LoNgK@i_2U (*_*)
Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Sabtu, 13 Disember 2025
Jumaat, 9 Mac 2018
Bahan perkongsian untuk panitia sains dokumen, kertas kerja dan laporan program
1. Laporan program peningkatan sains UPSR 2017
2. Takwim Panitia Sains 2018 (terkini)
Takwim Staf Panitia Sains 2018 by mustakim260984 on Scribd
3. Lampiran biodata guru dalam fail panitia
Biodata Guru Lampiran Isi Fail by mustakim260984 on Scribd
4. Carta Organisasi Panitia Sains 2018 (terkini)
5. Lampiran senarai buku / bahan rujukan yang digunakan oleh guru
Senarai Buku Rujukan Lampiran by mustakim260984 on Scribd
6. Perancangan program perkembangan staf (guru sains) 2018
7. Jadual semakan buku kerja / latihan murid
8. Jadual penggunaan makmal sains di sekolah (terkini 2018)
JADUAL MAKMAL 2018 by mustakim260984 on Scribd
9. Kertas kerja permohonan peralatan ICT dalam makmal sains (tahun 2017)
KERTAS KERJA Permohonan Peralatan ICT by mustakim260984 on Scribd
#Alhamdulillah dalam panitia mendapat sebuah LCD Projektor jenama EPSON pada Januari 2018.
Peralatan yang lain belum lagi. Satu kertas kerja baru tahun semasa 2018 perlu di buat dan dihantar sekali lagi untuk permohonan bagi tahun semasa. Ini ialah suatu proses kerja bagi memohon sesuatu peruntukan mengikut tahun semasa. Selamat berusaha!
10. Laporan program seminar sains ( kbat/ mentor mentee/ sahabat sains) tahun 2017
Sekian, terima kasih.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel saya
mustakim260984@gmail.com
Assalamualaikum
Kertas Kerja dan laporan Bengkel Sains UPSR 2018 Tahun 4 dan 5
Alhamdulillah, bengkel dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama semua guru sains dan rakan guru yang lain.
Khamis, 24 Ogos 2017
KERTAS KERJA PPDA PERTANDINGAN PERINGKAT SEKOLAH 2017
KERTAS KERJA PERTANDINGAN PPDA 2017
YANG DICADANGKAN IKUT BAJET YANG RINGKAS
Selasa, 13 Jun 2017
Video Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Lahad Datu 3 Tahun 2017
Program bermula 19 hingga 21 Mei 2017 di SK Lahad Datu III bersama 5 Unit Beruniform dan bantuan dari JPAM serta bantuan peralatan dari sekolah yang berdekatan.
Jom layan video
Sabtu, 8 April 2017
Laporan PLC Lesson Study 2017 -Kitaran 1
Alhamdulillah.
Tahun ni 2017, laporan PLC untuk panitia sains berjaya disiapkan walaupun terdapat beberapa kekurangan dari segi laporan bergambar.
Perkara utama yang di tekankan dalam PLC kali ini ialah PDPc Abad 21 dan KBAT.
Bermula dengan mesyuarat pertama panitia, keputusan di bentuk untuk adakan PLC khusus untuk Sains Tahun 5 secara berfokus iaitu KBAT dan i-think.
Kemudian beberapa siri perbincangan diadakan
1. Sebelum pelaksanaan PLC (minggu ke-2 Januari)
2. Semasa pelaksanaan (minggu ke-4 Januari)
3. Selepas pelaksanaan (Februari)
(klik gambar untuk saiz besar)
Rumusannya ialah, semua guru sains kini dapat pendedahan awal untuk PDPc Abad 21 dan KBAT melalui perkongsian bersama guru pakar dan guru mentor.
Terima kasih diucapkan kepada Panel AJK PLC SK Lahad Datu III terutama kepada Cikgu Gumiloh dan Cikgu Azilah.
Khamis, 23 Mac 2017
Selamat bercuti semua
Salam cuti. Semoga cuti ini di manfaatkan dengan lebih baik bersama insan tersayang di sekeliling.
Ahad, 8 Januari 2017
Selamat tahun baru 2017
Selamat tahun baru untuk kali ini dan semoga kita semua memasang azam dan tekad yang lebih baik untuk terus berusaha dan sabar dalam segala ujian ketika mengharungi masa-masa mendatang.
💗💁💃💑💞😆
Khamis, 26 Mei 2016
Kertas Soalan Sains Tahun 4 KSSR ( Semester 1 / 2016)
Kertas soalan sains tahun 4 ( Peperiksaan Pertengahan Tahun)
Sekian
Rabu, 20 April 2016
Dialog Prestasi antara Ibu Bapa di SK Lahad Datu III (Semester 1 / 2016)
Alhamdulillah
Dialog prestasi berjalan lancar bermula Rabu dan Khamis (20 dan 21 April 2016) untuk kelas
6 Amanah dan 6 Bersih.
Dialog ini menumpukan kepada prestasi murid tahun 6 dalam pencapaian Ujian 1 (Mac) dan juga sasaran murid bagi menghadapi UPSR 2016.
Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan kerjasama yang baik dalam menambah baik mutu akademik dan sahsiah murid khasnya dan warga sekolah umumnya.
Isnin, 11 April 2016
Program Gotong Royong Kebersihan dan Keceriaan Makmal Sains
Alhamdulillah
Program ini berjalan lancar pada Sabtu 9 April 2016.
Terima kasih kepada semua guru-guru sains yang banyak membantu dan murid-murid dari kelas 6 Bersih dan 6 Cekap yang turut sama.
Program bermula jam 9.30 pagi hingga jam 11.30 pagi (2 jam) selepas sesi kelas tambahan sains (7.30am-9.00am).
Pembahagian tugas-tugas guru:
1. Cikgu Mustakim : Peralatan dan bahan sains
2. Cikgu Lini : Keceriaan mengecat
3. Cikgu Nom : Disiplin murid
4. Cikgu Maini : Bahagian langsir tingkap dan peralatan
5. Cikgu Mindy : Kebajikan murid
6. Cikgu Ain : Keceriaan (Bahan bergambar)
Sediakan jamuan ringan disediakan iaitu air laici dan juga kuih muih yang dibawa oleh guru-guru sains.
Antara perkara yang diusahakan ialah:
1. Mengemaskini carta dan lembaran abm/bbm di lap dan disusun kemas.
2. Menyusun atur kedudukan meja dan kerusi dalam makmal.
3. Menyusun peralatan dan bahan sains dalam rak di dalam almari.
4. Memasang kain langsir tingkap.
5. Menceriakan bilik persediaan sains (untuk kegunaan guru)
6. Mengemop lantai makmal.
7. Mengemas buku-buku rujukan di rak yang disediakan.
Tahniah kepada semua yang terlibat terutama cikgu Maini selaku mantan ketua panitia sains yang banyak membimbing saya.
Kesimpulan
1. Usahasama yang digarap dalam setiap aktiviti telah mendatangkan impak yang lebih baik dan memendekkan masa pengurusan untuk sesuatu perkara dilaksanakn.
2. Kecenderungan murid untuk membantu dalam program ini mewujudkan suasana cintai kepada makmal sains.
3. Membentuk suasana ukhwah dan kerjasama yang baik antara murid-murid dalam melaksanakan tugas mengikut pembahagian yang diberikan.
4. Mewujudkan keceriaan dalam makmal dengan lebih harmoni dan selesa.
InsyaALLAH projek mural makmal akan dilaksanakan sepanjang bulan April.
Sekian.
Langgan:
Ulasan (Atom)













