bagi santapan fikiran untuk bulan Julai bersama buku yang baru dibeli hasil dari duit gaji ;)

KLIK DIBAWAH LAGI...



Alhamdulillah, saya perolehi 3 buah buku yang amat menarik dan senang di fahami untuk pembacaan mudah. Buku pertama dan kedua merupakan buku pembacaan umum dan buku ketiga ialah kuiz untuk subjek fizik telah saya hadiahkan kepada isteri saya :)

Sekembali ke rumah, saya lihat secara sepintas lalu buku tersebut sambil isteri saya menjengah kepalanya untuk melihat isi yang menarik jika ada. Kedua-kedua buku pembacaan umum itu keluaran dari PTS. Isteri saya mula membaca terus buku Seni Bahasa Badan kerana tertarik akan isi kandungan dan segala rahsia gerak geri badan. Walaupun selama ini terdapat juga buku yang begitu tetapi sya hanya membuat pinjaman dari sumber lain seperti perpustakaan. Dengan buku yang dibeli sendiri ini, sungguh tidak sangka bahawa isteri saya juga turut minat untuk membacanya. Apa yang cuba saya sampaikan kepada kalian ialah, setiap insan mempunyai masa untuk membaca dan berfikir. Perkara mengutamakan apa yang utama perlu diperuntukkan dengan baik dalam kehidupan kita agar mendapat masa yang berkualiti. Marilah menjadikan membaca itu suatu hobi sekalipun bahan bacaan itu nampak ringkas namun boleh mencernakan buah fikiran yang lebih baik dari sedia ada kepada memikirkan kebesaran ciptaan Allah Taala agar kita bersama-sama menilai kembali amalan dan keimanan kita pada hari ini adakah lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Sekian.

RUJUKAN

1.BUKU SENI BAHASA BADAN

2. POW

3. LAMAN WEB PENULIS SUPER

1 ulasan:

  1. Terima kasih kerana sudi membaca buku Seni Bahasa Badan tulisan saya. Saya suka! :)

    http://www.syahrulnizam.com/

    BalasPadam