Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Selasa, 6 Disember 2011

Info PSS 2012

http://erecess.wordpress.com/perancangan-2009/

Perancangan eReCeSS 2012
(Electronic Resourse Centre of Seri Saujana)

eReCeSS bukan lagi nama baru untuk Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seri Saujana. Ia bermaksud ”Electronic Resourse Centre of Seri Saujana”. Ia adalah hasil ”rebranding’ atau penjenamaan semula pusat sumber sekolah pada tahun 2009 untuk memberi nafas baru dan pembugaran semula imej dan penampilannya.
Sehubungan dengan itu pelbagai program telah disusun atur agar penjenamaan semula ini dapat memenuhi aspirasi seluruh warga di sekolah ini.

Berikut ialah Perancangan eReCeSS di sepanjang Tahun 2012.

a. Program Pembugaran eReCeSS

Program Pembugaran eReCeSS perlu dilakukan untuk memberi imej dan suntikan baru kepada warga sekolah mengenai peranan yang harus dimainkan oleh PSS dalam memartabatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia meliputi aktiviti pembugaran perpustakaan , Bilik Media, Bilik BBM, Pusat Akses dan Makmal Komputer. Untuk mencapai tujuan ini , beberapa item yang dilihat sangat mendesak telah diberi keutamaan dan perlu tindakan segera. Sehubungan dengan itu pembelian berikut dianggap sangat diperlukan, iaitu :

Bil Jenis Pembelian Lokasi Kos (RM) Sumber
1 Papan Tanda Utama (4’x12’) Pintu Utama 650.00 PCG
2 Papan Tanda Perkhidmatan (3’x5’) Dinding Hadapan 350.00 PCG
3 Papan Tanda C.Organisasi JK Induk (4’x3’) Ruang Legar 200.00 PCG
4 Papan Tanda C.Organisasi JK Kerja (4’x3’) Ruang Legar 200.00 PCG
5 Langsir Seluruh PSS 450.00 PCG
6 Acess Point x 3 unit Seluruh sekolah 850.00 BKG
7 Network Cable Seluruh sekolah 300.00 PCG
8 Papan Notis Berkaca Ruang Legar 300.00 PCG
9 Sudut Info berkomputer Ruang Legar 750.00 SUWA PIBG
10 Bar Code Reader Perpustakaan 200.00 PCG
JUMLAH 4250.00

Rasional

Semua papan tandadan Papan notis yang diperlukan di atas adalah merupakan sumber maklumat utama yang memberikan imej menyeluruh kepada jenama, produk, organisasi pentandbiran dan pengurusan eReCeSS. Ia menjadi keperluan asas utama yang harus diberi fokus. Kecerian juga menjadi aspek utama dalam meningkatkan keselesaan dan daya penarik eReCeSS. Oleh itu langsir akan melengkapkan keselesaan dan keceriaan yang bercirikan imej sebenar sesebuah organisasi.
Sekolah Kebangsaan Seri Saujana sentiasa beriltizam untuk meningkatkan prasarana ICT di sekolah ini selari dengan konsep Peluasan Sekolah Bestari di seluruh negara. Oleh itu proses meningkatkan keupayaan mengakses internet sama ada secara /tanpa wayar harus dilakukan. Ia akan membolehkan warga sekolah keseluruhnya berkeupayaan mengakses internet di mana-mana jua di sekitar kampus sekolah ini. Diharap para pelajar,guru-guru dan semua lapisan warga sekolah tidak lagi menjadikan kekurangan prasarana sebagai dalih untuk tidak mengapai maklumat semaksima mungkin. Pembelian Acess Point, barcod Reader dan sebuah komputer untuk Sudut Info merupakan langkah awal untuk merealisasikan keupayaan sekolah dalam peningkatan prasarana ICT.

Pembelian tersebut diharap dapat dilakukan sebelum Bulan Jun 2010 iaitu selepas enam bulan sekolah dibuka semula. Adalah diharap dengan penjenamaan semula Pusat Sumber Sekolah ini akan dapat memberi nafas baru kepada para pelajar, guru-guru dan semua warga sekolah di sekolah ini. Ia akan dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi dan pencapaian akademik para pelajar keseluruhannya.

b. Kursus/ Bengkel Peningkatan Kemahiran (Guru, Staf Dan Pelajar)

Sememangnya kemudahan dan prasarana sahaja tidak akan dapat meningkatkan penggunaan apabila kita mengabaikan latihan dan modal insan. Sehubungan dengan itu beberapa program dan latihan modal insan telah disusun dan diatur mengikut keperluan dan tahap-tahap yang dikenalpasti. Program latihan ini akan dikhususkan kepada tiga kategori iaitu guru, murid dan staf sekolah. Program ini adalah wajib kepada Pengawas Perpustakaan atau ”ikon ERC” dan JK Kerja eReCeSS. Untuk para guru, murid dan staf sekolah lainnya ia tidak diwajibkan tetapi menjadi pilihan mengikut keperluan masing-masing.
Berikut adalah program latihan modal insan dan perkembangan staf yang disediakan.

Bil Program/Latihan Sasaran Tarikh Kos (RM)
1 Kursus/bengkel Pengurusan PSS JK&Pengawas Mei 2012 00
2 Kursus/Bengkel Kem maklumat Digital Guru/staf Jun 2012 100.00
3 Kursus/Bengkel Asas Grafik Guru /Staf/Murid Julai 2012 100.00
4 Kursus/Bengkel Asas Animasi Guru/Staf/Murid Julai 2012 100.00
5 Kursus/Bengkel Asas Suntingan Video Guru/Staf/Murid Ogos 2012 100.00
5 Kursus Asas Excell Guru/Staf/Murid September 100.00
6 Kursus Asas Acess Guru/Staf/Murid September 100.00
7 Kursus Asas Words Guru/Staf/Murid Oktober 100.00
8 Kursus Asas Power Points Guru/Staf/Murid Oktober 100.00
9 Bengkel Baikpulih Komputer Guru/Staf November 100.00

Kursus-kursus di atas dianggap menjadi asas kepada peningkatan mutu kerja dan kualiti hidup dan tahap modal insan yang minimum yang diperlukan oleh sesebuah organisasi. Kursus dan Bengkel di atas diberikan secara percuma kepada semua yang terlibat sama ada secara wajib atau pilihan. Program di atas sebenarnya sangat bergantung kepada permintaan dan masa yang sangat kritikal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan