klik sini untuk
SISTEM FAIL KURIKULUM SK PARIS 3 KINABATANGAN
Tahun ini (2012) saya telah dilantik sebagai
Setiausaha Kurikulum untuk membantu GPK Kurikulum.
Perkara pertama (tugas) yang saya bantu ialah menyediakan Takwim 2012 pada awal tahun ini (januari).
Namun, takwim ini tidak lah lengkap dengan carta organisasi dan pelbagai bentuk yang lebih menarik seperti mana sebelum-sebelum ini kerana saya hanya bantu untuk penjanaan Takwim Sekolah 2012 sahaja. Terima kasih kepada semua GPK yang lain.
Seterusnya ialah perancangan untuk Kecemerlangan Akademik terutamanya UPSR. dilantik juga sebagai Penyelaras Program Kecemerlangan Akademik UPSR begitu berat bagi saya. Namun, saya sedaya upaya usaha untuk melaksanakan dengan bantuan daripada semua rakan guru terutama tahun 6 terutamanya dan juga guru tahap 2 untuk bersama-sama merancang dan melaksanakan program yang lebih baik dan teratur untuk tahun ini (2012). ALhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha daya semua pihak, banyak program dan aktiviti yang dirancangkan pada tahun ini hampir sama dengan tahun lepas (2011) cuma membuat lebih banyak penambahbaikan dan modifikasi mengikut kemampuan dan keupayaan tenaga semua pihak (guru dan murid).
Dalam meeting kurikulum pertama menyaksikan pelbagai jenis reaksi apabila bentuk pengurusan panitia dibentangkan. Namun, alhamdulillah niat sesuatu kerja dan perkara kerana Allah pasti Allah Taala dengan kasih sayang yang luas akan membantu kita. Syukur, kerana semua panitia mengambil peranan dalam perlaksanaan aktiviti panitia dalam tahun ini dengan lebih cergas dan lebih baik. Tahniah diucapkan kepada semua panitia yang telah menyerahkan pelan perancangan strategik kepada GKP Kurikulum. Tugas saya untuk mengumpul dan mengemaskini fail kurikulum agar lebih baik dan teratur mengikut format yang diberikan oleh Guru Besar Encik Norazam bin Ahmad.
Bermula Mac hingga Mei sebelum cuti sekolah, saya mengambil masa untuk mengemaskini fail dan pengurusan kurikulum yang dibantu oleh GPK Kurikulum iaitu Encik Zainudin bin Ahmad. Sekalipunsaya agak perlahan laksanakan tugas ini, iaitu perbaharui LABEL di fail dan PENYUSUNAN bahan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum, namun sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh GPK Kurikulum dan GB tidak pernah putus dan sentiasa memberi panduan berguna kepada saya.
Saya jadikan tugas ini sebagai satu bentuk pelajaran yang secara tidak langsung memberi pedoman kepada saya untuk kekemasan dan penyusunan yang lebih baik dalam sistem fail. Berkat nasihat dan buah fikiran yang baik dari Puan Dayang Rohani selaku Penbantu Tadbir Kewangan sekolah yang mahir dalam pengurusan fail (sebelum ini beliau pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) yang baik di sekolah lama (perkhidmatan sebelum ini) banyak memberi saya ilmu yang berguna. Terima kasih juga kepada Puan Dayang.
Selepas cuti sem 1 ini, akan menyaksikan banyak lagi perkara yang hendak dilakukan.
Semoga ALLAH memberi kekuatan dan petunjuk kepada kita semua dalam laksanakan semua tugas dan kerja di dunia ini dengan lebih baik agar menjadi satu ibadat yang diterima oleh ALLAH dalam mencari keredhaan daripada ALLAH. InsyaALLAH. Amin.
Perkara yang akan dilaksanakan (selepas cuti sekolah Jun 2012):
1. Semakan aktiviti panitia dan laporan aktiviti
2. Semakan buku latihan murid
3. Penghantaran Buku Rekod Mengajar (BRM) untuk simpanan bermula tahun 2010 dan 2011.
4. Rekod perancangan dan perlaksanaan program Kurikulum 2010 dan 2011.
5. Analisis Peperiksaan dalaman dan awam bermula tahun 2010 dan 2011.
6. Akan difikirkan lagi
Kemaskini kembali 12Feb2013