Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Khamis, 31 Mei 2012

Program e-cerap JPN Sabah

Program ini bermula tahun lepas 2011. Semoga program sebegini dapat meningkatkan mutu PNP dan profesionalisme guru-guru terutama diri saya sendiri yang baru sahaja masuk tahun ke-3 dalam bidang perguruan pendidikan di sekolah rendah. Tujuan yang murni haruslah diteruskan. Sedangkan banyak lagi kelab malam tumbuh bak cendawan sekalipun telah di serbu dan diambil tindakan. Inikan pula perkara yang baik dalam mencerap (ecerap) PNP guru untuk kebaikan bersama. InsyaALLAH, ada keberkatan dalam program ini jika semua pihak melaksanakan kerana menunaikan tanggungjawab kerana ALLAH sebagai ibadat yang boleh diterima untuk mendapatkan keredhaan ALLAH Taala. Syabas dan tahniah kepada JPN Sabah terutamanya dan kepada semua. Alhamdulillah.

(Sila klik untuk dibesarkan. Sumber dari Unit Pengurusan Akademik PPD Kinabatangan)

Laman web untuk program tersebut : http://www.moe.gov.my/jpnsabah/cerap/






RUJUKAN






Dikemaskini kembali pada 03-Jun-2012 (4.48pm)


Pemantapan Konsep Sains UPSR Bahagian B Siri-2

  



Soalan kali ini, saya bawakan untuk mengukuhkan lagi kefahaman bagi soalan siri-1 yang pernah dilaksanakan. Jawapan tidak disediakan tetapi anda haruslah berbincang bersama rakan. Soalan ramalan bagi UPSR 2012 akan dimasukkan tidak lama lagi. Sebarang masalah sila hubungi saya di 

UPSR
Subjek Sains Tahun 5
Tema Menyiasat Alam Fizikal
Topik : Haba


Soalan 2.


150ml air dalam sebuah bikar dipanaskan selama 10 minit. Suhu air direkodkan setiap 2 minit.
Jadual di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan ini.


1. Apakah tujuan penyiasatan ini?


2. Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.


3. Apakah pola corak perubahan suhu air selepas 10 minit?


4. Ramalkan suhu air pada minit ke- 7.


5. Nyatakan pemerhatian daripada penyiasatan ini.


6. Nyatakan apa yang...

    (i) diubah (pemboleh ubah dimanipulasikan)

    (ii) diperhatikan (pemboleh ubah bergerak balas)

   (iii) dimalarkan (pemboleh ubah yang ditetapkan)

BINCANGKAN JAWAPAN ANDA BERSAMA RAKAN DAN GURU SAINS 

SELAMAT MENCUBA

(isipadu air dalam bikar akan berkurangan selepas 10 minit. Mengapakah keadaan ini berlaku?)

Makmal Komputer Sekolah Terbengkalai


Berikut merupakan beberapa artikel yang dapat saya kongsikan bersama..klik gambar untuk dibesarkan









Sekolah saya juga mengalami nasib yang sama.

Alhamdulillah. InsyaALLAH ada hikmah disebalik yang berlaku.

Allah Maha Mengetahui.



Rabu, 30 Mei 2012

Teknik Menjawab Sains bersama Jurulatih Utama dalam Program ELIT 5A UPSR Siri 1/2012

Akan ditulis kemudian..sedikit coretan sepanjang sesi perkongsian bersama Cikgu Salmah




2 buah buku yang dicadangkan oleh JU untuk digunakan sebagai latihan dan pengukuhan di sekolah.

Terima kasih kepada JU dan semua guru yang banyak berkongsi bersama saya sepanjang program ELIT ini.



Keperibadian Diri

Sila lihat video dibawah, cuba perhatikan berapakah benda yang dijumpai oleh kucing tersebut?



Pemantapan Konsep Sains UPSR Bahagian B Siri-1

Pemantapan konsep sains UPSR ini bertujuan untuk memperbaiki dan memantapkan kefahaman Kemahiran Proses Sains murid-murid sekolah rendah sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Soalan ini juga boleh digunakan ketika dalam PEKA selepas perlaksanaan eksperimen sebagai aktiviti pengukuhan kepada murid. Selamat mencuba!

Soalan 1

          


Segelas air yang sama banyak (250 ml) dimasukka ke dalam 5 buah bikar).
Kiub-kiub ais yang sama saiz dimasukkan ke dalam setiap bikar.

Keputusan menunjukkan penyiasatan tersebut direkodkan dalam Jadual di bawah.


1. Apakah tujuan penyiasatan ini?


2. Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.


3. Apakah pola corak perubahan suhu air selepas 5 minit?


4. Nyatakan pemerhatian daripada penyiasatan ini.


5. Nyatakan apa yang...

    (i) diubah (pemboleh ubah dimanipulasikan)

    (ii) diperhatikan (pemboleh ubah bergerak balas)

   (iii) dimalarkan (pemboleh ubah yang ditetapkan)

Bina jawapan sendiri sebelum menyemak di bawah 

Selasa, 29 Mei 2012

Laporan Program ELIT 5A UPSR PPD Kinabatangan 2012

Pada hari ini 29 Mei 2012 (Selasa) menyaksikan majlis penangguhan untuk satu program ELIT 5A UPSR (Fasa-1) yang telah dilaksanakan bermula 25-Mei-2012.

Tahniah kepada pihak Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pelajaran Daerah Kinabatangan kerana telah merancang dan menganjurkan program seperti ini.


Video juga ada semasa sesi perbincangan Sains


Laporan terperinci akan dimasukkan kemudian..berikut merupakan beberapa gambar yang dapat dikongsikan

Puan Salmah selaku Jurulatih Utama Sains PPD Kinabatangan 

Sesi bergambar sebelum meninggalkan asrama di SMK Bukit Garam 2 Kinabatangan

Dalam dewan bersama penceramah bersama ibubapa penjaga murid

Sesi mengenang jasa baik ibubapa



Semua peserta menerima cenderamata (gambar diatas murid dari SK Paris 3)


Sesi bergambar murid-murid SK Paris 3 bersama guru pengiring

InsyaALLAH program ELIT Fasa 2 akan dilaksanakan selepas ini.

Semoga semua usaha dan pengorbanan semua pihak diberkati dan dibalas dengan rahmat Allah Taala agar kehidupan kita menjadi lebih baik dan berbahagia di dunia dan akhirat. Amin. InsyaALLAH.




Bacaan Rujukan Kajian Tindakan 2012

Sumber:  http://norzira.blogspot.com/ 

Konsep kajian tindakan
Kajian tindakan merupakan satu proses yang dilakukan untuk membuat perubahan atau penambahbaikkan supaya dapat memperbaiki segala kelemahan serta dapat meningkatkan tahap pencapaian seseorang ke tahap yang lebih baik. Menurut Cohan: 2000, kajian tindakan merupakan perkara yang perting untuk melakukan perubahan dan juga untuk meningkatkan tahap pencapaian seseorang dalam sesuatu perkara.
Menurut Gray: 2004, kajian tindakan adalah perkara yang praktikal yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku secara semulajadi. Penyelidikan merupakan kaedah yang penting untuk mendapatkan kesan berlakunya perubahan. Dengan kata lain, kajian tindakan merupakan proses penyelidikan yang dilakukan untuk mendapatkan kesan perubahan ke atas perkara yang dikaji. Menurut beliau lagi, kajian tindakan adalah latihan profesional yang menggunakan metodologi pengkajian untuk merubah pemikiran secara profesional.

Isnin, 28 Mei 2012

Fail Kurikulum 2012

klik sini untuk SISTEM FAIL KURIKULUM SK PARIS 3 KINABATANGAN

Tahun ini (2012) saya telah dilantik sebagai Setiausaha Kurikulum untuk membantu GPK Kurikulum.

Perkara pertama (tugas) yang saya bantu ialah menyediakan Takwim 2012 pada awal tahun ini (januari).
Namun, takwim ini tidak lah lengkap dengan carta organisasi dan pelbagai bentuk yang lebih menarik seperti mana sebelum-sebelum ini kerana saya hanya bantu untuk penjanaan Takwim Sekolah 2012 sahaja. Terima kasih kepada semua GPK yang lain.

Seterusnya ialah perancangan untuk Kecemerlangan Akademik terutamanya UPSR. dilantik juga sebagai Penyelaras Program Kecemerlangan Akademik UPSR begitu berat bagi saya. Namun, saya sedaya upaya usaha untuk melaksanakan dengan bantuan daripada semua rakan guru terutama tahun 6 terutamanya dan juga guru tahap 2 untuk bersama-sama merancang dan melaksanakan program yang lebih baik dan teratur untuk tahun ini (2012). ALhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha daya semua pihak, banyak program dan aktiviti yang dirancangkan pada tahun ini hampir sama dengan tahun lepas (2011) cuma membuat lebih banyak penambahbaikan dan modifikasi mengikut kemampuan dan keupayaan tenaga semua pihak (guru dan murid).

Dalam meeting kurikulum pertama menyaksikan pelbagai jenis reaksi apabila bentuk pengurusan panitia dibentangkan. Namun, alhamdulillah niat sesuatu kerja dan perkara kerana Allah pasti Allah Taala dengan kasih sayang yang luas akan membantu kita. Syukur, kerana semua panitia mengambil peranan dalam perlaksanaan aktiviti panitia dalam tahun ini dengan lebih cergas dan lebih baik. Tahniah diucapkan kepada semua panitia yang telah menyerahkan pelan perancangan strategik kepada GKP Kurikulum. Tugas saya untuk mengumpul dan mengemaskini fail kurikulum agar lebih baik dan teratur mengikut format yang diberikan oleh Guru Besar Encik Norazam bin Ahmad.

Bermula Mac hingga Mei sebelum cuti sekolah, saya mengambil masa untuk mengemaskini fail dan pengurusan kurikulum yang dibantu oleh GPK Kurikulum iaitu Encik Zainudin bin Ahmad. Sekalipunsaya agak perlahan laksanakan tugas ini, iaitu perbaharui LABEL di fail dan PENYUSUNAN bahan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum, namun sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh GPK Kurikulum dan GB tidak pernah putus dan sentiasa memberi panduan berguna kepada saya.




Saya jadikan tugas ini sebagai satu bentuk pelajaran yang secara tidak langsung memberi pedoman kepada saya untuk kekemasan dan penyusunan yang lebih baik dalam sistem fail. Berkat nasihat dan buah fikiran yang baik dari Puan Dayang Rohani selaku Penbantu Tadbir Kewangan sekolah yang mahir dalam pengurusan fail (sebelum ini beliau pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) yang baik di sekolah lama (perkhidmatan sebelum ini) banyak memberi saya ilmu yang berguna. Terima kasih juga kepada Puan Dayang.

Selepas cuti sem 1 ini, akan menyaksikan banyak lagi perkara yang hendak dilakukan.

Semoga ALLAH memberi kekuatan dan petunjuk kepada kita semua dalam laksanakan semua tugas dan kerja di dunia ini dengan lebih baik agar menjadi satu ibadat yang diterima oleh ALLAH dalam mencari keredhaan daripada ALLAH. InsyaALLAH. Amin.

Perkara yang akan dilaksanakan (selepas cuti sekolah Jun 2012):
1. Semakan aktiviti panitia dan laporan aktiviti
2. Semakan buku latihan murid
3. Penghantaran Buku Rekod Mengajar (BRM) untuk simpanan bermula tahun 2010 dan 2011.
4. Rekod perancangan dan perlaksanaan program Kurikulum 2010 dan 2011.
5. Analisis Peperiksaan dalaman dan awam bermula tahun 2010 dan 2011.
6. Akan difikirkan lagi


Kemaskini kembali 12Feb2013



Ahad, 27 Mei 2012

Tidak Bertajuk

Itu lah entri pada kali ini yang tidak bertajuk kerana memang tiada tajuk.

Cuti ini, mengambil inisiatif untuk tidak keluar jauh dari Lahad Datu kerana isteri saya sudah masuk minggu ke-36 kandungan bayi..tunggu masa untuk bersalin. Semoga semuanya dalam keadaan baik dan dalam lindungan Rahmat ALLAH Taala. Amin.

Maka, saya menggunakan masa cuti 2 minggu ini, untuk menyediakan bahan/modul serta kertas cadangan dan pembentangan untuk Panitia Sains. MOdul/bahan khas untuk UPSR adalah bagi persediaan dalam kelas KLINIK SAINS UPSR yang terdiri dari 2 jemaah iaitu jemaah murid yang GALUS dan juga jemaah murid yang di TARGET untuk mendapat A dalam UPSR 2012 Subjek Sains. Sasaran A kali ini ialah 20 orang untuk tahun 2012. Tahun 2011 menyaksikan bilangan A dalam subjek Sains cuma 3 orang sahaja daripada 10 orang yang disasarkan.

InsyALLAH, dengan usaha yang padu antara guru-guru sains dan kerjasama murid yang diberikan, dapat mencapai sasaran yang di matlamatkan. Amin.

Waktu cuti sekolah ini juga, menyaksikan juga beberapa siri PERKAHWINAN dalam staf dan guru SK Paris 3 iaitu Cikgu Erwansyah, cikgu Azizul dan juga Encik Rasyid. Mudah-mudahan perkahwinan yang dibina, membuahkan kebahagiaan dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan anak untuk menambahkan lagi bilangan umat Nabi Muhammad yang menjadi Daie Allah Taala. Amin. InsyaALLAH.

Manakala perkahwinan dalam keluarga ku pula seudah berlangsung sebelum ini dan akan berlangsung selepas cuti sekolah nanti iaitu perkahwinan Ucu saya yang bernam Nurul Hidayati binti Md. Nor yang akan berlangsung pada 17 Jun 2012. Kebetulan tarikh itu, bapa mak mertua saya akan datang ke Lahad Datu dengan menaiki pesawat MAS di KLIA pada Ahad pagi. Moga semua perjalanan majlis berjalan lancar. Amin. InsyALLAH.

Kepada semua rakan-raka, sekiranya ada bahan perkongsian untuk subjek sains, saya amat alu-alukan... sila emel kepada saya mustakim260984@gmail.com

Sudah tidak bertajuk...maka tamatlah dulu setakat ini.

ASSALAMUALAIKUM...

Jumaat, 25 Mei 2012

Sains PEKA Sekolah Rendah

Sedikit perkongsian

Panduan PEKA Sains Sekolah Rendah


Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Subjek Sains PEKA Sekolah Rendah





Dikemaskini kembali pada 2.07pm (10-ogos-2012)

Selamat Bercuti

Hari ini, merupakan hari terakhir untuk sesi semester 1 pada tahun 2012. 

Selamat bercuti kepada semua murid sekolah. 

Kepada yang bakal menghadapai UPSR pada tahun ini, jangan terlalu leka dengan masa cuti ini. Gunakan masa cuti ini untuk mengulangkaji pelajaran. InsyaALLAH, ada kejayaan.

Wassalam

Khamis, 24 Mei 2012

Program ELIT UPSR 5A (2012)

Pada hari ini, saya dimaklumkan oleh guru besar pada pagi ini bahawa program ELIT akan dilaksanakan bermula esok (25-Mei-2012) sehingga 29-Mei-2012. Maka, pihak sekolah telah merancang untuk menghantar 4 orang murid untuk sertai program ini. Bagi saya, ini adalah kali kedua saya menyertai program ini selaku guru pengiring.

Beberapa nama dikalangan guru telah diambil sebagai guru pengiring. Pihak sekolah telah merancang untuk laksanakan sistem berganti bagi guru pengiring mengikut masa/hari dan subjek yang sesuai. Saya selaku guru sains, akan menghadiri pada hari terkahir program iaitu Selasa 29-Mei-2012. Seperti tahun sebelum ini, sepatutnya saya juga yang akan menghantar murid yang mengikuti program itu ke destinasi iaitu di SMK Bukit Garam 2 yang terletak lebih kurang 45km dari SK Paris 3 dan 105km dari Lahad Datu.

Atas budibicara dan keperihatinan pihak sekolah dan guru, maka tempat saya telah digantikan oleh guru lain. Terima kasih kepada pihak sekolah dan juga Cikgu Faizal yang akan mengiring murid-murid itu pada hari pertama (ppendaftaran) 25-Mei-2012 Jumaat esok.

Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaALLAH. Amin

Lampiran surat dan senarai Jurulatih Utama (JU)





Pertemuan My Mentee

23-Mei-2012 Rabu (10am-11.30am), saya bertemu dengan 2 orang mentee saya selepas peperiksaan pertengahan tahun. Pertemuan selama 1 jam itu membincangkan akan perkara Masalah Belajar. Merujuk kepada panduan yang diberikan dalam program mentor mentee (oleh cikgu Maznie selaku penyelaras) memudahkan saya untuk laksanakan tugas ini.

Mentee saya cukup sedia untuk berkongsi masalah walaupun pendekatan yang saya gunakan mungkin tidak berapa mesra kerana agak FORMAL. Saya masih perlu belajar untuk mendekati murid dengan lebih dekat supaya murid lebih mudah mesra dan tidak berasa kekok dengan saya.

Program ini mengajar saya seolah-olah persediaan sebagai seorang bapa (insyaALLAH).

Semoga semua anak didik di SK Paris 3 berjaya khasnya dan kepada semua warga murid yang masih lagi bersekolah amnya. InsyaALLAH.

Man jad'da Wa jada



Rabu, 23 Mei 2012

Lawatan Pegawai Perhutanan Sandakan untuk Program SERASI 2012

Semalam (22-Mei-2012) Selasa, pihak jabatan perhutanan bahagian Sandakan telah datang melawat ke sekolah untuk sesi penilaian khas Program SERASI 2012. Syukur Alhamdulillah kerana pegawai tersebut masih menunggu saya pada petang itu (2.30pm hingga 3.30pm).

Setelah berbicara serba sedikit perancangan dan aktiviti yang dilaksanakan dalam sekolah untuk program SERASI, pegawai tersebut menemubual dan bersoal selidik beberapa perkara mengenai aspek penilaian yang diutamakan.

Sungguh terkejut kerana saya tidak memperolehi aspek penilaian (kriteria) yang dikehendaki. Perkara ini sememangnya menjadi rumit bagi membuat persediaan yang rapi dalam perlaksanaan program sekiranya tiada panduan. Syukur Alhamdulillah, pegawai tersebut membenarkan untuk membuat salinan bagi borang penilaian itu. Terima kasih juga kepada Cikgu Hilman Talib selaku Penolong Kanan Petang yang membantu saya sepanjang sesi pertemuan perbincangan bersama pegawai tersebut.

Seterusnya, mereka melihat sekitar sekolah dan akhir sekali ke tandas sekolah. Perkara yang diambil kira ialah aspek penyelenggaraan tandas dan kemudahan air bagi tujuan suci bersih dan indah. 

Tandas kita, tanggung jawab bersama

Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang program SERASI di rancang dan dilaksanakan disekolah.

Banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Selaku penyelaras program SERASI 2012 dipandu oleh GPKKOKUM En.Joenas, saya banyak belajar beberapa perkara. Perkara paling mendebarkan ialah ketika sesi pertemuan 4 mata. Seperti di 'observe' untuk audit jerk...

Alhamdulillah...sesi penilaian pertama selesai..akan menyusul sesi seterusnya...insyaALLAH

Selasa, 22 Mei 2012

Bengkel dan Latihan Pengurusan Data EMIS

Alhamdulillah, satu bengkel dan latihan khas untuk Guru Data Maklumat (sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar Kinabatangan) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24-April-2012 bermula jam 8.00 pagi bertempat di PKG Kinabatangan.

Bengkel ini amat penting bagi guru data untuk mendapatkan latihan yang secukupnya dalam mengendalikan data serta maklumat yang berkaitan dengan EMIS terutamanya.

Terima kasih kepada Unit ICT JPN Sabah yang sudi untuk memberikan perkongsian sehari dalam bengkel dan latihan ini.










(saya pulang awal pada bengkel kali ini pada jam 4.00 petang kerana ada urusan penting ke Tawau)

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Bermula 22 hingga 25 Mei 2012, SK Paris 3 Kinabatangan melaksanakan peperiksaan pertengahan tahun.







Alhamdulillah. pada hari ini (hari pertama) segalanya berjalan lancar dan tiada masalah. Semoga anak-anak kecil ini dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan dimudahkan. InsyaALLAH. Amin.

Setiausaha Peperiksaan sekolah pada tahun ini : Puan Flora L Mogunin