Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
▼
Klik Jer Sane Sinun
▼
Ahad, 5 Februari 2012
PENGALAMAN SEMASA CUTI SEKOLAH (AKHIR TAHUN 2011)
Setelah tamat latihan askar wataniah, saya terus pulang ke semenanjung tempat negeri kelahiran isteri saya iaitu di Johor. Penerbangan dari Terminal Lahad Datu ke lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu(KK) mengambil masa 1jam dengan Mas Wing. Seterusnya penerbangan dari KK ke KLIA mengambil masa lebih kurang 2jam 30minit. Saya terpaksa tukar kapal terbang ketika di KLIA. Menunggu lebih kurang 1 jam kemudian meneruskan penerbangan ke Senai Johor.
Cuti sekolah kali ini, banyak menghabiskan masa bersama keluarga sahaja dan kurang berjalan-jalan kerana isteri saya kurang sihat atau kata lain sedang mengandung. Kami ambil keputusan untuk kurangkan masa diluar rumah atau denganb kata lain makan angin.
Semasa latihan askar wataniah, cermin mata saya mengalami kerosakan. Maka pada cuti ini kebetulan Kerajaan memberi bonus maka saya gunakan untuk membeli sepasang cermin mata baru di kedai yang terletak di Taman Universiti Johor Bahru dengan menggunakan kaca transition (cermin boleh bertukar menjadi gelap jika berada di tempat yang terang/ada cahaya matahari).
Pengalaman di Melaka, menjejakkan kaki yang pertama untuk tahun 2011. Sesi berjalan hanya ambil masa 2 jam sahaja sekitar Melaka bersama isteri dan Irfan. Sempat juga ambil gambar umpama pelancong yang datang dari luar negara.
Misi utama cuti ini ialah pencarian sumber maklumat untuk tujuan program SERASi di sekolah setelah bermula sesi 2012. Antara perkara yang sempat saya lihat dan cari ialah Papan Kenyataan berunsur pendidikan alam sekitar dan juga beberapa jenis tong/bekas yang digunakan untuk program 3R (Reuse, Recycle, Reduce).
Seterusnya, pengalaman berada di LHDN Johor membuka minda baru kepada saya. Tujuan utama saya datang ke LHDN ialah untuk mematikan setem hasil setelah perjanjian baru bersama pihak PTPTN dibuat bagi program 1% kadar bagi pinjaman pelajaran. Setelah tiba di LHDN, banyak maklumat yang dipamerkan di sekitar kawasan bangunan dalam LHDN. Maka, baru saya memahami satu perkara mengenai CUKAI INDIVIDU yang layak dikenakan dan boleh mendapat pelepasan. Sebelum ini, perkara mengenai cukai individu pernah saya bangkitkan kepada En. Zainudin selaku GPK Pentadbiran sekolah saya. Terima kasih kepada beliau kerana telah beri penerangan pertama mengenai CUKAI.
Banyak lagi pengalaman, tetapi tidak dapat saya nyatakan semuanya. Cukuplah setakat ini.
Tugas-tugas sebagai penyampai maklumat turut juga dilaksanakan bersama rakan-rakan setugas yang bergelar guru.
Sekian dan wassalam.
Habis ditaip
10.20pagi
Ahad (05-Februari-2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan