Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Sabtu, 25 Jun 2011

POLITIK ISLAM

Pada suatu hari, saudara saya seangkatan dengan rakan sekerja saya guru di sekolah telah bertanya satu soalan yang berbunyi : Apa pandangan cikgu tentang politik?

Soalan itu tidak dapatlah saya menjawab dengan baik atas kedaifan saya yang kurang ilmu dan kefahaman tentang politik terutama politik dalam Islam. Sungguhnpun soalan yang begitu ringkas namun memberikan kesedaran kepada saya untuk nilai dan lihat kembali sejarah Islam dan keadaan politik semasa yang berlaku masa kini samada yang berlaku di Negara kita mahupun di luar sana.

Saya ambil inisiatif untuk mencari beberapa bahan bacaan dari perpustakaan Lahad Datu. Lalu menjumpai beberapa buah buku yang lebih kurang ada kaitan dengan politik. Namun kefahaman melalui pembacaan hanyalah berdasarkan teori dan belum aplikasi/amali.

Perkara pokok yang saya ketahui dan faham ialah banyak perkara yang berkaitan dengan kepimpinan dalam kehidupan kita berlandaskan syariat Islam.


Dua buku yang saya baca setakat ini menampakkan isi yang berbeza atas dasar penyampaian politik Islam yang cuba di sampaikan dan dikupas oleh penulis.



klik lagi di bawah untuk sambungan...



Walaubagaimanapun, kedua-dua buku ini banyak memberi manfaat yang besar kepada saya dalam melihat corak pemerintahan politik Islam serta sejarah politik pemerintahan yang berlaku di dunia bermula zaman sahabat hingga kini.

Banyak perkara yang masih saya tidak dapat sampaikan secara terus melalui penulisan di sini, jika kalian berminat boleh mendapatkan buku tersebut di KEDAI BUKU mahupun di perpustakaan. Saya masih lagi membaca kedua-dua buku ini dan dalam minggu hadapan bersamaan dengan 1 atau 2 Julai akan saya pulangkan ke Perpustakaan Lahad Datu. InsyaAllah.

Terima kasih kepada cikgu yang bertanya soalan tentang politik itu.
Banyak perkara yg saya masih tidak ketahui sedangkan perkara tersebut juga berkaitan dengan muamalat dan muasyarat (jika salah ejaan harap maaf).

Sekian dahulu. Sedikit perkongsian untuk kita sama fikir akan keadaan politik masa kini dan semoga dengan perantaraan solat yang sempurna di usahakan di terima Allah serta amal kerja dakwah dapat merubah suasana politik dan kehidupan yang lebih baik dan diredhai Allah Subhanallah Taala. InsyaALLAH. Amin.

RUJUKAN TAMBAHAN

1.BIODATA ABDUL HADI AWANG
2.ALI ABDUL RAZIQ KECAMAN BANTAHAN PENERBITAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan