Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Isnin, 31 Mei 2010
UlaT bOOk
Dalam perjalanku hendak pulang ke semenanjung, rakanku Cikgu Zuria sempat meronda-ronda di kota Sandakan :)
Terpandang akan daku satu kain rentang yang tertulis KARNIVAL JUALAN BUKU
Seronoknya hati dan aku minta kepada cikgu Zuria untuk singgah sebentar di sana sebelum menuju ke Lapangan Terbang Sandakan sedangkan tiket berlepas jam 9.00malam
Cikgu Zuria amat peramah dan penyabar orangnya. Dia membawa aku bersama cikgu Diyana ke sana. Aku menuju ke pintu masuk dewan tersebut dan ambil posisi untuk gambar kenang kenangan. Banyak sangat buku yang amat berguna terutama bagi diriku yang kekurangan ilmu ini. Alhamdulillah, aku telah memilih 1 buku sahaja sebagai bahan bacaan.
Ketika hendak membayar buku tersebut, cik kaunter itu tersenyum-senyum sahaja kepada aku sebagai tanda gembira kerana sudi datang ke karnival itu. Sambutan karnival kurang memuaskan mungkin kerana tiada hebahan yang dilakukan.
Walaupun begitu, aku sangat berpuas hati kerana inisiatif sebegini memberi ruang kepada masyarakat mendapatkan bahan bacaan dengan harga yang murah dan berkualiti tinggi di samping itu dapat menggalakkan masyarakat untuk menghidupkan budaya membaca :)
CoCos
Assalamualaikum. Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala saya sempat menjejakkan kaki saya di Kampung Cocos yang terletak 5km dari Bandar Lahad Datu Sabah.
Di sini, terdapat pelbagai kaum yang hidup secara berasingan mengikut kehidupan secara berkelompok. Perkara yang ingin saya kongsikan bersama ialah kaum Cocos ini asalnya datang dari sebuah pulau berdekatan dengan Australia :)
Di perkampungan ini, kehidupanya tidak ubah seperti perkampungan melayu yang lain. Terdapat juga banyak kemudahan fizikal yang boleh didapati dan jauh lebih senang dari sangkaan saya. Alhamdulillah.
Terdapat juga perpustakaan desa, dewan orang ramai, pusat kesihatan, masjid, sekolah rendah kebangsaan dan sekolah agama serta Tabika Kemas.
Pembangunan yang rancak kini masih lagi dijalankan. Seperti kata guru lama, jalan ke Kg.Cocos teruk kerana masih lagi berbatu-batu yang pecah jalannya. Alhamdulillah ketika saya datang, jalan tersebut sudah pun berturap dengan tar yang bewarna hitam. Seronoknya memandu umpama kereta F1 di atas litar.
Setiap pembangunan yang kita kecapi, bersyukurlah kita dan janganlah kita asyik mengkritik sahaja kerana sesungguhnya terdapat ramai lagi masyarakat yang susah jauh dari pandangan mata kita. Kritikan kita itu jauhkan lagi hubungan antara manusia dan tanggungjawab kita sesama manusia ialah memelihara hubungan yang baik dan tegurlah dengan cara berhemah dalam apa jua perkara. Cubalah kita ya???
Sedikit perkongsian untuk semua klik sini >>>> SABAH FORUM
Sekian...
Cat Tumpahnya Cintaku
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Tidak kusangka bahawa sambutan dari murid tahun 5 ini amat menggalakkan dan ada di antara mereka yang bersungguh-sungguh untuk pelajari teknik mengecat yang betul. Kebetulan pula, pada hariu tersebut, majlis penyeraham bantuan KWAMP dijalankan dalam Bilik Gerakan sekolah.
Ramai ibu bapa penjaga yang melihat anak-anak murid ini mengecat dan membersihkan kawasana sekitar sekolah. Dalam pada itu, papan tanda yang telah siap kering tulisannya diangkat untuk diletakkan di tempat asalnya.
Murid-murid itu berhempas pulas mengerjakan papan tanda itu, dan terdapat murid tahun 6 perempuan bertanya kepada saya "Cikgu, itu sahaja ker papan tanda yang ada? Mana papan tanda yang lain?" Soalan itu membuatkan saya agak rungsing kerana bimbang akan papan tanda yang mereka buat ada pula yang hilang. Saya minta murid itu periksa dibahagian atas sekolah dan dapati bahawa papan tanda yang dibuatnya ada di tepi dinding. Dengan gembira dia bersama rakanya mengangkat papan tanda yang dibuatnya cantik dahulu untuk diletakkan di atas pokok supaya hasil kerja mereka dapat dilihat oleh warga sekolah.
Semangat cintakan sekolah dan menghargai antara satu sama lain amat penting dalam mewujudkan masyarakat yang prihatin dan madani demi mencapai perpaduan dalam satu rumpun masyarakat yang berbeza kaum, agama dan ideologi.
Saya mendoakan agar murid-murid yang lain juga turut dapat suntikan semangat untuk lebih cintakan sekolah dan gembira datang ke sekolah dengan membawa 1harapan 1impian 1kecemerlangan untuk semua warga sekolah. Amin
InsyaAllah perojek kedua tahun 2010 bagi Panitia KHB akan dilaksanakan selepas cuti semester. Bersama kita nantikan :)
Chef Rahmat
Sesuatu masakan yang sedap bukanlah bermula dengan tangan dan bahan yang digunakan, tetapi bermula dengan niat :)
Setiap perkara yang dilaksanakan sememangnya bermula dengan niat. Jika niat kita baik, maka setiap tindakan yang kita laksanakan mendapat kebaikan yang kita tidak sangka. Begitulah ceritanya ketika saya hadir ke rumah Ustaz Rahmat lewat tengah hari untuk menjamah makanan yang beliau sudah sediakan. Alhamdulillah, berkat doa dan zikir sepanjang penyediaan segala bahan masakan tersebut, menjadikannya amat enak dan sedap untuk dimakan.
Perkongsian ini bukanlah untuk menunjukkan cara-cara memasak dengan betul, tetapi lebih kepada muzakkarah terhadap setiap niat yang kita lakukan. Perkara ini dengan panjang lebar saya bincangkan bersama ustaz Rahmat. Syukur, atas keberkatan pertemuan itu, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Manusia sering lupa dan lalai. Hanya dengan ingat-mengingati menjadi intipati kepada sebuah kehidupan yang lebih baik dalam berbicara perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang mungkar. Amin.
Amat sedap masakan ustaz. Boleh mencubanya dirumah beliau sahaja.
Alhamdulillah :)
Peperiksaan Pertama 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kini sudah masuk 31Mei-2010. 2minggu sebelum ini, peperiksaan pertama telah selamat dijalankan di sekolah ku. Anak-anak murid semuanya agak suka dan sedih dengan setiap keputusan yang diperolehi.
Walaubagaimanapun, peperiksaan ini dikatakan awal dari perancangan sebenar. Atas kesungguhan untuk mengadakan Kem Bestari Solat, maka peperiksaan telah diawalkan pada khamis 2 minggu yang lepas dan tamat pada isnin minggu lepas.
Melalui pemerhatian selama 3hari bermula selasa, rabu dan khamis, murid-murid mula tidak belajar dan hanya duduk dalam bilik kelas. Atas inisiatif guru bagi masa tersebut, sedikit perbincangan akan dilaksanakan bersama murid dalam kelas mahupun mengadakan aktiviti di luar kelas samada di pusat sumber untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pendedahan murid kepada situasi pembelajaran luar bilik darjah.
Selepas peperiksaan ini, banyak lagi perkara yang perlu saya perbaiki dalam menaikkan pemikiran murid dan menaikkan graf lulus bagi suatu subjek seiring dengan kehendak sekolah dan KPM bagi memperkasakan lagi Bahasa Inggeris. InsyaAllah saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin.
Semoga, percutian ini dapat memberi ruang kepada anak murid belajar secara berkumpulan dan para guru lebih mendalami ilmu dalam bidang masing-masing. Bergembira sambil berilmu :)
Rabu, 19 Mei 2010
SINOPSIS
(borang sinopsis buku untuk guru: BORANG/LAMPIRAN)
CC Sri Perdana 9.45p.m. (19-Mei-2010)
Sabtu, 15 Mei 2010
Gotong Royong
Ini adalah hasil dari kerja tangan murid yang dapat dikongsikan bersama. Sebagai titik permulaan ke arah projek keceriaan yang lebih besar pada masa akan datang. Murid kini memahami bahawa sumbangan untuk menceriakan sekolah juga terletak di atas tanggung mereka sebagai anak didik sekolah yang belajar di sini. Alhamdulillah.
Cikgu Drahman memantau dan membantu murid ketika murid melaksanakan tugas untuk menulis perkataan di papan tanda menggunakan cat berwarna kuning. Murid juga menyumbang idea untuk mencantikkan lagi papan kenyataan itu dan mencipta perkataan berdasarkan hasil perbincangan sesama mereka sambil dibantu oleh guru untuk kesesuaian ayat yang hendak dihasilkan.
Kebajikan murid bagaimana? Itulah persoalan PK1 iaitu Cikgu Zainuddin kepada saya semalam(jumaat 14Mei). Dengan mengambil inisitif ke atas kebajikan murid, Cikgu Azuar telah memberi idea untuk membeli sedikit makanan dan minuman berupa air mineral dan juga pisang goreng, karipap dan juga kuih muih untuk diberikan kepada murid ketika masa rehat.
Banyak perkara yang telah saya pelajari pada hari ini, sekalipun aktiviti pada hari ini melibatkan bilangan kecil murid dan guru, namun perlaksanaan dan aturan aktiviti berjaya dengan seronoknya.
- Membuat kumpulan murid ketika sesi pengagihan kerja.
- Melantik ketua di awal aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan baik.
- Peralatan bagi penyediaan makanan dan minuman murid di buat dengan lebih teratur.
- Surat kebenaran kepada ibubapa diserahkan lebih awal.
- Pemakaian murid dari segi baju, seluar dan kasut ditekankan untuk aspek keselamatan.
Jumaat, 14 Mei 2010
Latihan Terakhir
SAINS -Protection from Danger Year4-
Khamis, 13 Mei 2010
Kelas-KU 2010
Saya selaku guru kelas 4 Proaktif Sek.Keb.Paris 3
Perkenalkan barisan kumpulan yang akan berdaya saing dalam mencari erti sebuah kehidupan
bermakna sebagai murid di sekolah ini dan mengejar kecemerlangan dalam segenap aspek JERI yang di pegang dalam FPK ...
Perpustakaan & EnglishLanguage
Awak semua hendak ke mana??? Itu pertanyaan saya kepada murid yang berlari bertaburan dari bilik guru. Rupanya mereka semua berkejar ke arah bas yang merupakan Perpustakaan Bergerak. Bersemangat sungguh anak didik sekolah ini yang kehausan ilmu pengetahuan serta menanti sumber luar yang datang untuk membantu murid ini dalam mencari sebuah erti kehidupan yang amat bermakna.
Kelihatan murid sedang beratur dengan baik dan memilih bahan bacaan untuk dikongsi bersama. Sikap bertolak ansur dan berkongsi ilmu ini harus dipupuk dari kecil agar anak kecil ini tidak terlalu mementingkan diri dalam mencapai sebuah kejayaan yang BERHAK untuk dikongsi bersama.
SYABAS dan TAHNIAH kepada murid-murid ini. Moga semangat sebegini dapat dikekalkan hingga ke hari tua. Membaca Jambatan Ilmu
Hai...hari ini saya memulakan PNP English Language dengan pembelajaran HOMOGRAPH. Terdapat banyak kesulitan yang saya alami terutama ketika memberi penerangan penggunaan sesuatu perkataan seperti "plant", "close" dan "present". Pelbagai teknik dan cara dilaksanakan termasuk menggunakan contoh mudah yang terdapat disekeliling murid, namun terdapat 5 murid yang masih gagal menguasainya. Lalu, saya menggunakan beberapa orang murid dalam 3orang untuk mereka menjelaskan akan perkara yang mereka fahami supaya dapat dikongsi dalam kelas menggunakan bahasa dan cara mereka tetapi tidak lari konsep dari objektif PNP yang dilaksanakan. Setelah mereka faham dan kuasainya, saya membawa murid ini ke perpustakaan untuk bermain satu permainan yang sedia ada.
Amat seronok dan gembira murid ini bermain sambil menggunakan kamus dalam mencari erti perkataan yang mereka tidak ketahui maksudnya. Ini adalah permulaan bagi saya dalam menggunakan perpustakaan sebagai tempat belajar berkonsepkan permainan :)
Harap, dapat perbaiki lagi cara dan mutu PNP kerana banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Bagaimanapun saya mengucapkan tahniah dan syukur kepada semua murid yang hadir dalam kelas tambahan Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris seiring dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan lagi bahasa kedua ini sebagai bahasa pengantar.
IluvIslam
Saya mendoakan agar anak didik di sekolah ini petah untuk berbahasa inggeris diperingkat global sekalipun di saat ini mereka masih lagi merangkak dalam mempelajari bahasa asing dalam kehidupan mereka sebagai anak watan di kinabatangan SABAH
Wassalam.
Mengecat dan Latihan Hari Guru
Assalamualaikum...
Akhirnya, murid tahun 6 berjaya juga mengadakan latihan bagi persembahan Sambutan Hari Guru yang bakal berlangsung. Esok(jumaat) akan mulakan latihan untuk pasukan kompang sekolah jika menjadi :)
Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Azuar selaku Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang bersama menjayakan projek ini kini di fasa 50% dari kerja-kerja mengecat di unit BNK berjaya dilaksanakan dengan baik. Penghargaan juga kepada Cikgu Drahman yang banyak menyumbang idea, pendapat serta pengalaman kepada saya selain memantau dan menilai proses gerak kerja yang kini sedang dilaksanakan :)
Tahniah dan syabas kepada semua murid yang terlibat terutama kepada murid tahun 5 iaitu kumpulan Lina dari 5Progresif dan juga Sharmizan dari 5ProAktif. Kumpulan ini telah menunjukkan corak kerja dan pembahagian tugas dengan baik selain dapat melaksanakan proses mengecat dengan cermat dan sangat baik. Alhamdulillah dan syukur atas keprihatinan mereka kepada demonstrasi mengecat dijalankan memberi 1pembelajaran yang amat berkesan seterusnya perlaksanaan secara praktikal. Lepas ni, harap-harap boleh lah pula untuk mengecat 1 sekolah :)
Rabu, 12 Mei 2010
Selasa, 11 Mei 2010
Lagu Untuk Guru
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Untuk pengetahuan umum, latihan nyanyian dan persembahan untuk Hari Guru bagi Sek.Keb.Paris 3 sedang rancak dilaksanakan bermula pada hari ini.
Saya selaku guru kelas 4 ProAktif mengambil inisiatif untuk membentuk kumpulan nyanyian dari kalangan murid kelas saya dan mendapatkan lagu untuk guru dari laman youtube, yang mana lagu asalnya dari indonesia ;) Atas kelemahan ini, saya cuma dapat gunakan lagu yang ringkas itu sebagai titik permulaan kepada persembahan hari guru bagi tahun ini. Jika mampu, saya cuba gubah dan reka lagu sendiri.
Terima kasih kepada semua anak murid saya seramai 10 orang yang berjaya melaksanakan latihan pada hari ini ketika wakti Pendidikan Jasmani (hari hujan, minta kebenaran dari guru PJK untuk adakan latihan bagi 10 orang murid ini). Segalanya berjalan lancar.
Alhamdulillah, berkat kekuatan dan kesungguhan murid tahun 6PG telah juga mengadakan latihan nyanyian dan persembahan untuk hari guru. Dalam pada itu, murid tahun 6PG juga berhasrat untuk menyumbangkan PANTUN seloka ketika hari guru. Penyertaan dari kelas 6PG amat membanggakan kerana kumpulan nyanyian mereka akan menyampaikan 2 buah lagu, Pertama lagu ciptaan sendiri, dan kedua lagu cari Dato` Siti Nurhaliza ;)
Semoga usaha dan semangat ini dapat dikekalkan dan penghargaan kepada semua guru-guru tidak hanya di sekolah tetapi terus menerus ketika di luar sana...
Wassalam...
KHB Minggu ke-3
Alhamdulillah. Sepertimana yang telah dirancangkan pada minggu ini murid-murid akan mula untuk mengecat papan tanda setelah segala bahan dan peralatan diperolehi dari pembekal Sheong Huat dari Lahad Datu. Kerjasama semua pihak amat membanggakan dan kerana itu, projek ini dapat dilaksanakan mengikut jadual yang dirancangkan.
Pada hari ini, murid tahun 4 memulakan untuk mengecat papan tanda bermula dari warna hitam sebagai latar belakang kepada tulisan yang akan di tulis menggunakan warna kuning. Tema ini bersesuaian dengan pemandangan dan tarikan warna bagi setiap tulisan yang hendak dipaparkan.
Adalah diharap dalam minggu ini, dapat diselesaikan semua urusan mengecar latar belakang papan tanda dan kawasan unit bimbingan & kaunseling yang diselia oleh Cikgu Azuar dilaksanakan secara berjadual melainkan jika hari hujan.
Kelihatan murid-murid tahun 4 amat teruja untuk memulakan aktiviti mengecat secara berkumpulan. Terdapat juga murid yang membawa berus cat sendiri dari rumah. Tahniah dan syabas kepada semua murid tahun 4 yang terlibat. Bagi yang tidak sempat mengecat, anda boleh datang pada lain masa dan mencuba untuk belajar mengecat.
Kelemahan yang dapat saya katakan dalam aktiviti ini ialah
- Pembentukan kumpulan yang tidak mengikut jadual ketetapan kerana kurang murid yang hadir
- Penyediaan bekas cat kecil untuk murid supaya dapat diagihkan kepada setiap kumpulan. Akibatnya, murid menggunakan bekas berupa bekas minuman mineral yang dipotong(kreatif).
- Pengurusan masa yang tidak teratur menyebabkan murid tunggu terlalu lama untuk mengecat.
- Pakaian murid yang tidak sesuai kerana terdapat murid yang memakai pakaian seragam sekolah. Menjejaskan kebersihan pakaian murid.
Perkara yang perlu diperbaiki
- Menyediakan apron kepada murid ketika aktiviti mengecat di lain masa.
- Menyediakan sarung kepada murid supaya lebih cermat dan bersih ketika mengecat.
- Membentuk kumpulan yang teratur dan memberi merit kepada murid yang tidak melibatkan diri atau tugasan lain yang boleh menyumbang kepada kreativiti dan memupuk sifat kerjasama murid.
- Menguruskan masa dengan lebih baik dalam aktiviti luar supaya tidak mengganggu penumpuan murid dalam perkara yang lain seperti belajar.
Amin
Ahad, 9 Mei 2010
Hari Guru 2010
Terdetik dihati saya untuk mengimbas kembali setiap langkah saya ke sekolah bermula dari Tabika Kemas yang mana ibu saya Latipah bt Md Nor menjadi Guru Tabika kepada saya. Seterusnya melangkah kaki ke sekolah rendah mengenali satu alam yang baru untuk menerokai setiap sudut di sekolah yang agak besar pada ketika itu. Seterusnya di sekolah agama menenagh di bawah Kerajaan Negeri Selangor sehingga tamat SPM. Banyak perkara yang talh dipelajari. Cuma sebahagian kecil sahaja guru yang dapat saya ingati nama dan perwatakan mereka yang banyak memberi kesan dan manfaat kepada diri saya secara amnya dalam manfsir sebuah kehidupan yang penuh lakonan. Tidak lupa juga kepada barisan pensyarah saya yang berada di UPM dan juga tenaga pensyarah di IPGM-Kampus Pendidikan Teknik Cheras KL (2009).
Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setiap jasamu tidak akan kulupai wahai semua para pendidik. Selamat Hari Guru juga kepada semua guru-guru di seluruh dunia.
iLuvIslam
Adakah kita pernah mendoakan untuk mereka selaku pendidik yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kita selaku tugas mereka sebagai insan yang dipertanggungjawabkan menyebarkan ilmu. Ketahuilah, jika kita mahu murid berterimakasih dan menghargai kita, kita juga selaku guru harus berterimakasih kepada SEMUA guru, dan mereka yang membimbing kita hingga ke puncak kejayaan sebuah kehidupan hingga bergelar guru. Saya menulis ini atas inipati untuk mengingatkan kepada diri saya sendiri yang sering lupa dan lalai dalam mendoakan serta menghargai guru yang lama.
Saya mendoakan semua Hari Guru yang bakal diadakan dan disambut dengan penuh keberkatan dan membawa kepada kesatuan hati dalam mewujudkan sebuah pasukan pendidik berprestasi tinggi seiring dengan kehendak FPK yang dipegang dalam Pendidikan Negara kita.
Sekian.
*Sambutan Majlis Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-39 diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Pahang.
Sambutan Perayaan Hari Guru 2010
Tarikh: 16 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Universiti Malaysia Pahang
Tema: Guru Pembina Negara Bangsa
Aturcara Majlis Pelancaran:
8.00 pagi | - | Ketibaan jemputan |
9.25 pagi | - | Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang |
9.30 pagi | - | Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri |
| - | Doa |
| - | Ucapan alu-aluan oleh Y. Bhg. KPPM |
| - | Ucapan Perasmian Perayaan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri |
| - | Upacara menaikkan bendera |
| - | Ikrar Guru |
| - | Persembahan |
| - | Penyampaian Anugerah |
11.30 pagi | - | Jamuan |
| - | Bersurai |
Anugerah
- Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
- Anugerah Kepimpinan Pendidikan Menteri Pelajaran
- Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas
- Anugerah Guru Cemerlang Kurang Upaya
- Anugerah Guru Inovatif
Sabtu, 8 Mei 2010
Selamat Hari Ibu
Assalamualikum.
Saya mendoakan semoga ibu-ibu seluruh di dunia ini berbahagia dan bergembira bersama anak-anak tersayang. Terdetik di hati jauh dari keluarga yang berada di kampung halaman Dengkil, Sepang Selangor terutama ibu saya Hajah Latipah binti Md Nor.
Kini, anakanda telah pun bertugas sebagai seorang guru di Paris 3 Kinabatangan. Sungguhpun begitu, tidak menghalang hubungan kekeluargaan antara anakanda dan bonda beserta kekanda ku yang lain bersama ayahanda.
Kenangan manis bersama bonda sangat dirindui untuk makan bersama, bercerita dan berkongsi serta bermuzakarah dalam menyemak amalan kehidupan anakanda yang banyak kurangnya. Nasihat serta ingatan dari bonda, anakanda tidak pernah lupa.
Pesanan ku kepada semua, hargailah ibu,mak,mama,ummi,insan yang melahirkan kita, menjaga kita dengan baik, beri makan dan minum serta kesempurnaan dalam sebuah kehidupan yang sekali sahaja di dunia. Berilah satu penghargaan dan janganlah kita abaikan ibu kita mahupun kita sakiti hatinya, kerana syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.
Salam sayang cinta kepada semua kerabatku di Dengkil dan keluarga di Johor Bahru beserta Isteri ku yang setia, manis dan sabar penantian kepulanganku Elly Sofiana J Semoga kita semua berjaya di hari esok. AMin ya Allah.
Sekian.