SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 30 Disember 2009

POSTING

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 semua.

Untuk pengetahuan rakan2 semua, pada minggu lepas hari rabu bersamaan dengan 23Dec saya menuju ke KPM blok E2 untuk melihat keputusan penempatan. Ini adalah kerana saya tidak dapat menghubungi talian KPM, mungkin kerana sibuk sangat dengan manusia2 sekitar 1Malaysia yg hendak hubungi talian tersebut.

Saya berjumpa pegawai di tingkat tingkat bhgn pengurusan/penempatan sek rendah. Sebelum itu kena beratur panjang juga la. Saya cuma memakai baju t-shirt biru rumah sukan dari IPGM Teknik dan saya satu2 dari KPTeknik pada masa itu. Wah, amat haru biru keadaan sepanjang saya berada disitu atas pelbagai urusan penempatan samada semakan, mohon pindah dan pelbagai masalah yang timbul.

Saya mendapat jawapan yang dinanti2kan iaitu mendapat negeri pilihan iaitu di Sabah. Alhamdulillah. Niat saya ke sana ingin merantau, membawa diri untuk khidmat bakti selagi diberikan peluang dapat pergi ke tempat orang dan juga meneruskan belajar di peringkat lebih tinggi iaitu Master dan juga PhD, Insya-Allah dan semoga doa saya diperkenankan.


Pada hari isnin 28Dec
Saya menuju sekali lagi ke tempat yang sama untuk lihat dan mencari info tentang prosedur penempatan yang bakal saya lalui untuk menuju ke Sabah. Ternyata benar jangkaan saya bahawa, pegawai tersebut memaklumkan bahawa berkumpul di hotel Empress Sepang 3Jan mula jam 2-6ptg kemudian Isnin 4Jan akan mula bertolak dari KLIA ke Sabah mengikut jadual yg diberikan semasa taklimat dihotel. Saya terus berlalu tanpa bertanya lebih cuma mendapatkan kepastian atas apa yg perlu saya lakukan lagi lepas ini ialah membuat Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) yang diperlukan oleh mereka yang tinggal/menetap di semenanjung untuk masuk ke Sabah@Sarawak dan menetap/bekerja disana lebih 3bulan perlukan DPT ini. Lebih murah hanya berharga RM5

Pada hari selasa 29Dec
Saya pergi ke imigresen Shah Alam jam 10pagi sampai. Ambil nombor giliran masa jam 10.18pagi kemudian berurusan jam 1.50ptg hanya untuk serahkan borang, gambar 2keping dan salinan IC. Kemudian berurusan jam 3.50ptg untuk membayar resit pembelian DPT berharga RM5. tepat jam 5.15petang nama saya disebut untuk mengambil DPT yang telah pun siap diproses. Alhamdulillah, lega dan gembira rasanya saya dapat siapkan DPT pada hari yang sama ini adalah kerana, kawan saya sebelum ini 'posting' di Sarawak dan cuba membuat DPT, mengambil masa selama 3hari untuk disiapkan. Sejauh mana kesahihan ceritanya tidak lah dpat saya pastikan. Yang benar, saya lakukan dalam tempoh sehari pun sudah cukup bermakna dan bersyukur.

Pada hari Rabu 30Dec
Saya menerima 2kali panggilan telefon dari KPM
Panggilan 1) Saya diarah untuk pergi lapor diri di Hotel Empress Sepang jam 2ptg 3Januari Ahad
Panggilan 2) Saya tidak perlu ke Hotel Empress untuk lapor diri pada 3Jan, sebaliknya saya diarahkan untuk terus pergi ke KLIA kaunter L tepat jam 5.30pagi pada hari isnin 4Januari 2010



Saya segera maklumkan perkara ini kepada rakan2 di Facebook untuk info dan perkongsian maklumat.

Kini, cuma perlu buat persediaan mental dan fizikal.


Saya cuma berharap dan berdoa agar saya memperolehi sekolah yang berdekatan dengan Kota Kinabalu dan Universiti Malaysia Sabah. Amin.

Kepada semua rakan2, selamat berjuang dan majukanlah diri kita untuk Agama, keluarga, masyarakat, bangsa dan Negara.

Ahad, 13 Disember 2009

Natrah


Selesai sudah pergi ke Muzium Negara, lepas solat asar pergi ke Tasik Titiwangsa. Berjalan nikmati suasana taman dalam kota KL.


Masa kat sini sempat makan cendol. Tapi kacang merah dah habis. Sambutan amat meriah. Lepak-lepak kat sini sambil tunggu teater Natrah yang bermula jam 8.30malam.


Sebenarnya tak sangka juga dapat tengok teater Natrah kerana pada pagi jam 10.30pagi, saya hubungi bahagian tiket2u.biz mengatakan bahawa tiada kerusi kosong untuk malam ini dan pegawai dalam telefon pesan supaya saya pergi sendiri ke IB (IstanaBudaya).
Lepas pergi ke muzium, terus pergi ke IB, cadang nak berjalan jer, pergi kaunter kemudian kerani kaunter kata ada tempat lagi tapi bahagian atas sekali tiket RM30.00

Wow! Best sangat masa tu. Elly insan paling gembira dan saya syukur sangat kerana dapat penuhi hajat isteri yang teringin sangat melihat teater Natrah :)

Surau ada disediakan dan saya bersolat maghrib di surau IB bersama jemaah yang lain. Meriah sangat. Teater Natrah membawa saya ke alam lakonan sebenar. Ini pengalaman saya yang pertama tonton teater di IB.



Natrah insan yang tidak bersalah tetapi undang-undang dunia menjadikan dia terpaksa dan dipaksa.

Sejarah




Pada hari rabu 9-Dec-2009 yang lalu saya dan isteri pergi ke Muzium Negara.


Elly mengajar sejarah untuk tingkatan 1&2. Maka banyak perkara yang Elly kongsikan bersama saya terutama ketika melihat barang peninggalan dari kapal karam Diana di selat Melaka.

Terdapat papan skrin sesentuh untuk kemudahan pengunjung. Amat interaktif dan senang untuk digunakan. Sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan keadaan muzium 5tahun yang dahulu.



Selepas melihat pameran herba orang asli, baru masuk ke galeri utama muzium. Ketika ini para pengunjung agak ramai walaupun pada hari bekerja. Cuti sekolah memberi ruang kepada kanak-kanak dan para ibu bapa membawa keluarga pergi ke tempat yang menarik dan berfaedah untuk masa bersama.


Sekitar di ruang legar pameran ASEAN. Semua sejarah negara-negara Asean dan maklumat berkaitan negara tersebut dapat diperolehi dengan mudah dan mempunyai banyak gambar untuk menggambarkan suasana negara tersebut.


Pameran herba orang asli. Kadar masuk sebanyak RM2.00 sahaja untuk seluruh penjelajahan dalam muzium. Seronok dan murah.

Kita MESTI pergi

Info : Muzium Negara (Laman web rasmi)

Khamis, 10 Disember 2009

Perkahwinan Nazri&Azura


Syukur ALhamdulillah sahabat baikKu Nazri Mohamad telah selamat diijabkabulkan pada hari Ahad lepas dengan majlis yang penuh meriah di perkarangan rumah isterinya Azura.

Saya bersama isteri telah datang ke jemputan perkahwinan Azura. Rumahnya yang tidak jauh di Tampoi dari Kangkar Pulai menjadikan perjalanan semakin mudah dan dekat. Sekitar jam 3.15 petang saya sampai namun majlis tetap diraikan dengan penuh meriah beserta hidangan yang masih banyak lagi dan tetamu yang berpusu-pusu.


Wajah kegembiraan jelas terbayang di wajah kedua-dua mempelai. Wow! Cantiknya Azura mengenakan baju pengantinnya dan tidak kurang juga dengan Nazri umpama Pahlawan Gagah Perkasa di Zaman Moden ini.

Moga bahagia sepanjang hidup di dunia dan akhirat. Amin


Elly pergi beli beg besar sikit sebab senang nak isi telekung untuk solat dan letak pelbagai barang seperti handphone, botol air, makanan ringan dan buku catatan. Pada masa ini beg tersebut saya pegang sementara Elly mendapatkan kupon Jusco yang bernilai RM10 bagi setiap RM100 dalam 1Resit pembelian.



Berbelanjalah kita mengikut kemampuan dan janganlah kita bersikap boros kerana pembaziran itu amalan syaitan. Na'u Zubillah.

Pejabat Agama Islam


Pada minggu lepas bersamaan dengan 3/12/2009 Khamis, saya bersama isteri telah pergi ke Pejabat Agama Islam Johor Bahru. Tujuannya hanya ingin mengambil Kad Pengenalan Nikah(mcm IC). Suasana di sana tidak terlalu sesak dan saya tidak perlu mengambil nombor giliran cuma nyatakan resit pembayaran dan sijil-sijil nikah terdahulu. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kemudian, isteri saya pergi ke tempat menunaikan zakat untuk membuat pembayaran zakat bagi zakat wang simpanan dan harta.



Seterusnya, saya menuju ke sebuah masjid yang terletak di Bandar Baru Uda. Masjid ini diperkenalkan oleh Ustaz Ismail Musytari kepada saya. Beliau menyatakan bahawa masjid ini mempunyai sistem pentadbiran dan pengendalian serta program yang menarik.

Memang saya tidak terduga, bahawa corak pentadbiran masjid ini sememangnya ditadbir dengan baik sekali. Allahhuakbar...Sesungguhnya usaha masyarakat tempatan di sini amat hebat dalam mengimarahkan rumah Allah di sini. Moga semuanya mendapat keberkatan.

Sabtu, 5 Disember 2009

Bersiar-siar lagi



Pada hari Ahad lepas juga, sempat pergi ke Tugu Negara. Ramai para pengunjung di sana. Kali pertama pergi pun masa tabika, kecil sangat masa tu. Hehehe.

Sekian. 5.52pm. (sabtu 5Dec2009)

Perkahwinan Cikgu-Cekgi


Al-Hamdulillah, tanggal 1Mei2009 telah menyaksikan detik bersejarah. Majlis pernikahan antara saya dan Elly selamat berlangsung tanpa masalah. Sebanyak 12buah kereta dari Dengkil mewakili rombongan lelaki kerana semua warga kaum kerabat hendak naik kereta dan dapat bersiar-siar di masa lapang bersama keluarga di sekitar JB.


Elly ditemani rakan sekolahnya dahulu. Majlis nikah dibuat dalam rumah dan dipenuhi dengan kaum kerabat lelaki sahaja bersama dengan wakil masjid dan para saksi. Hehehe


Naik basikal bersama. Majlis potong pulut kuning menggantikan kek. Pulut kuning ialah makanan kegemaran saya, yang seronoknya pulut kuning ini 3 tingkat dan setiap lapis mempunyai serunding daging! Wow! Sedapnya! Nyam...nyam...nyam...


KL Bird Park







Ni masa ambil gambar semasa hendak masuk. Pakai kopiah pulak kerana lupa nak buka lepas solat zohor. Kalo kena taik burung, habislah kopiah cantik tu. Hadiah katakan :)

Elly suka tengok pelbagai jenis telur burung yang dipamerkan. Banyak pengetahuan baru yang kami perolehi. Seronoknya. Telur burung Unta yang paling besar sekali. Hahaha.



Hi, setelah selesai bergotong royong berkemas di tabika ibu, saya dan isteri telah pergi ke KL dan bersiar-siar di sekitar Taman Burung KL. Amat seronok berada di sana.


Kemudahan tandas awam tidak berbayar juga disediakan dengan baik dan banyak. Mudah untuk para pengunjung pergi 'rest room' mungkin untuk tenangkan fikiran setelah banyak mendengar kicauan burung yang memeningkang.

Kelihatan Elly menyentuh bulu pelepah bahagian ekor burung merak.

Banyak sangat burung kat sini yang jinak-jinak terutama burung nuri. Abang yang jaga burung sibuk suruh bagi burung makan dan ambil gambar bersama burung-burungnya. Ingatkan 'free' tapi berilah juga RM2.00 sebagai tanda terimakasih dan makanan burung tu.


iLuvIslam

Iklan untuk renungan seketika


Info:

Taman burung ini merupakan sebuah taman sari burung dan taman tropika khas untuk pencinta-pecinta alam. Taman burung ini dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 3.2 hektar.




Sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Taman_Burung_Kuala_Lumpur

HomePage >>> http://www.klbirdpark.com/index.htm



Sempat juga ambil gambar waktu malam di KL. Meriah dan seronok HuHuHu.

Gotong Royong


Pada Ahad lepas bersamaan dengan 29Nov, saya bersama isteri dan ibu pergi ke sekolah Tabika Kemas. Operasi berkemas jam 10pagi hingga jam 12.30tengahari bermula dari bahagian luar kemudian dalam kelas Tabika.

Alhamdulillah kerana Allah Taala telah mudahkan kerja kami dengan di bantu oleh 4orang kanak-kanak yang kebetulan berada dalam kawasan tabika tersebut sambil melepak-lepak bercerita tentang perkembangan bola sepak Malaysia yang mana Negeri Sembilan menjadi Juara Piala Malaysia pada tahun ini 2009.


Saya mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak tersebut dan ibu amat gembira kerana tabika Kemas ibu kini menjadi lebih ceria, bersih dan kemas. Saya sangat berbangga dapat menolong ibu sambil dibantu oleh isteri tersayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails