Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Isnin, 24 Ogos 2009
Gotong Royong Fasa-2
Isnin (3-Ramadhan 1430) 6.53p.m.
Alhamdulillah, pada hari ni berjaya juga melaksanakan aktivti gotong royng kecil bersama murid2 tahun 5 Ikhlas. Hanya 4 orang sahaja yang hadir.
Sebelum memulakan gotng royong, aku minta mereka semua membuat sedikit ulang kaji menggunakan buku latihan yg telah diwajibkan mereka utk membelinya oleh pihak sekolah (bagi meningkatkan mutu pretasi murid).
AKu bg tempoh selama 45minit (bermula 9.15p.m.) utk menyiapkan satu tajuk (Constellation) yg telah merka pelajari pada minggu lepas. Mereka juga berbincang sesama sndiri. Sungguhpun 4orang sahaja yg hadir namun hasil perbincangan dan kesimpulan diakhir KELAS TAMBAHAN tersebut menunjukkan impak yg sangat POSITIF.
Mereka dapat menjana pemikiran dengan baik dan memberikan idea serta jawapan yg berasas. Ternyata murid2 ini dapat menjadi lebih baik cuma perlukan lebih dorongan dan sokongan dari para pendidik.
Setelah habis perbincangn (jam 11a.m.), aku minta murid mengemaskan makmal sains mengikut peringkat demi peringkat. Oleh kerana masa amat suntuk, aku peruntukkan 1jam utk mereka mengemas-ngemas.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Setelah tamat mengemas, aku pun tunjuk video dan gambar2 yg aku ambil sepanjang aktiviti di sekolah. Mereka amat gembira dan terasa diri sgt dihargai kerana gmbar mereka ada dan mohon supaya di FRAMEkan...hehehe
Pada pagi tadi (9.30a.m.) aku berjumpa dengan PK-1 dan menyatakan ingin menggunakan Makmal Sains utk kelas tambahan dan buat gotng royong membersihkan makmal. PK-1 kata boleh dan bg persetujuan sambil bertanya ttg MURAL (gambar dinding sekolah) bila boleh disiapkan??? AKu pun menjawab kata ku "Saya tunggu mereka melukias gambar yg baharu krn mereka sudah PLAN hendak lukis gambar yg lain. So, saya tunggu mereka siapkan kerja baru saya bleh mewarna dinding itu." PK-1 amat bimbang yg KAMI cikgu pelatih tidak sempat meyiapkan MURAL tersebut. Semoga kami cepat dan sempat menyiapkan mengikut kepuasan semua pihak.
Hari ni sudah masuk ari ke-3 berpuasa. BEST sgt krn pada tahun ini aku berazam hendak melaksanakan solat terawih setiap hari tanpa tertinggal satu malam pun samada solat secara berjemaah@sendirian (jika berlaku hal2 luar).
Pergi sekolah hari ni dapat gak buat KELAS TAMBAHAN dan MENGEMAS2 dalam masa yg sama pada hari ni juga murid2 tahun 6 mulakan KELAS TAMBAHAN WAJIB mula isnin hingga khamis utk semua subjek...HuHuHu
[buku RPH takleh amik lg cz belum disemak oleh guru besar, harap2 esok leh la bawa balik buku RPH krn nk buat KEMAS KINI]
TAMAT (7.03P.M.)
Ahad, 23 Ogos 2009
RAMADHAN
Sabtu 2RAMADHAN1430 7.20p.m.
Selamat berbuka puasa
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Selamat Berpuasa, Semoga puasa kali ini mendapat keberkatan yg lebih besar dan memberikan kita kesedaran dan menambahkan kekuatan iman.
Amin
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
TAMAT (7.22p.m.)

Sabtu, 22 Ogos 2009
Gotong Royong Fasa-1
Sabtu 22.8.2009 (1 Ramadhan 1430) 2.59p.m.
Hari ini aku telah datang ke sekolah untuk melakukan aktivti pembersihan dan kekemasan dalam makmal sains. Aku datang pada hari ini kerana azizah (cikgu math) ada bgtau (masa hari jumaat semalam)kat aku yg murid kelas 5 Ikhlas akan datang sabtu ni utk kelas tambahan matematik. Maka aku pun BERCADANG hendak mengajak murid yg FREE lepas kelas utk bantu bersama.
Sebelum aku teruskan ke makmal, aku menuju ke bilik guru dan mendapati tidak berkunci. Syukur sgt2 kerana aku ingin menyiapkan laporan ADAB untuk kelas 5 Ikhlas bg subjek SAINS selaku cikgu yg menjaga kelas sains bagi penggal ke-2. Guru kelas tersebut sudah maklumkan bahawa Laporan ADAB itu ada diatas mejanya, aku pun ambil dan menyiapkan dengan seberapa segera.
Kemudian, aku pergi ke kelas tambahan azizah. Kelas tambahan berada ditingkat 3 blok b. Dalam masa yg sama kelas 5 budiman juga turut mempunyai kelas tambahan yg mana cikgu pembimbing azizah yg menjadi cikgu kelas tersebut. Sgt aktif dan menarik ketika sesi kelas tambahan, nyata berbeza sama sekali jika hendak dibandingkan ketika waktu persekolah biasa. Murid yg dtg utk kelas 5(I) cuma 16orang dari 35orang.
Cukup Alhamdulillah, niat murni dan kesungguhan murid2 itu dibalas dgn baik oleh azizah dari segi penyampaian ilmu yg tidak menuntut sebarang imbuhan dari sesiapa. Kepuasan itu datang hanya jika murid tersebut dapat menerima ilmu dan menjadi seorang insan yg berjaya.
Ketika murid2 sedang lagi dalam kelas tambahan, aku seorang diri menuju ke makmal sains dgn ati yg agak was. Hehe terasa takut pulak. Aku lupakan semua itu kerana niat ku hanya hendak memastikan makmal sains kembali ceria wpun tak byk yg dpat kulakukan.
Sebelum itu, pada pagi tersebut jam 10.20a.m. aku hubungi Ketua Panatia SAINS hendak memaklumkan bahawa aku nk masuk ke makmal sains dan lakukan sedikit aktvti gotong royong untuk membersihkan dan menceriakan makmal sains bersama murid2, KP.SAINS kata ok dan bagus maksudnya dah dapat kebenaran lah kan?
Ketika murid2 datang membantu, aku buat pengagihan kerja agar semuanya dpat dilakukan dengan cepat dan pantas. Aku sangat2 berterimakasih kepada murid2 tahun 5IKHLAS dan 5BUDIMAN yg membantu.
Kini mereka sedar bahawa contengan dimeja menjadikan meja buruk dan susah hendak dibersihkan. Murid2 juga tau bahawa kerja yg melibatkan bilangan yg ramai dan komitmen yg tinggi menjadikan sesuatu kerja menjadi cepat siap dan sukses.
AKu cuma bgtau bahawa di bulan RAMADHAN ini berbanyak lah amalan yg baik dan hindarkan segala yg buruk. Aku mempelawa murid2 tersebut utk dtg lagi sekali pada hari ISNIN minggu hadapan utk bersihkan sekali lagi makmal sains dan aku aku tunjukkan kpd mereka video dan gambar2 yg pernah aku ambil.
Semoga usaha murni ini menjadikan makmal sains itu lebih ceria dan sentiasa terpelihara kebersihannya.
TAMAT
:::::balik dr sekolah jumpa ina nk minta GAMBAR RIMUP tp belum settle lagi so aktiviti RIMUP tak dapat aku tunjukkan dalam BLOG lagi, korang tuggu je hari isnin kang.OK?::::::
(3.14p.m.)
Fadhilat TERAWIH
Fadhilat Solat Terawih
Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T
Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).
Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.
Malam 4 : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang² yang membaca kitab² Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat² yang tawaf di Baitul Ma’mur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu² dan tanah² mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa² orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap² kejahatan dan keburukkan.
Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi².
Malam 18 : Seru Malaikat ; “Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 : Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.
Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap²dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 : Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.
Malam 26 : Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.
Malam 28 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.
Malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ;
“Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama ‘Al-Kauthar’.â€

Jumaat, 21 Ogos 2009
1MALAYSIA dan 8Nilai
Jumaat (21.8.2009 = 30 Sya`aban 1430) 3.01p.m
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Itulah laungan murni yang aku dapat dengar pada hari ini di sekolah. Sambutan kemerdekaan telah diadakan dengan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar selaku perasmian 1Malaysia di sekolah.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya, nyanyian beramai2, bersajak, berlakon dan perarakan di sekitar sekolah.
Kemuafakatan yg wujud antara murid2 dan cikgu2 menjadikan hari ini penuh dengan nostalgianya tersendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa negara kita sudah pun merdeka dan hidup dengan penuh aman damai dan tenteram dengan pelbagai kaum dan bangsa (Melayu, cina, india).
Semangat 1Malaysia yg ditunjukkan dikalangan murid dan cikgu2 di sekolah menjadikan aspirasi dan matlamat PM kita untuk sentiasa mewujudkan Budaya Kecemerlangan dlm konteks Nilai 1Malaysia pasti akan tercapai.
Berikut beberapa gambar dan video yg sempat dikongsikan bersama.
Aku telah ditugaskan utk mengambil gambar dan ina pula merakam video menggunkan camcoder dari pejabat (kerani sekolah)
Sesi pertama ialah nyanyian lagu2 patriotik oleh murid2 dengan memainkan muzik oleh cikgu ICT. Kemudian, guru besar merasmikan program sambutan kemerdekaan peringkat sekolah. Bacaan sajak dan lakonan telah dipersembahkan dengan baik leh murid tahun 5 dan 6. Bakat terpendam berjaya ditonjolkan setelah penat berlatih semalaman di hari semalam (dibantu oleh guru muzik).
Acara seterusnya perarakan di sekeliling sekolah kemudian pertandingan melukis dan mewarna poster bertemakan SEMANGAT 1MALAYSIA,dan pertandingan ini adalah mengikut kelas. Setiap kelas berpeluang mendapat hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga. Ketika majlis penyampaian hadiah dilaksanakan, terdapat masalah teknikal pada kamera. Maka suasana pada ketika itu tidak dapat ditunjukkan dengan baik.
Hari ini PNP tidak dapat dijalankan tetapi cikgu2 ditugaskan untuk membantu dan mengawal murid ketika aktiviti dijalankan.
Semoga semangat kekitaan dan kemerdekaan ini dapat disemai dan difahami dengan mendalam di setiap hati sanubari murid2 dan juga cikgu2.
Manusia muafakat membawa berkat.
Tahniah dan syabas kepada semua cikgu2 yg berjaya menjayakan program ini. Bagi cikgu pelatih ini adalah pengalaman yg baik bagi pendedahan awal untuk melaksanakan sesuatu program di sekolah.
Selamat maju jaya dan senyum selalu.
Tamat
3.13p.m.
(aku nak pergi memperbaharui insurans kereta kat puchong lepas ni)
Bomba Datang!
Khamis (20.8.2009)
Hari ni BOMBA telah datang ke sekolah sempena sesi latihan kebakaran dan keselamatan sekolah. Murid2 telah turun ke bawah setelah mendengar bunyi siren. Pihak bomba dtg dengan jenteranya.
Setiap tahun diadakn tetapi pd thn ini pihak bomba dapat dtg dengan membawa JENTERA yg Cbesar itu. Pihak sekolah amat2 hargai dan berterima kasih. Ini juga merupakan peluang kepada cikgu2 dan murid2 utk melihat lebih dekat tentang BOMBA.
Cikgu dan murid juga telah diberikan peluang utk mencuba menggunakan alat pemadam api. Pihak bomba menunjukkan cara2 yg betul menggunakan alat tersebut. Suhaila beruntung kerana berpeluang melakukan demonstrasi tersebut. Aku pula hanya ditugaskan utk menjaga blok dan tingkat atas sekolah bg memastikan tiada sesiapa yg tercicir dalam kelas dan pastikan semua suis elektrik ditutup.
Bomba memberi sedikit penerangan dan penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Pk-HEM...
Tamat sudah aktiviti, aku duduk makan dan minum bersama dengan pihak bomba2. Abg2 bomba sangat ramah dan byk pengalaman mereka dikongsi bersama.
Latihan kebakaran amat penting sekali bg setiap sekolah. Ini adalah utk memastikan setiap cikgu dan murid serta kakitangan di sekolah sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku kebakaran. Pihak bomba sangat mementingkan hal ini. Bg premis perniagaan yg mempunyai insurans tetapi tidak mempunyai alat pemadam api, TIDAK AKAN DAPAT CLAIM insurans. Itulah satu perkara yg dikongsikan bersama ketika aku duduk makan dengan abg2 bomba itu.
Semoga murid2 di sekolah lebih terdedah kpd aktiviti yg bomba lakukan...ada juga segelintir murid yg sudah memendam cita2 utk menjadi bomba...bagus juga kan?
Malam ni ada pengumuman hari berpuasa bagi yg beragama ISLAM...
Tak sabar rasanya nak menyambut ramadhan...
TAMAT
TAMAT
Khamis, 20 Ogos 2009
KoKo Festival-2
Khamis (20.8.2009 = 29Sya`aban 1430)
SAMBUNGAN...
KokoFest telah disambung untuk murid sesi pagi pada pukul 1.00pm (rabu19.8.09) untuk aktivti yg melibatkan persatuan, kelab dan unit beruniform.
Kebanyakan aktiviti pertandingan yg dijalankan mengikut kaedah peggabungan antara kelab2 dan persatuan2 supaya aktivti dapat dijalankan dengan lebih terurus dan lancar serta cepat.
Hadiah kepada pemenang bagi setiap pertandingan terus diberikan kepada murid setelah pertandingan selesai lebih kurang jam 1.45p.m. terdapat juga cikgu praktikum yg memberi hadiah dan menjadi pengadil serta menyemak kertas kerja murid (azizah dn suhaila untuk pertandingan public speaking dan kuiz, kalau tak silap)
Aku pula menjadi pengadil bagi pertandingan nyanyian...kumpulan dari persatuan agama Islam telah menang dengan menyanyikan nasyid TEMAN SEJATI...
Semoga KoKoFest ini menjadi titik tolak kepada semua murid supaya lebih aktif dalam bidang kokurikulum dan tidak hanya tertumpu kepada subjek pelajaran semata2. Murid2 akan menjadi lebih baik dan cemerlang dengan keseimbangan akademik dan koko.
Aku sangat gembira kerana berpeluang melihat dan menjadi pengadil juga.
Disini ada video semasa nyanyian nasyid...Selamat menonton
Tamat
Tamat
Rabu, 19 Ogos 2009
KoKo Festival-1
Rabu 19.8.2009 4.20p.m
Hari ni sekolah mengadakan KoKo-Fes (diadakan setiap tahun dalam bulan ogos@sept)..
acara yg dipertandingkan ialah membuat nasi goreng (bahan2 murid bawa dari rumah).
Gambar2 yang ada disini ialah suasana ketika murid membuat nasi goreng...aku telah ditugaskan sebagai pengadil dan ajk bg penyediaan tempat (angkat2 khemah ke gelanggang badminton). Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pk-HEM dan Pk-KoKo...AKu banyak belajar dari cikgu edzhar dalam mengendalikan program ini.. beliau juga merupakan PEMIMPIN PENGAKAP...
Terdapat juga cikgu2 praktikum lain yg terlibat secara langsung dlam program ini...kelihatan murid2 sangat bersemangat ketika sesi membuat nasi greng...mereka telah diambil mengikut kelas&tahun, unit beruniform (pengakap, puteri islam, KRS, PBSM)
Cikgu2 yg lain memberi sokongan dan galakan supaya murid dapat melakukan dengan jayanya...aktiviti ini akan memberi kesan yg positif yg mana murid2 lebih berdikari dalam menempuh apa jua keadaan dan hidup dalam sepasukan serta bersatu padu..
AKu sangat gembira kerana berpeluang melihat sendiri bakat murid2 dalam penyediaan masakan nasi goreng....
tamat
4.27p.m
Langgan:
Catatan (Atom)