SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 30 November 2009

Taman Pertanian Malaysia


Hi...selamat bercuti kepada semua kawan-kawan.

Pada hari sabtu yang lepas 28Nov2009, sejurus selepas membantu orang kg dalam program ibadah korban, saya segera ke Shah Alam ke rumah kakak ipar saya. Kemudian, saya bersama isteri dan anak-anak buah pergi ke Taman Pertanian Malaysia atau di kenali sebagai Bukit Cahaya Sri Alam@Taman Botani Malaysia. Dalam kesempatan cuti sekolah inilah saya berpeluang bersiar-siar bersama kanak-kanak kecil.



Alhamdulillah cuaca pada petang sabtu itu damai dan tidak pula hujan. Sempat kami bersiar-siar dalam taman tersebut. Namun terdapat juga sebahagian kawasan yang tidak terurus dengan baik.



Kesemua anak buah saya tidak pernah sampai di kawasan ini. Keseronokan jelas terbayang diwajah mereka dengan kegembiraan bersama. Maklumlah yang pergi pun penuh satu kereta Nissan Sentra kakak ipar saya yang punya kerana kereta Viva tidak mampu nak menampung jumpah muatan mereka yang ramai. Hahaha.



Jadikanlah cuti sekolah ini sesuatu yang bermakna untuk diri kita, keluarga dan kanak-kanak. Beri peluang dan ruang kepada kanak-kanak untuk bersiar-siar, melawat tempat-tempat menarik supaya perkembangan minda dan pengetahuan mereka lebih luas.


Selamat bercuti dan jaga kesihatan dengan baik.

AidilAdha (Hari Raya Qurban 2009)

Selamat menyambut ibadah Hari Raya Qurban bagi tahun ini 2009



Pada Sabtu 28Nov2009 kampung saya iaitu Kg.Dato Ahmad Razali Dengkil Sepang telah mengadakan program korban bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.




Sambutan kali ini amat meriah dan suasana permuafakatan dapat dilihat dari awal hingga akhir program ini. Seperti kebiasaannya program sembelih binatang korban dilaksanakan pada hari pertama Aidiladha, tetapi pada tahun ini pihak masjid telah memutuskan untuk mengadakan pada hari sabtu untuk memudahkan perjalanan majlis dengan sambutan yang meriah di atas kedatangan para penduduk kampung keseluruhannya.

Tepat jam 7.30pagi, program bermula. Satu persatu lembu korban tumbang ditangan tok imam Hj. Ishak yang dibantu oleh warga kampung. Pada waktu ini, saya hanya memerhati sahaja.


Seperti kebiasaan juga, pada tahun ini saya jalankan rutin untuk menimbang daging dan tulang lembu sekaligus untuk membungkusnya dan disimpan di balai raya sebelum diagih-agihkan kepada orang kampung.


Program berjalan sangat lancar walaupun hujang menitis airnya ketika tok imam sedang menyembelih lembu dan rang kampung sibuk menyusung jasad lembu yang terkujur layu di atas tanah untuk disiat-siat dan dilapah dagingnya, namun kedatangan hujang tidak sedikit pun meruntuhkan semangat untuk berkorban demi menjalankan kewajipan selaku hamba Allah yang patuh dalam memenuhi kehendak syariat.


Semoga ibadah korban kali ini, memberi banyak manfaat dan kerjasama antara orang kampung juga dapat diteruskan dalam sebarang program yang dijalankan. Islam itu membawa kepada kejayaan bagi mereka yang beriman dan bertaqwa serta beramal soleh. Insya-Allah. Amin.

Sabtu, 28 November 2009

Sudah pun berakhir...



Salam akhir buat semua kawan-kawan seperjuangan bermula dari awal masuk ke KPLI hinggalah kita temui di KISSM yang berakhir pada 25Nov2009. Terasa masa itu amat cepat berlalu. Ketika ini, semua peserta KISSM kumpulan 1 sedang menikmati kek coklat yang diberikan oleh Cik. Hamidah selaku fasilitator kami...nyam nyam...bestnyer.....Tq a lot


iLuvIslamForever



Ok kawan-kawan, janganlah kuburkan semua pengalaman pahit manis dan segala ilmu dan perkongsian hidup bersama sepanjang hampir setahun ini dengan leka dan lalai...hargailah setiap hubungan yang terjalin...Aku Rindu Sayang Kamu (ceh pinjam ayat faizal tahir) Saya mendoakan agar kawan-kawan bahagia berjaya dan diberkati setiap usaha yang dilakukan. Amin

Jumaat, 13 November 2009

SMARTECH


Dr. Norizan menyampaikan penerangan tentang kegunaan teknologi smartech dan smartboard di bilik siswazah yang dihadiri oleh pelajar K.P.Teknik pada 12November2009.



Sebahagian sedutan. MESTI TENGOK

Sekian
@K.P.Teknik 2.00pm

HUJAN KISSM


Permulaan hari yang penuh kejutan kerana seorang pegawai telah datang minta peserta yang berkenaan untuk mengalihkan kereta.

Penceramah ceria dan memahami situasi para peserta.

Bilik yang kami gunakan.
Hujan waktu petang selepas KISSM.

Rabu, 11 November 2009

PROTOKOL





Kejutan untuk diriku setelah sekian lama meninggalkan alam protokol, dan kali ini saya di minta oleh ketua untuk menjemput penceramah pada hari ini iaitu Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi sesi pada hari ini RABU 11Nvember2009.




Saya dan Fadzli pergi menjemput Timbalan Pengarah pada pagi itu di biliknya dan mengiringi masuk terus ke dalam kelas. Shahrul selaku pengerusi pada hari ini memulakan ucapan dan diiringi dengan bacaan doa oleh Syukur.

PIPP : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Itulah tajuk yang disampaikan oleh Cik Hajah Rosenah yang ingin disampaikan pada sesi pertama pagi ini. Banyak kupasan dan isu-isu yang diutarakan serta persoalan yang diajukan kepada peserta kursus untuk dibincangkan bersama.

Sempat juga beliau mempertontonkan satu video berkenaan dengan liku kehidupan seorang guru yang mengajar di salah sebuah tempat pendalaman. Video tersebut banyak memberi kesedaran akan tugas dan peranan guru dalam membimbing dan membentuk serta mencorakkan kehidupan murid dan masyarakat ke arah lebih baik.

Seterusnya, beliau menerangkan serba sedikit akan laluan kerjaya bagi seorang bakal guru. Alhamdulillah, masa yang diperuntukkan dapat digunakan dengan sebaik mungkin malah para peserta amat berpuas hati serta riang dengan setiap penerangan dan isi yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah.

REHAT....................

TUAN HAJI OMAR
Selaku ketua KISSM pada sesi kali ini telah tampil ke dalam kelas saya untuk menghuraikan akan topik Pengurusan Tatatertib dan memberikan info serta tip-tip untuk melaksanakan tugasan yang diberikan sebelum ini supaya dapat disiapkan dan disediakan oleh para peserta dengan kaedah yang lebih baik dan mendapat cemerlang. Insya-Allah.


Wawasan
dan Komuniti

Tajuk ini telah disampaikan sendiri oleh Tuan Pengarah institut (saya menjemputnya bersama ifwat). Perkara paling penting yang saya ingin kongsikan bersama rakan-rakan ialah, tuan pengarah ada menghuraikan dengan ringkas dan padat akan maksud wawasan dan komuniti serta peranan guru dalam komuniti ialah;
  • Kemuliaan tidak akan wujud jika tidak diusahakannya
  • Picit-picit menghilangkan mengantuk
  • Saya ingin menjadi guru kerana ingin menyampaikan ilmu, idea dan pengetahuan kepada murid-muird supaya dapat digunakan dan saya ingin menjadi karakter(watak@contoh) yang baik kepada murid-murid dalam membentuk tingkahlaku dan persekitaran yang lebih baik dan berjaya.
Ini adalah serba sedikit kesimpulan dan pemahaman dari segi isi penyampaian yang saya terima pada sesi bersama Tuan Pengarah selama 2jam bermula 2.30-4.30petang.

Interaksi 2 hala bersama beliau amat menyenangkan hati dan menjadikan suasana petang menjadi begitu ceria dan harmoni dengan sorakan, respon dan suara-suara emas yang jarang-jarang diperolehi dari Tuan Pengarah terutama dalam kelas.

Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Pengarah Puan Hjh Zakiyah yang sudi dan sanggup meluangkan masa bersama kumpulan 1 KISSM pada sesi ini.

Sekian.
@dengkil

Selasa, 10 November 2009

Keselamatan Negara



Sesi petang pada hari ketiga ini amat mencabar kewajaran saya ketika dalam perjalanan masuk ke kelas kerana hujan yang terlalu lebat bermula jam 2.20petang sedangkan sesi petang bermula jam 2.30petang. Saya sampai agak lewat iaitu 5minit lewat. Alhamdulillah segalanya baik-baik belaka.

Sesi petang ini diteruskan dengan penyampaian tajuk yang agak berat iaitu Sistem Fail Memail dan Arahan Keselamatan.

Setelah hampir sejam berlalu, perasaan mengantuk mulai hadir, lalu saya ambil inisiatif dengan merakam video dan beberapa keping gambar. Isi penyampaian agak terlalu banyak dan diselang seli dengan pelbagai cerita serta peristiwa-peristiwa yang berlaku di Malaysia bermula dari zaman Hang Tuah hingga era masa kini Tun Dr. Mahathir.

Semua peserta nampak gah dan bersemangat dengan cerita dan pengisian tentang Arahan Keselamatan, sekalipun akan bertugas sebagai seorang bakal guru, namun tajuk ini amat penting dalam menjaga kestabilan dan kesejahteraan Negara Malaysia.

Petang ini, saya akan makan malam bersama teman KPLI sebelum pulang ke rumah, tak sabarnya nak makan... Teman merupakan cermin dalam kita, sebaik dan seburuk mana teman kita mencerminkan keperibadian diri dan hidup kita. Berusahalah dan peliharalah ikatan ukhwah antara teman-teman dengan diri kita supaya keberkatan dalam hubungan itu memberi kebaikan kepada kita dan semua pada hari esok(kemudian).

Sekian.
@kolej kediaman K.P.Teknik 4.46petang

Perpaduan Teras Kejayaan


Selasa bersamaan dengan 10Nov2009
KISSM sudahpun masuk hari yang ke-3 dari 14hari yang dirancangkan.

Buat permulaan dipagi hari yang hening, saya bangkit tidur dengan penuh semangat, berbekalkan sedikit air panas tongkat ali power root (Ali Cafe 3in1) dengan biskut 5keping menjamah dirumah rakan Cheras memberikan sedikit tenaga untuk terus harungi laluan hidup pada hari ini dengan penuh senyuman bermakna.

Perpaduan Teras Kejayaan
Itulah lagu patriotik yang baru pada hari ini selain lagu Negaraku dan Wilayah Persekutuan.

Tn. Hj. Aris Ng Abdullah tampil dalam kelas menyampaikan ucaptama berkenaan Keselamatan dan Perkhidmatan. Perkara paling penting yang perlu dicapai ialah nilai KOMPETENSI yang cemerlang. Penuh sarat kandungan yang disampaikan hingga saya terasa terlalu banyak perkara yang perlu diketahui dan diterokai. Perkara lain yang turut disampaikan ialah sesi SURAT MENYURAT.

Dalam erti kata lain, sebagai penjawat awam perlu mengetahui berkenaan surat-menyurat ialah;
  • definisi
  • fungsi
  • bentuk
  • jenis
  • klasifikasi
  • teknik
  • format
  • struktur
  • prinsip
  • kandungan
Mengambil masa 30minit dari 10.00 ke 10.30pagi untuk minum pagi, tetapi saya mengambil langkah drastik dengan mengisi nasi+ayam rendang+telor kicap+nescafe ais=tenaga yang saya perlukan dalam sesi seterusnya hingga ke petang.

Wawasan 2020, Dasar Kebudayaan dan Dasar Pembangunan Nasional
Tajuk ini telah disampaikan dengan baik oleh Tuan Hj. Amin selaku Penceramah sesi ke-2 dan beliau merupakan seorang insan yang berjiwa besar dan semangat paatriotik yang tinggi.
Beliau memberikan saya corak berfikir bahawa adalah amat penting main peranan sebagai bangsa Malaysia.
"Siapa yang akan menjaga, membangunkan dan mendaulatkan Negara Malaysia jika bukan bangsa Malaysia itu sendiri yang terdiri dari pelbagai kaum"

Bersedialah pula untuk teruskan sesi petang ini dengan mata yang lebih terbuka...

Sekian
@kolej kediaman K.P.Teknik 1.04p.m.

Isnin, 9 November 2009

Lagu Patriotik

Hari Kedua KISSM 9Nov2009 (Isnin)




Nyanyian lagu patriotik dan sedutan-sedutan sepanjang ceramah pada hari ini.

Seperti yang telah diarahkan, semua peserta kumpulan 1 datang seawal 7.30pagi ke bilik yang telah ditetapkan. Kelihatan mentor kami selaku mak yang menjaga peserta KISSM kumpulan 1 sudah berada dalam bilik itu dan memerhatikan kami disamping meneliti persiapan untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik sebentar lagi. Selesai sudah nyanyi dengan semangat, kami semua tunggu penceramah datang.

Hari ini, penceramah pertama ialah Doktor Shakila telah menyampaikan syarahan yang bertajuk Komunikasi berkesan. Agak berkesan juga cara penyampaian beliau. Hinggakan semua peserta terhibur dan dapat ikuti dengan baik dalam masa pertama sesi KISSM untuk hari kedua. Doktor Shakila telah memberikan maksud apakah itu 'melepaskan batuk ditangga'.

Untuk perkongsian dengan kawan-kawan, batuk itu merupakan satu benda yang digunakan untuk menceduk air dalam timba@tempayan untuk basuh kaki sebelum naik ke tangga rumah. Setelah digunakan batuk itu, insan tersebut letak merata dan menyusahkan orang lain untuk menggunakannya kerana terpaksa cari. Itulah yang dikatakan oleh Doktor melepaskan batuk di tangga (yang saya faham). Terkejut kami dalam kelas tadi mendengar penjelasan tersebut hehehehehe.

Penceramah kedua memberikan input tentang Nilai dalam perkhidmatan awam, dan perkara yang ditekankan dalam penyampaiannya ialah TONGGAK 12. Setiap input yang diberikan akan diselang seli dengan cerita dan kisah yang banyak menarik perhatian para peserta. Secara tidak langsung, isi penyampaian dan huraian yang diberikan dari konsep kebaikan dan kekurangan dalam setiap tonggak dapat dihayati dengan baik.

Setelah penceramah kedua pergi, ketua kumpulan telah mengadakan sesi perlantikan AJK untuk kumpulan kami, segalanya berjalan lancar dan ucapan TAHNIAH kepada semua AJK tertinggi yang telah dipilih oleh ketua iaitu En.Shukor. Sesungguhnya pemilihan yang dibuat ini amat bererti dan hars diterima dengan penuh kebertanggungjawaban. Tunaikanlah amanah itu dengan sempurna kerana seberat-berat amalan iailah menunaikan AMANAH (kata-kata hikmah)

Penceramah ketiga pula memberikan usul tentang DASAR KERAJAAN yang merangkumi dalam 3 perkara utama;

  • Dasar Ekonomi
  • Dasar Sosial
  • Dasar Luar (hubungan luar dengan negara-negara lain)

Panjang lebar hujah can cerita di sampaikan dan dikongsikan dengan kami memberikan banyak input yang berguna disamping membuka minda.

Cukuplah setakat ini. Sebenarnya saya sudah terlewat hendak pergi berjumpa kawan di Cheras yang menanti kedatangan saya. Pada malam ini, ada tugasan dan perkara yang hendak dilaksanakan. Apakah tugasan tersebut? Susah atau senang? Bersama kita nantikan...

Sekian.

@dengkil 8.20malam

Ahad, 8 November 2009

Bina Insan Guru



Sepakat membawa berkat dalam 1Pasukan menjulang matlamat 1Malaysia dalam perpaduan


Hendak seribu daya, tak nak berjuta dalih. Tidak pernah putus berharap. Renungkanlah...


iluvislam



Aktiviti menerjah hutan rimba bersama rakan kelas dan Mentor Puan Jaswir.
Penat betul masa naiki tepian kaki bukit dan ada juga rakan yang kaki terseliuh cuma tidak dapat letakkan gambar di sini atas sebab-sebab keselamatan.


Berehat sebentar setelah terjah hutan belantara dan aktiviti penyediaan makan tengah hari oleh kumpulan saya. Sungguh seronok memasak bersama.

Aktiviti dalam kumpulan. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.


Detik-detik manis yang tidak dapat dilupakan


Penat badan sampai kering peluh yang sudah membasahi badan, akhirnya tiba saat pulang.


Kenangan terindah hanya sementara namun kekal di hati untuk selamanya.


Kenangan ketika mula-mula masuk ke IPGM K.P.Teknik ialah kem Bina Insan Guru yang diadakan di Pulau Pangkor. Seronok sangat pergi ke sana bersama rakan-rakan lain. Banyak pengalaman berguna yang saya timba di sana. Alhamdulillah.


iluvislam


Sekian.
@dengkil 11.25p.m.
8Nov2009

Kenangan bersamanya

Masjid Sultan Abu Bakar yang terletak di Johor Bahru.
Sangat cantik pemandangan dan terasa aman tenteram ketika berada di sana.
Masjid yang aktif dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan terutama kursus perkahwinan yang ditujukan khas untuk anak watan sekitar Johor.

FAKTA;

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar is Johor's state mosque, located on Jalan Skudai, Johor Bahru, Johor, Malaysia. It was constructed between 1892 and 1900, under the direction of Sultan Abu Bakar. The architecture of the mosque was largely based on Moorish styles, along with some Malay influence. (http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abu_Bakar_State_Mosque)


Ini adalah restoran yang terletak di tepi jalan yang menuju ke Tebrau.
Seronok dapat makan sate di sini kerana rempah yang cukup sebati dengan kandungan pada sate tersebut menjadikan satu perasaan makan yang tinggi. Tetapi kena ingat, berhenti makan sebelum kenyang. Hehehe.

Allah berfirman dalam surah Al 'Araf ayat 31 "Dan janganlah
berlebih-lebihan, Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
berlebih-lebihan".


Perjalanan ke Danga Bay@Pantai Lido yang mengasyikkan tanpa kesesakan ramai pengunjung dan cuaca yang agak baik. Untuk lihat perubahan dan aktiviti yang ada setelah penat menggunakan minda untuk belajar. Rehat dengan bersiar-siar.

FAKTA;

The Gem of Danga Bay

Experience Johor’s rich culture, arts and heritage right here in Danga Bay! The State's 8 districts of Johor are represented by the uniquely-designed traditional houses, where cultural shows unique to each district are performed respectively. Local foods and handicrafts are added attractions for tourists. This is also a favourite venue for cultural events.

(http://www.dangabay.com/leisure/rumah-limas.html)



Suasana sekitar di tempat jualan dan pertunjukan di Danga Bay. Mengalahkan tempat seperti downtown, Bdr Tun Razak Cheras. Sangat seronok banyak sangat barang boleh didapati. Tapi saya tidak beli kerana datang dengan niat ingin bersiar-siar sahaja. Hehehe.





Dalam kesempatan yang sedikit ini, terasa lega dan gembira juga kerana dapat bersiar-siar, maklumlah selama ini cuaca agak mendung dan sering hujan malah tindakan berjaga-jaga untuk mengelakkan diri dari dijangkiti penyakit berbahaya seperti Selesema Babi H1N1.

Apa pun, sebagai rakyat Malaysia, hargailah dan tunaikanlah kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia yang membeli dan menggunakan barang buatan Malaysia. Pendidikan bermula dari rumah, jika kita menjadi guru dan ibubapa kepada anak, tunjukkanlah contoh dan tauladan yang baik untuk menyokong segala barangan buatan Malaysia sekiranya tidak secara keseluruhan tetapi masih boleh dilaksanakan secara beransur-ansur dan untuk pengetahuan umum, ayam goreng yang di usahakan oleh pengusaha tempatan juga sudah ada cuma kini masih lagi dalam tahap kecil dan sederhana dan dengan bantuan rakyat Malaysia, sudah pasti industri pengusaha tempatan dapat terus berkembang dan kekal untuk memacu kemajuan ekonomi negara.

FAKTA;

Latar belakang Radix Fried Chicken

Radix Fried Chicken Sdn Bhd (RFC) memulakan operasinya pada 1hb Jun 2008 di Lagenda Heights, Sungai Petani. Pembukaan RFC ini adalah 100% milikan Bumiputera Islam. RFC merupakan salah sebuah syarikat subsidiari di bawah HPA Industries Sdn Bhd dan berkonsepkan restoran makanan segera berlandaskan Syari’ah Islam. Segala aspek keperluan dan kehendak Syari’ah dijamin kualitinya bermula dari bekalan bahan mentah seperti ayam yang diternak sendiri dan diawasi kualiti halal dan kebersihan. Manakala aspek pengurusan dan operasinya mengamalkan prinsip etika pekerja Islam seperti adab dan tatatertib muslimin dan muslimah serta amalan zikir dan sunat sebelum memulakan kerja seharian.


http://www.radixfriedchicken.com.my/


Sekian.

@JB 11.18pagi

Sabtu, 7 November 2009

Cahaya Kehidupanku






Glitter Text


Mustakim BLOGGER~ Glitter Graphics







Nyanyian Lagu Senyum -KISSM 6Nov2009



Improvasation video's collections 2009

Jumaat, 6 November 2009

Dasar Kerajaan




Selesai sudah KISSM untuk hari pertama yang penuh onak berduri sekalipun tidak berdarah secara hakiki namun kesejukan pagi tadi masih menusuk dalam kalbu hati saya.

Pada pukul 2.30petang di bilik E19 K.P.Teknik

Sesi petang bersama Puan Nik Asma membincangkan akan segala Dasar Kerajaan
  • Dasar Pertanian Negara
  • Dasar Perindustrian Negara
  • Dasar Sains dan Teknologi Negara
Setiap dasar mempunyai definisi, objektif dan strategi nyer tersendiri.
Perkara paling menyeronokkan ialah pembentukan aktiviti berkumpulan dalam sesi petang yang dibuat oleh Puan Nik Asma menjadikan satu kolaborasi tidak langsung dalam kelas untuk membincangkan pelbagai jawapan, pembentukan idea dan segala pendapat bagi merumuskan isu yang diberikan oleh Puan Nik Asma untuk setiap kumpulan.

Isu yang dibincangkan bagi setiap pembahagian kumpulan dalam Dasar Pertanian Negara ialah;
  1. Pembukaan tanah baru
  2. Pembangunan in-situ
  3. Perkhidmatan sokongan pertanian
  4. Penswastaan dan penyertaan swasta
  5. Pembangunan komoditi
  6. Program hala tuju dalam pembangunan kampung dan luar bandar
  7. Masalah yang timbul atau yang dihadapi
Setiap kumpulan mempunyai wakil untuk menyatakan segala isi dan pendapat serta idea yang telah dibincangkan. Terdapat seorang sahaja pelajar dalam perbincangan tidak membenarkan saya untuk mengambil gambarnya dan saya telah pun PADAM gambar beliau(perempuan).

Puan Nik Asma mempunyai daya tarikan dan kemahiran berkomunikasi dengan baik yang mana permulaan dalam sesi petang dimulai dengan nyanyian lagu SENYUM.

Semua peserta kursus amat terhibur sambil menyanyikan bersama-sama. Ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa kesungguhan dan keinginan para peserta tidak pernah pudar walaupun cuaca agak mendung di kala petang kian suram menidakkan perasaan untuk tidur berjaya ditangkis dengan baik. SYABAS kepada semua para peserta.

Selesai sudah sesi ceramah Dasar Kerajaan, Puan Nik Asma beri peluang menontn beberapa video yang agak menarik bagi pedoman dan saranan kepada peserta kursus supaya dijadikan ikhtibar yang mana tidak semua ketinggian sains dan teknologi memberi dan membawa kebaikan kepada manusia, kerana sifat manusia yang lemah pasti ada kecacatan sedikit dalam setiap ciptaan yang ditemui. Yang pasti ALLAH sahaja Maha Pencipta yang terbaik tiada cacat cela dan setiap ciptaan Allah Taala pasti sudah pasti ada kebaikannya sekalipun seekor nyamuk tempang yang digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Raja Namrud yang tidak menyembah kepada Allah.

Cerita = Keangkuhan Raja Namrud

Sekian.
*Nak balik Kampung JB...YahooOoOoOo....
@dengkil Now 5.51p.m.

Tepat dan Cekap



Jumaat 6Nov2009

Seawal pagi saya bagun pada hari ini untuk menuju ke K.P.Teknik yang mana bermula KISSM pada jam 8.00pagi seperti yang dirancangkan. Malangnya cuaca pagi yang pada mulanya mendung bertugar menjadi hujan lebat sepanjang perjalanan saya dari Purajaya hingga ke Serdang kemudian diikuti dengan rintik-rintik yang menyejukkan diri saya.

Setibanya di luar dewan, kelihatan taklimat kursus telah pun bermula. Saya masuki dewan dengan pintu belakang dan dapati ramai peserta yang tidak dapat tempat duduk kerana kepadatan dewan. Kelihatan para pensyarah dan pegawai tenaga kerja kursus berada di hadapan dewan sibuk memberikan taklimat penting untuk para peserta.

Selesai sudah teklimat, bagi peserta lewat seperti saya dikehendaki mendaftarbersama Puan Rasyidah Awang, sedikit teguran dan nasihat diberikan kepada saya dan rakan-rakan yang lewat. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Ceritanya, sebelum masuk ke dewan tadi, saya terpaksa menyalin pakaian dalam bilik rehat lelaki, syukur kerana kesediaan saya membawa pakaian lebih untuk hadapi sebarang kemungkinan seperti hujan.

Rehat bersama rakan kursus menenangkan dan memanaskan diri untuk seketika sebelum bermulanya slot pertama tepat jam 10.30pagi. Kelihatan dalam kelas, Fasilitator kumpulan saya dan rakan lain sudah ada dan saya ambil tempat duduk barisan kedua hadapan. Sedap pula mendengar kata-kata perangsang dan semangat dari fasilitator iaitu Cik Hamidah yang sangat ambil berat akan kebajikan anak-anak buahnya.

Terima kasih Cik Hamidah. kata rakan dalam kelas diikuti dengan kedatangan penceramah pertama untuk slot Akauntabiliti Guru.

Banyak input yang dapat saya terima dan memberi kesan langsung untuk mengimbas kembali pelajaran ilmu pendidikan yang dahulu membantu saya faham lebih mendalam akan akauntabiliti guru untuk di sekelilingnya.

Keadaan kelas saya amat menyeronokkkan kerana mempunyai pelbagai kaum dan bangsa. Percampuran dan pembentukan kumpulan saya tertumpu kepada semua pelajar kelas sains bermula sains 1,2 dan 3 iaitu kelas saya sendiri.

Sikap terbuka rakan-rakan kelas menjadikan suasana dalam kelas ketika sesi ceramah amat seronok dan memberi semangat untuk terus beri interaksi secara pelbagai hala antara pelajar dan penceramah.

Tahniah kepada SYUKUR kerana dipilih menjadi Ketua Kumpulan kami.

Semoga usaha dari saat hari ini memberi impak dan kecemerlangan untuk semua para peserta menjadi Penjawat Awam yang lebih berkualiti dan profesional.

*gambar aktiviti akan disisipkan kemudian.

Nak sambung semula jika ada masa...tiba masa untuk perghi menunaikan solat Jumaat di K.P.Teknik. Semoga doa kami semua dikabulkan dan diberkati akan setiap usaha yang dilaksanakan. Amin.

Sekian
1.05pm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails