Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Isnin, 6 Februari 2012

Bengkel dan Taklimat SMM



Saya telah dilantik sebagai Guru SMM pada tahun ini (2012)



Ini merupakan tugas baru dan pengalaman baru selain memegang data EMISonline.

Bengkel yang diadakan ini lebih kepada pengenalan kepada penggunaan program SMMdata versi 4.5

Program sebelum ini versi 4.2 pun saya belum terokai lagi. Namun hasil perbincangan bersama PK-HEM, beliau akan menjadi mentor saya untuk mengisi data SMM bermula Februari ini.





Dalam bengkel ini, saya mendapat banyak pendedahan. Tanggung jawab sebagai guru Data SMM amatlah berat. Ini adalah kerana data murid adalah sulit. Setiap data yang dihantar hendaklah mendapat pengesahan dari PK-HEM seterusnya Ketua Jabatan (Guru Besar/Pengetua).

Setelah itu, data akan dihantar di peringkat PPD Kinabatangan untuk proses pengumpulan sebelum dibawa ke peringkat negeri.

InsyaALLAH, usaha dan kerjasama daripada semua pihak terutama rakan-rakan perjuangan di sekolah(guru kelas) akan memudahkan lagi urusan pengumpulan data murid.




Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan