Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Isnin, 6 Februari 2012

MESYUARAT STAF 1



Pada 7-Januari-2012 (Sabtu) mesyuarat staf pertama telah diadakan. Tanhniah kepada semua guru yang hadir. Mahupun yang tidak hadir juga mendapat makluman tidak rasmi di luar mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dilaksanakan dengan ringkas dan padat bagi menggunakan masa dengan optimum. Taklimat ringkas diberikan oleh Cikgu Zainudin dan juga Guru Besar.





Beberapa perkara yang disentuh ialah, kehadiran datang ke sekolah dan juga melaksanakan tugass yang telah diarahkan. Selain itu, isu SBPA juga turut diketengahkan supaya setiap guru dan ktbm tandatangan borang/lampiran SBPA untuk dihantar diperingkat pengurusan di PPD Kinabatangan.
Pegawai yang ditanggungjawabkan untuk menguruskan semua dokumen SBPA ialah Pn. Dayang Rohani.

Terima kasih kepada beliau. Saya ambil keputusan untuk memilih umur persaraaan pada 60tahun dan memilih skim SBPA. Sekalipun banyak cerita dan khabar angin yang saya dengar mengenai isu SBPA, perkara yang utama wajib semua pegang ialah IMAN dan AMAL. Beriman kepada Allah dan beramal kerana Allah, pasti dan pasti usaha kita akan diberkati. InsyaAllah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan