Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Khamis, 11 Ogos 2011

Bulan Pengampunan????

Pada hari Ahad lepas bersamaan dengan 07-Ogos-2011 jam 11.13pagi saya bersama isteri menuju ke perpustakaan Lahad Datu untuk memperbaharui pinjaman buku dan mendapatkan buku baru.

Tergamam seketika melihat sepanduk bertulis BULAN PENGAMPUNAN.




Khusus bagi peminjam yang meminjam buku tetapi sudah lama tidak dikembalikan ataupun terlupa. Maka, para pembaca boleh memulangkan buku tersebut tanpa dikenakan hukuman ataupun denda berupa bayaran wang ringgit Malaysia Sahaja digunakan tidak lagi Filipina mahupun Indonesia.

Alhamdulillah, seiring dengan menyambut bulan Ramadhan, pihak perpustakaan juga adakan bulan pengampunan. Bagus tindakan yang dilakukan. Di samping itu, pendaftaran sebagai ahli perpustakaan juga secara percuma. Syukur sangat. Tidak seperti sebelum ini dikenakan beberapa bayaran mengikut kelasnyer tersendiri.

Ketika saya masuk dalam perkarangan perpustakaan, kelihatan ruang pameran yang menarik perhatian saya. Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama pihak perpustakaan mengadakan program untuk masyarakat bagi menarik perhatian kepentingan menjaga alam sekitar, pembersihan sampah sarap, menjaga flora dan fauna.




Perkara ini, membuka minda dan tercetus idea untuk laksanakan program sedemikian rupa.
Galeri pameran dapat menarik lebih ramai pengunjung. Tumpuan saya lebih kepada murid di sekolah yang suka membuang sampah merata-rata. InsyaALLAH jika berkelapangan, dalam minggu hadapan saya bersama AJK Kelab Pencinta Alam merancang dan melaksanakan program kesedaran alam semulajadi dengan lebih tepat KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR.





Doakanlah...sekarang mahu cari idea lagi di Internet ;)


Wassalam

-mustakim-
1.27petang
11-Ogos-2011 Khamis
Selepas solat Zohor
Dlm bilik guru sekolah pun ada internet ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan