Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Isnin, 19 September 2011

Hadiah dan Tugas Ketua Panitia

19-Sept-2011 (Isnin)

Setelah mendapat cuti selama 3hari bermula 16-sept sempena dengan Hari Malaysia di ikuti dengan hari sabtu dan ahad, terasa amat syukur dengan masa rehat 3hari ini dapat digunakan dengan baik. Alhamdulillah. bagi mereka yang mengadakan rumah terbuka sempena hari raya dapat juga dikunjungi ;)

Pada hari ini, perhimpunan berjalan seperti biasa yang bermula jam 6.45pagi kedengaran loceng sekolah pun berbunyi.

Perhimpunan kali ini, PK 1 menyampaikan pesanan dan maklumat penting kepada murid agar menyalurkan maklumat yang betul dan tepat kepada mana-mana pihak agar tidak di salah tafsirkan oleh pihak luar sekolah. Sekiranya perlu untuk berunding boleh di atasi bersama-sama dengan pihak sekolah.





CikguSaedah pula menggunakan kesempatan pada hari ini untuk menyampaikan hadiah bagi para peserta yang menang dalam pertandingan / acara yang diadakan sepanjang minggu Pusat Sumber Sekolah yang diadakan sebelum ini.





Setelah perhimpunan selesai, murid-murid masuk ke kelas seperti biasa.

Sebelum masuk ke kelas, saya sempat untuk online melihat perkara-perkara yang baru dalam laman web KPM sekiranya ada.

Setelah mencetak (print) beberapa dokumen untuk diserahkan kepada Puan Dayang (cetak slip gaji bulan september 2011) dan beberapa pekeliling dan surat siaran dari KPM untuk rujukan/semakan Guru Besar, saya bersiap untuk masuk ke kelas pertama Bahasa Inggeris Tahun 4 ProAktif ;)

Hari ini belajar Conjunctions (ulang kaji jer dulu)



Pada jam 11.05pagi..saya sempat bertanya beberapa soalan kepada Cikgu Joenas selaku Setiausaha Peperiksaan (2010) sebelum ini mengenai keputusan, analisis dan graf akademik dan tugas Ketua Panitia.




Cikgu Joenas menerangkan dengan baik dan menyatakan bahawa Ketua Panitia (KP) akan menyimpan maklumat keputusan peperiksaan sem 1 dan sem 2, serta ujian 1 dan 2 dimasukkan dalam fail panitia. Sekiranya ada ujian Excel dan Percubaan UPSR (untuk murid tahun 6) dimasukkan juga dalam fail panitia. Tetapi semua keputusan itu telah di analisis terlebih dahulu dari segi

1) Kenalpasti kelemahan / kekuatan dari keputusan yang diperolehi
2) Cadangan@Langkah cara untuk mengatasi / meningkatkan akademik

Semua analisis ini dibincangkan setelah dibentangkan oleh SUPeperiksaan dan Ketua Panitia bersama guru yang mengajar.


Setelah di analisis dalam bentuk jadual dan graf, di simpan dalam fail panitia.




(ini lah hasil pembelajaran pada hari ini)

Setelah siap graf tersebut, saya emel kepada semua guru sains untuk rujukan ;)

Saya lambat bertanya. maka lambatlah tindakan yang dilaksanakan. InsyaALLAH untuk dilain masa, perkara sebegini akan diperbaiki untuk kemudahan bersama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan