Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Jumaat, 23 September 2011

Kertas Kerja Sambutan Hari Raya

Alhamdulillah, setelah bermesyuarat pada hari Rabu (21-Sept-2011)

(DOWNLOAD KERTAS KERJA DENGAN KLIK DI SINI >>KERTAS KERJA<<)




Kertas kerja bagi Program Sambutan Hari Raya AIdilfitri dan Majlis Perpisahan Guru (NHA) telah berjaya di siapkan pada hari Kahmis (22-Sept-2011). Kertas kerja itu diserahkan kepada PK dan GB untuk di semak dan disahkan seterusnya diberikan kepada Pn.Dayang Rohani untuk satu salinan bagi tujuan simpanan pentadbir dan satu salinan saya pegang supaya boleh di dokumentasikan untuk program ini.






Syukur juga kerana kerjasama dari semua guru amat memuaskan atas kehadiran dan sumbangan yang diberikan pada majlis yang telah diadakan tadi (23-Sept-2011)







Dalam kesibukan itu, saya sempat juga berbincang bersama Cikgu Nordin dalam mengaplikasikan sistem HRMIS bermula jam 11.00pagi hingga 11.30pagi lebih kurang begitu (23-Sept-2011)


Setelah selesai solat jumaat, tidak ada masa yang menunggu kita tetapi kita lah yang menggunakan masa itu dengan baik. Saya bersegera ke SK Paris 3 Kinabatangan kembali untuk laksanakan kerja sebagai Guru Data Maklumat (update maklumat enrolmen murid dan LDP Guru (cikgu Nordin)( serta memasukkan data Guru Kelas yang dilantik) - Maklumat/ciri/item terbaru dalam EMISonline.

Sebelum ke sekolah tadi, saya sebenarnya ke rumah sewa cikgu azuar dan membicarakan akan perkara lampau dan akan datang. Sesungguhnya banyak kenangan manis sepanjang di rumah tersebut selain itu terkenang saat kebanjiran air dalam rumah. (gambar akan saya masukkan dalam minggu depan)

Jazakallah

Terima kasih kerana membaca.

Mahu balik rumah sudah kerana masa sudah lewat sangat (3.30ptg)

Selamat berhari raya sepanjang cuti 2hari ini gunakanlah dengan sebaik mungkin.

Maaf Zahir dan Batin

(Dikemaskini kembali pada 19-Julai-2012 Khamis 10.46 p.m.)


1 ulasan:

  1. Jika ada masalah untuk muat turun (download) kertas kerja di atas...sila emel saya. InsyaALLAH saya akan cuba hantar salinan dalam emel.

    BalasPadam