Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Jumaat, 9 Disember 2011

Graf Prestasi Diri

Headcount merupakan proses mengenal pasti potensi akademik dan kerjaya murid mulai tahun 1 hingga tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 6 bagi murid di sekolah menengah. Definisi lain ialah "Proses mengenal pasti, merasionalkan dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya" (Hjh. Salmiah bt. Mohd Salleh- Guru Inovatif Negeri Kedah 2003)

(INTRO SAHAJA)

Pada tahun 2011, saya diperkenalkan dengan Headcount dan pembinaan Graf Prestasi Diri (pelajar) khas untuk murid tahun 6 yang ambil peperiksaan UPSR 2011 (tahun ini).




Penerangan lanjut diberikan oleh Pn. Flora selaku Setiausaha Peperiksaan SK Paris 3 Kinabatangan yang telah menghadiri kursus sebelum ini.




Setelah keputusan UPSR 2011 di keluarkan secara rasmi, keputusan % Sains tidak mencapai sasaran yang di letakkan sebelum ini. Maka, saya melihat kembali prestasi murid-murid dan juga analisa % dalam beberapa peperiksaan percubaan sebelum UPSR2011.




Banyak perkara yang perlu diperbaiki dan perlu dipertingkatkan dari segi usaha guru, murid dan juga usahasama PIBG dan pihak pengurusan sekolah.

Kali ini, pada hari ini saya ambil inisiatif untuk melangkau lebih jauh dan meneliti beberapa perkara mengenai Headcount dan juga Graf Prestasi Diri yang terdapat dalam internet.





Ternyata, banyak maklumat dan juga perkara yang dibincangkan dan dikongsikan untuk hal tersebut iaitu berkaitan dengan HEADCOUNT DAN GRAF PRESTASI DIRI di kongsikan dan laman web yang amat membantu saya ialah www.zanariah.com boleh klik di sini >>>ZANARIAH<<< Sebagai contohnya seperti di bawah....
Adalah diharap, semua yang ada di sini dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama.
Tidak dinafikan usaha yang di berikan oleh semua pihak amat besar dan tidak berbelah bagi, namun usaha dari diri kita sendiri harus jua dipertingkatkan dan jangan mengharap terus kepada pihak lain yang banyak memberi. Banyakkanlah memberi dalam kehidupan ini sekalipun berkongsi sesama kita ;)


Rujukan

1. Unit Peperiksaan SK Taman Universiti 4 JB


Contoh Jadual Penyediaan kertas peperiksaan.....


Habis di taip pada

11.03malam
09-Dec-2011
Jumaat
(Rumah JB)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan