Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Khamis, 8 September 2011

Amanah dan Tanggung Jawab

Pada hari ini (08-Sept-2011) Khamis saya menuju ke Bilik Mesyuarat PPD Kinabatangan untuk menghadiri satu mesyuarat/taklimat khas (yang bermula jam 8.30pagi) bagi mereka yang telah dilantik dan diberi AMANAH!




Satu demi satu agenda dibentangkan dan segala teknik yang ditunjukkan perlu diperhatikan dengan teliti agar dapat dilaksanakan pada minggu hadapan tanpa kesilapan yang disengajakan, namun kesilapan yang tidak disengajakan boleh di atasi sekiranya diambil langkah berjaga-jaga.





Sebelum menuju ke PPD Kinabatangan, saya berada di sekolah untuk puch card dahulu (6.33am) kemudian menguruskan beberapa dokumen untuk murid tahun 6 (yang menjawab soalan kuiz semalam, TAHNIAH kepada kumpulan Nurul Audy kerana perolehi markah PENUH!).

Setelah selesai, saya maklumkan kepada Cikgu Nik Helmi Azuar bahawa saya akan menuju ke PPD sebentar lagi da beliau boleh menggunakan masa yang ada bersama murid tahun 6 bagi tujuan motivasi/kaunseling dengan sebaiknya. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah Taala. Syukur.


Setelah mengambil sarapan sedikit di kantin (mee hon goreng+telor mata+sosej+nescafe tarik) dan membayar sebanyak RM3.50 kepada Risman, saya segera untuk ke PPD.

Setibanya di kawasan luar sekolah, saya terlihat beberapa buah kenderaan besar dan pekerja-pekerja sedang asyik melakukan sesuatu. Saya mengambil gambar seketika dalam waktu itu.






Kelihatan projek untuk memasang paip air dari luar (tepi jalan raya utama SANDAKAN-LAHAD DATU menuju masuk ke dalam perkarangan sekolah). Adalah diharap projek ini berjalan lancar.

Setiba kembali ke sekolah (tiba jam 12.20 t/hari bergerak dari PPD jam 11.40a.m.), saya juga menyaksikan beberapa kenderaan keluar dari kawasan seklah (fenomena ini memang terjadi setiap hari persekolahan cuma saya tidak ambil endah). Kelihatan jambatan kecil di sana terlalu sesak dengan pelbagai jenis kenderaan samada yang besar dan kecil. Dikatakan bahawa jambatan kecil itu sudah lama dibina malah pernah beberapa kali di perbaiki bagi tujuan keselamatan.





Namun perkara yang dirisaukan ialah, bala bencana dan kemalangan itu tidak berbau! Adalah lebih baik mencegah dari pada di ubati (kata-kata ini sudah biasa kita dengar tetapi MALAS untuk dipraktikkan).

Berdoalah kita agar bantuan untuk menaiktaraf kerja JAMBATAN dapat dilaksanakn dengan secepat mungkin. Antara tunding menunding jari dan tuduh menuduh siapa yang perlu lakukan tidak akan kesudahan. Perkara yang paling utama ialah berdoa, berusaha dan bertawakkal. Kadang-kadang usaha kita mengharap kepada sesuatu selain daripada Allah lebih tinggi kerana doa dan pengharapan kta yang rendah kepada ALLAH YANG MAHA BERKUASA.

Moga ALLAH beri petunjuk dan hidayat kepada hati ini dan kita semua. Amin.

Subhanallah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan