Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Isnin, 6 Februari 2012

SAINS DAN lcd PROJEKTOR


Pada 11-Januari-2012, saya laksanakan pnp sains dalam kelas 6 Proaktif menggunakan LCD-Projektor, Kertas Mahjung, lembaran kerja.




Penerangan pertama diberikan kepada murid mengenai tajuk utama dalam pnp pada hari ini iaitu Interaction of Living Things yang menumpukan kepada perkembangan TUMBUHAN (plant).
Saya menunjukkan beberapa video dari CD-KPM sains tahun 6 (cd berbahasa inggeris). Kandungan CD itu, saya telah simpan dalam laptop untuk memudahkan tugas saya supaya tidak perlu lagi membuat pinjaman dari unit PPSMI.



Dari gambar dan video yang ditunjukkan, murid faham bahawa terdapat banyak jenis tumbuhan diluar sana. Kemudian saya teruskan dengan penerangan menggunakan kertas mahjung dan minta murid untuk memberi sedikit penjelasan mengenai gambar yang mereka lihat dan faham. Beberapa soalan secara rawak diberikan kepada murid. Alhamdulillah, 10 murid dapat menjawab dengan yakin dan betul.
Sesi seterusnya ialah penilaian kefahaman dalam pnp, saya meyerahkan lembaran kerja kepada murid dan minta siapkan secara individu. Setelah siap tugasa itu, saya kumpulkan dahulu dan kemudian membincangkan dalam kelas tanpa menunggu waktu yang lain. Ini adalah bertujuan memberi kefahaman terus kepada latihan (lemabaran) yang baru dibuat sebentar tadi. Setelah perbincangan dilaksanakan, terdapat murid yang gembira dan juga bersahaja.

Setelah saya mulakan proses menanda dan menilai kerja murid, didapati 15 murid tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan tidak memuaskan. Maka, langkah seterusnya perlu di atur dalam memberikan pnp yang lebih baik dan berlainan cara. Sekian dahulu untuk sekarang.



CONTOH SOALAN GERAK GEMPUR (PPD BATU PAHAT)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan