SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 31 Mei 2011

KEM UPSR

Pada hari Ahad lepas bersamaan dengan 29-Mei-2011 PPD Kinabatangan memulakan program KEM ELIT USPR 2011.

Syabas kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan kem ini. Hari ahad merupakan hari pendaftaran bagi semua peserta dari 20 buah sekolah dan peserta itu telah dicalonkan oleh sekolah terbabit sebagai peserta elit untuk sasaran 5A dalam UPSR 2011 (InsyaALLAH).

Saya diamanahkan oleh pihak sekolah untuk menghantar seorang peserta yang bernama Syafali (dari kelas 6progresif) da mengambil beliau di rumahnya. Lambaian syahdu dari ahli keluarga ibu dan bapa beliau mengingatkan akan cerita ketika saya sewaktu kecil mahu pergi kem upsr yang diadakan di sekolah lama ku di Sekolah Kebangsaan Dengkil SEPANG SEL.










Syukur ALhamdulillah, cuaca agak baik pada hari itu, dan proses pendaftaran berjalan lancar di SMK Bukit GAram 2 (jam 3.30petang). Di sana sempat juga saya menemui rakan pendidik yang lain dan bercerita tentang serba sedikit perjalanan program.




KEM ini dilaksanakan dengan penglibatan sepenuhnya guru dan pegawai dari PPD Kinabatangan.
InsyaALLAH program lanjutan akan diadakan pada minggu hadapan dengan anjuran dari PETRONAS. Perkara lebih lanjut akan saya kongsikan sekiranya sudah memperolehi maklumat mengenainya. Sekian.Wassalam.



(bersamalah kita mendoakan kejayaan anak didik kinabatangan supaya berjaya cemerlang dunia akhirat menjadi modal insan yang akan menegakkan syiar ISLAM di bumi kinabatangan dan terus memacu kemajuan ekonomi di tempat kelahiran mereka sendiri. Amin. Insya-ALLAH.)

MASALAH GURU SABAH

KERATAN AKHBAR SUKA UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA.....







KLIK SINI UNTUK TAHU LAGI YANG MEREPEK
1)GURU OH GURU

2)POLITIK JUGAK

Statistik Pendidikan

Statistik Pendidikan

BUKU Undang-Undang

Undang-undang PENGETUA DAN GURU BESAR

Sekalipun kita telah diberikan pelbagai garis panduan dan cara untuk melaksanakan sesuatu undang-undang samada untuk melaksanakan atau untuk menegakkan, malangnya terdapat banyak lagi kelemahan dalam kehidupan kita untuk melaksanakan apa yang telah tertulis.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Disini, suka untuk saya kongsikan kepada kawan-kawan mahupun bagi mereka yang hendak ambil tahu tentang peranan dan tugas pentadbir sekolah terutamanya Pengetua mahupun Guru Besar berkenaan dengan undang-undang dan perkara-perkara yang berkaitan tatatertib yang berkaitan dengan perkhidmatan awam umumnya dan perkhidmatan sebagai pendidik khususnya.



Adalah diharap kita dapat berkongsi dan ambil ikhtibar atas segala perkara tatatertib yang pernah berlaku dalam perguruan di Negara kita. Saya sengaja mencari buku ini, bagi mengisi pengetahuan dan ilmu yang masih lagi kurang lengkap tentang konsep sebuah kuasa yang boleh dan tidak boleh bagi seseorang ketua di sekolah. Ini adalah amat penting sebagai guru untuk membantu pihak atasan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan yang dapat kita perbincangakan bersama dan diselesaikan secara musyawarah terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil mengikut kehendak pekeliling mahupun akta yang dikeluarkan.

Buku ini saya beli di Sabah Book Store (Cawangan Lahad Datu Taman Sri Perdana)

Sekian, wassalam.

RUJUKAN TAMBAHAN
1)PENGULAS PERTAMA BUKU INI
2)PERPUSTAKAAN
3)KEDAI ONLINE



Sinopsis Buku ETIKA (Mei2011)

SINOPSIS BAHAN BACAAN ILMIAH (Latihan Dalam Perkhidmatan)

Nama : Mohd Mustakim bin Kamarudin
Tajuk : Latihan Dalam Perkhidmatan (Pembacaan Bahan Ilmiah)
Tarikh : 20-Mei-2011
Masa diambil : 3 minggu (28 April - 19 Mei 2011)
Tajuk Buku : Etika Penjawat Awam dari Perspektif Islam
Keluaran : Dewan Bahasa dan Pustaka (2010)
Penulis : Sharifah Hayaati Ismail al-Qudsy
Bilangan m/s : 289 (termasuk indeks)
No. Siri ISBN : 978-983-46-0311-3
Harga : RM 38.00
Sumber : Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu

(borang sinopsis buku untuk guru: BORANG/LAMPIRAN)





SINOPSIS

Guru merupakan penjawat awam yang paling ramai dalam perjawatan di Negara kita. Sehubungan dengan itu, nilai dan etika bagi seorang pendidik yang dikenali sebagai guru mencerminkan peribadi penjawat awam secara keseluruhannya yang akan memberi impak kepada setiap lapisan masyarakat. Sinopsis buku ini mengupas dengan lebih lanjut etika dari perspektif Islam yang memberi penekanan kepada penjawat awam Muslim dari pelbagai aspek samada akhlak dan peribadi. Etika berkait dengan makna sesuatu yang positif dalam segi nilai dan moral atau dikenali juga sebagai karakter. Dengan ini, penulis menegaskan bahawa sesuatu urusan yang dilaksanakan samada beretika atau pun tidak iaitu persoalan positif dan negatif. Dalam Pelan Integriti Nasional Malaysia etika dikelaskan sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.



Penulis mengupas dengan terperinci akan nilai baik dalam kepercayaan ialah nilai keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Jelas menunjukkan bahawa cirri-ciri positif bersandarkan kepada keimanan yang jitu dan perlakuan yang positif dalam segenap aspek tindakan pekerjaan yang dilaksanakan. Tanpanya, sesuatu perlakuan atau pekerjaan tidak diiktiraf di sisi Allah sebagai mematuhi etika-Nya. Ilmu fardu ain yang dituntut setiap Muslim untuk mempelajarinya ialah ilmu akhlak yang mengandungi segala asas nilai dan etika dalam Islam. Dengan ilmu yang diperolehi, seorang Muslim hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajarinya mengikut kehendak dalam Islam yang meletakkan nilai dan akhlak yang baik dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Perkara ini berkaitan dengan niat seseorang dan dalam Islam keikhlasan suatu ibadah hanya diletakkan kepada Allah Taala sahaja seperti yang difirmankan Allah Taala dalam surah al-Bayyinah ayat ke 5 terjemahannya : “Tidaklah AKu perintahkan kamu kecuali untuk menyembah Allah ikhlas kerana agama”, dan surah al-Zumar ayat ke 11 terjemahannya : “Katakan (wahai Muhammad) sesungguhnya Aku perintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadah kepada-Nya.”. Nilai yang jelas dalam al-Quran dan al-Hadith antaranya ialah nilai sabar, tekun, menepati waktu, tidak membazir, berlumba-lumba, tidak bakhil, tidak sombong, baik sangka, bijaksana, berkasih sayang, amanah dan bersih.

Salam” border=”0″>
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Penulis juga turut menyatakan etika kerja atau profesion yang dituntut dalam Islam dan antaranya matlamat syariat yang dinamakan sebagai maqasid khamsah iaitu memelihara agama, jiwa dan nyawa, akal fikiran, harta dan keturunan. Islam juga mengetengahkan sistem hokum kerjanya yang tersendiri yang di sebut sebagai wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Malah ‘uruf’ atau amalan kebiasaan masyarakat yang mengandungi nilai baik dan tidak bertentangan dengan syarak juga diterima pakai. Justeru itu, sistem hukum ini perlu difahami dengan mendalam oleh setiap individu Muslim termasuklah penjawat awam. Maka kita sebagai insan yang dapat berfikir baik dan buruk dalam suatu perkara sudah tentu dapat laksanakan suatu tugas kerja dengan penuh keazaman dan bersungguh-sungguh selagi mana tidak bertentang dengan ajaran Islam. Pandangan Imam al-Ghazzali tentang etika atau akhlak iaitu nilai yang tertanam dalam jiwa seseorang sehingga melahirkan tindakan baik secara spontan. Turut ditekankan dalam buku ini nilai ihsan dan amanah yang perlu ditanamkan dalam diri. Manakala bagi tujuan pengukuhan nilai ini, penjawat awam diberikan anugerah atau ucapan penghargaan seperti ‘terima kasih’, ‘syabas’, ‘tahniah, dan ‘saya bangga dengan pencapaian anda’ yang dikira sebagai nasihat dan perangsang kepada individu berkenaan.
Usaha berterusan dalam melahirkan budaya kerja cemerlang perlu dipertingkatkan dengan memberi lebih tanggungjawab dan nilai kerja yang meletakkan kebolehpercayaan yang tinggi bagi seseorang melaksanakan suatu tugas kerja. Maka nilai profesionalisme yang tinggi, integriti adalah penting untuk pengamalan dalam tugas dan tanggung jawab sebagai penjawat awam umumnya.

Sekian. Wassalam.

BACAAN TAMBAHAN KLIK SINI

1) DEWAN BAHASA DAN PUSATAKA

2) DAWAMA

3) SCRIBD

BUKU REKOD MURID

Pada 27Mei2011 (Jumaat) SKParis 3 telah mengadakan har terbuka bagi para ibu bapa penjaga untuk tandatangan buku rekod anak mereka dan membincangkan tentang laporan peperiksaan semester 1 bagi tahun 2011.

ALhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan cuaca dalam keadaan baik dan sambutan dari para ibu bapa amat menggalakkan. Manakala semua guru kelas melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan melayani para hadirin dengan sabar dan berjaya. Tahniah kepada GB kerana mengatur proses penyerahan buku rekod dengan berjalan lancar. Semua ibu bapa berasa amat berpuas hati. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat.







Saya hanya sebagai pemerhati keadaan dan sempat mengambil beberapa keping gambar untuk perkongsian bersama. (semoga anak didik skp3 lebih cemerlang dan mendapat tempat yang terbaik khususnya di negeri SABAH dan menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.Amin)

Sekian.

Wassalam.

Mesyuarat Staf ke-2 (2011)

Pada hari khamis bersamaan dengan 26Mei2011,pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat staf kali kedua bagi tahun ini. Banyak perkara yang diutarakan oleh GB.

Saya telah diminta untuk membentangkan kajian tindakan yg telah dirancang dan dilaksanakan bagi semester ini bermula April hingga mei. ALhamdulillah berkat dari sokongan dan bantuan GB serta guru panitia sains serta rakan yang lain, saya usahakan juga bentangkan mengikut kemampuan saya.

Sungguh tidak terduga, semua rakan-rakan memberi sokongan dan komen yang membina. Banyak perkara yang perlu saya pelajari dan baiki dalam meningkatkan kajian tindakan yang telah dilaksanakan. Banyak perkara baru yang saya belajar meskipun kajian tindakan ini telah lama diperkenalkan, namun saya akui masih banyak kekurangan yang saya hadapi terutama dari pengumpulan data, dan teknik persembahan laporan yang berbentuk agak kaku (gunakan microsft office).



Terima kasih kepada semua guru terutama kepada GB yang memberi kepercayaan kepada saya untuk bentangkan kajian tindakan yang tidak seberapa. InsyaAllah dalam masa akan datang, sya cuba baiki sebaik mungkin. Terima kasih juga kepada Cikgu Emran kerana memberi idea dan berkongsi pengalaman beliau dalam melaksanakan konsep penyelidikan dan kajian tindakan serta banyak lagi pengalaman beliau yang dikongsikan bersama saya.

Masih ada masa untuk saya dan rakan-rakan yang lain terus berjuang dan belajar perkara yang dapat baiki mutu kehidupan serta pnp yang lebih baik agar usaha ini mendapat keberkatan daripada ALLAH Taala. Hanya ALLAH sahaja yang mampu beri balasan yang baik kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya.

Meeting staf kali ini, GB juga berkongsi akan tindakan tatatertib dan kelakuan baik yang perlu dilaksanakan sebagai penjawat awam. Namun elektrik yang tiba-tiba terputus, tidak dapatlah meneruskan tanyangan slaid yang GB terima dari pihak PPD. Namun, apa yang penting sebagai penjawat awam tertakluk kepada peraturan dan etika dari pekeliling dan akta semasa serta surat siaran yang diedarkan dalam melaksanakan tugas agar tidak diambil tindaka tatatertib. InsyaALLAH.

Kepada Ustazah Maghpirah saya ucapkan tahniah kerana dapat berpindah bagi perpindahan untuk bulan JUN 2011. Semoga ustazah dapat meneruskan usaha kerjaya sebagai pendidik dengan lebih baik dan penghijrahan ini memberi impak yang baik dan diberkati ALLAH TAALA. Amin.

Kepada kawan-kawan yang lain yang masih berada di SKP3, teruskan usaha dan cekalkan semangat untuk mendidik anak bangsa sedia ada dan tingkatkan mutu kualiti kerja terutama saya sendiri yang banyak lagi kelemahan, agar usaha kita mendapat Rahmat dari Allah Taala dan ilmu yang dikongsikan bersama anak didik dan rakan sekerja mendapat keberkatan daripada ALLAH untuk kejayaan hidup di dunia hingga ke akhirat. Amin.

Wassalam

Rabu, 25 Mei 2011

PROGRAM SIVIK

24mEI2011 (Selasa)

Panitia Sivik & Kewarganegaraan (Ketua Panitia Puan Saedah)
Telah selamat mengadakan meeting pertama merangkap untuk mengadakan program sekolah selepas cuti semester 1 ini.
Sambutan dari semua guru yang terlibat amat menggalakkan dan suasana meeting penuh meriah dan gembira dengan pelbagai idea cadangan yang menarik tertarik semua memang HEBAT!!! (klik lagi)

Puan Saedah selaku Ketua panitia amat menitik berat soal kebajikan murid terutamanya dari segi penyediaan makan minum dan segala keperluan murid termasuk hadiah dan cenderamata. Perkara ini membuka mata saya bahawa keperluan dan kepentingan murid perlu didahulukan berbanding keperluan guru itu sendiri. Benarlah....( BERSAMBUNG LAGI NANTI..MAU PERGI MESYUARAT PENGAKAP DI PKG KINABATANGAN JAM 8.30AM MULA hari ini [rabu]25Mei2011 )


mmk
rabu
25Mei2011
6.44pagi
Pejabat sekolah

Sabtu, 21 Mei 2011

KEM Bestari Solat

TUNAIKANLAH AMANAH YANG DIBERI DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB KELAK DIPERSOAL AKAN SETIAP AMANAH YANG TERPIKUL.

21 Mei 2011 (Sabtu) SK.Paris 3 Kinabatangan telah mengadakan KBS khusus untuk murid tahap 1 (tahun 1,2, dan 3). Alhamdulillah berkat fikir risau bimbang ustaz, ustazah, guru-guru dan pihak pentadbir (GB dan PK1, PK-HEM, PK-Petang) program ini berjaya dilaksanakan yang telah di meeting kan pada hari Rabu 18Mei2011 dengan baik dalam Bilik Gerakan sepadu tenaga bersama Ustaz Rahmat, Ustaz Zulkifli dan pihak pentadbir bersama Ustazah Salmah.

Sekembalinya Ustazah Maghpirah...(klik dibawah) ...dari cuti bersalin dan selamat hadir ke sekolah pada 19Mei2011(khamis) beliau telah menyediakan AJK terlantik bagi program ini. Tahniah Ustazah..syukur juga kerana saya juga diberi peluang dan kepercayaan dilantik sebagai fasilitator untuk murid tahun 2 kumpulan 2 yang terdiri daripada 13 orang anak-anak kecil ini.

Kedatangan murid dan guru pada hari ini (sabtu) kurang berbanding hari persekolahan biasa. Namun tahniah dan syabas di ucapkan kepada semua murid dan guru, ustaz dan ustazah yang dapat menghadirkan diri.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Mendidik anak-anak dari kecil tentang (KBS) ilmu fardhu ain yang melibatkan wudhu, solat dan bacaan niat serta al-Fatihah amat penting dan dapat memberi impak yang besar. Sesungguhnya amalan murni dalam menyampaikan ilmu dan mendidik ini amat besar di sisi Allah Taala dan semoga Allah Taala memberi kefahaman kepada anak didik tersebut untuk terus menimba ilmu dan menjadi penyampai (dakwah) ilmu kepada semua umat Islam amnya juga untuk keluarga, masyarakat dan semua. InsyaAllah.

Tiada gambar yang dapat dikongsikan kerana saya tidak membawa kamera. InsyaAllah saya mohon perkongsian bersama AJK tangkap gambar yang dipertanggungjawabkan untuk buat laporan. Penulisan ini hanyalah perkongsian kepada rakan-rakan dan sejarah bagi saya untuk direnungi agar dapat di refleksi pada masa akan datang. Ini adalah kali kedua saya bersama KBS di SK.PAris 3 Kinabatangan ;)



Jumaat, 20 Mei 2011

MEETING SAINS -4

18 MEI 2011
Rabu

Bertempat di Pejabat SK.PAris 3 panitia sains telah mengadakan meeting kali ke-4 bagi membincangkan pelbagai isu...terutama perlaksanaan aktiviti dan refleksi dari kerja yang telah dilaksanakan...

Banyak teguran dan kelemahan yang telah di utarakan dan panitia akan ambil tindakan inisiatif dan proaktif dalam memperbaiki setiap kelemahan tersebut....sukar untuk saya nyatakan di sini..namun setiap kerja itu pasti ada kelemahan dan penambahbaikan perlu dilakukan...insyaAllah...

Terima kasih kepada Pn.Saedah kerana banyak memberi tunjuk ajar dan menjadi rujukan bagi panitia sains dalam membina kerja pasukan yang lebih mantap di masa akan datang...malah kerja yg kemas dan teliti selaku penyelaras PEKA berjaya dilaksanakan sehingga saat ini...tugas panitia sains kini ialah melengkapkan segala borang PEKA yang telah diberikan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Semoga perlaksanaan aktiviti panitia mendapat sambutan dan kebertanggungjawaban dari semua ahli panitia untuk ambil bahagian untuk semua aktiviti yang dirancangkan agar berjaya dan diberkati atas maksud kerja secara berjemaah (pasukan)...insyaALLAH....

Banyak perkara yang perlu dipelajari lagi....

Kepada semua ahli sains samada dalam dan luar sekolah ini..mohon untuk beri tunjuk ajar..bagaimanakah untuk laksanakan PEKA dengan mengambil kira maklumat murid (penulisan peka) yang perlu disimpan???

Setakat ini, saya hanya buat mana yang termampu...namun orang kata pencapaian murid dalam setiap keputusan peperiksaan/ujian juga perlu diambil berat...

Semoga Allah memberi kefahaman kepada anak didik dalam apa jua yang dipelajari...bersamalah kita mendoakannya...insyaAllah...amin...


Masa Mei

MASA TIDAK MENUNGGU KITA DAN MAUT MENGEJAR KITA

Sudah masuk bulan Mei 2011....rasanya sekejap masa berlalu...

InsyaAllah segalanya berjalan lancar samada di sekolah, rumah maupun di mana-mana..moga Allah beri kekuatan kepada kita semua....

Banyak aktiviti yang diberlaku di sekolah...namun tidak sempat jua nak mengisi perkongsian dalam blog...jadual masa yang agak ketat dan terhad untuk menaip dalam ruang blog ini....masa yang singkat ini ingin dikongsikan bahawa....

Syukur Alhamdulillah...selesai sudah peperiksaan pertengahan tahun pada hari ini 20Mei2011 Jumaat bagi sesi penggal pertama....tugas sebagai guru data menanti dengan penuh rela dan sabar... Alhamdulillah..semua pihak berikan kerjasama yang baik...

Tiada gambar pula hendak dimasukkan...namun sambutan hari guru di peringkat sekolah tidak lah berlaku pada waktu yg terdekat ini..rasanya akan dilaksanakan selepas cuti nanti...

Salam” border=”0″>
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dalam kesempatan ini...saya juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik dan juga bakal pendidik serta yang telah pun bersara... Guru pemegang amanah dan mendukung tanggungjawab yg besar dalam amal 'tabligh' menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak didik tidak kira samada tua muda miskin kaya..semuanya berhak untuk menuntut ilmu....

Semoga pengorbanan dan kerja yang diusahakan mendapat keberkatan dari Allah Taala untuk kebahagiaan dan kejayaan hidup di dunia sementara ini dan terutama di akhirat yang kekal abadi..AMIN.

Sekian...

mus
1.35pm
Jumaat 20Mei2011
@Pejabat (sambil update EMIS)

Chaiyuk....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails