Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Khamis, 8 Disember 2011

Ulat Buku Membaca Masa Cuti

Semalam bersamaan dengan 7-Dec-2011 Rabu saya bersama isteri (Elly Sofiana) dan juga Erfan (anak buah) keluar bersama-sama ke Angsana JB. Dengan menaiki kereta kancil pink yang kecil itu, saya memandu dengan perlahan sekitar 60-70km/j sahaja dari rumah ke Angsana.



Setibanya di sana, hujan pula turun dengan lebat. Alhamdulillah, syukur kerana sempat sampai sebelum hujan lebat. Langkah seterusnya ialah menuju ke kedai buku iaitu BADAN BOOK STORE yang terletak di tingkat 3.

Mencari-cari buku yang hendak dibaca sewaktu cuti, berikut merupakan buku-buku yang saya beli untuk santapan otak berfikir dan ESQ sepanjang cuti ini....



Pendidikan Saintis Muslim Era Kegemilangan Tamadun Islam

RUJUKAN >>> UTM

Karya ini menampilkan sejarah dan latar belakang pendidikan beberapa orang saintis Muslim yang muncul pada era kegemilangan tamadun Islam, antaranya al–Razi, Ibn Sina, al–Biruni, dan Ibn Rushd. Fokus penulisan buku ini tertumpu kepada aspek pendidikan para saintis Muslim dengan memfokuskan kajian terhadap dua aspek utama, iaitu latar belakang pendidikan tokoh–tokoh saintis Muslim dan peringkat pendidikan yang dilalui oleh mereka. Kajian mengenai peringkat pendidikan yang meliputi peringkat asas, menengah, dan tinggi (termasuk universiti dan lanjutan) dibuat secara lebih khusus dengan melihat kepada kurikulum pendidikan dan bentuk pengajian di setiap peringkat.


Memecah Masalah (Soal Jawab Guru) (Siri Motivasi Kecemerlangan Utusan)
Norbi Husin

RUJUKAN >>> MPH CikguSAAD Blog Guru-oh-Guru

Guru perlu mempunyai seni mengajar dan bersikap kreatif. Ramai yang mampu mengajar tetapi bukan semua orang dapat mengajar dengan baik, menarik dan berkesan. Melalui buku ini, penulis menjelaskan sikap yang perlu ada pada seorang guru untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan disenangi oleh rakan-rakan guru lain.


Penyeliaan Klinikal dari Perspektif Pengajaran di Sekolah
oleh Abdul Rahman Abdul Majid Khan

RUJUKAN >>> PTS

Penyeliaan klinikal adalah penyeliaan yang mendiagnosis dan merawat proses pengajaran di dalam kelas. Semua sekolah perlu mempraktikkan penyeliaan klinikal supaya penguasaan profesional dan kemajuan personal terus berkembang.

Penyeliaan klinikal membantu guru dan murid yang mempunyai pelbagai tahap kematangan serta kebolehan, ditangani secara sistematik.. Kumpulan penyelia mengaplikasikan set perlakuan penyeliaan dalam memenuhi keperluan profesional pengajaran guru.




Kaedah penyelidikan pendidikan / Mohd. Majid Konting

RUJUKAN >>> BIODATA

RUJUKAN >>> INSTITUT KEMAJUAN DESA

Buku ini menerangkan teori dan amalan penyelidikan dalam pendidikan. Buku ini menghuraikan konsep penyelidikan dengan penekanan terhadap penggunaannya dalam bidang pendidikan. Pendedahan mencakupi tentang latar belakang, perancangan, pelaksanaan dan penyempurnaan penyelidikan yang sistematik dan cekap diberikan dengan contoh yang mudah. Buku ini juga menerangkan perancangan, pemprosesan dan penganalisisan data dengan menggunakan lima perisian komputer kerangka utama (SPSS, SPSS* dan SAS) dan komputer personel (SPSS/PC+ dan SAS-PC) yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan dan sosial.


RUJUKAN >>>> KEDAI BUKU

Matlamat utama buku ini adalah untuk mendedahkan pendidik atau bakal pendidik kepada proses menyediakan soalan, mentadbir, dan mentafsirkannya supaya ujian bilik darjah yang dijalankan boleh memberi manfaat kepada pengguna dan mereka yang terlibat. Perkara yang dititikberatkan ialah tafsiran pengukuran dan penilaian dan yang berkaitan dengan proses pengajaran-pembelajaran. Statistik hanya didedahkan pada tahap asas yang diperlukan sahaja.


RESIT PEMBELIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT...

(menggunakan nama Elly Sofiana sebagai Member Card kepada Badan Book Store)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan