SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 20 April 2011

ISU SAINS DAN TEKNOLOGI

BAHASA ITU INDAH: ISU SAINS DAN TEKNOLOGI : Hargai budaya inovasi tempatan

Kemahiran Hidup Tahun 6

Alhamdulillah...ujian KH untuk murid tahun 6 telah selamat dijalankan pada hari selasa dan rabu (19&20 April-2011)...namun ramai lagi yang gagal dalam topik 2 dan 3.

Perkara ini amat mendukacitakan. Walaupun subjek KH tidak dikira sebagai subjek dalam UPSR, namun murid mendapat pelbagai manfaat dan faedah yang besar daripada mempelajari subjek ini. Setakat ini, saya masih lagi berhutang dengan murid untuk mengadakan projek dan pelbagai aktiviti KH yang melibatkan murid tahun 6.

Semoga dengan masa yang ada sehingga buln Jun ini, dapatlah murid ini melaksanakan aktiviti dengan menggunakan peruntukan kewangan panitia yang ada. InsyaAllah.....




YahoOOOOoo

Intel® Education Initiative, Malaysia: Intel® Teach Program

Intel® Education Initiative, Malaysia: Intel® Teach Program

ARTIKEL SAINS (Siri-1)

Contoh artikel sains yang telah diletakkan dalam Pusat Sumber sekolah yang diusahakan oleh para pelajar kelas 6 Progresif menggunakan bahan bacaan (buku) dari Pusat Sumber.

Kepada kelas yang lain, teruskan usaha. InsyaAllah boleh menjadi lebih baik.

Minggu sains telah dirancang dan kini dalam perjalanan sehingga ke minggu hadapan. Semoga semuanya berjalan lancar dan mendapat sambutan dari semua guru dan murid-murid. InsyaAllah. Terima kasih kepada semua guru sains khususnya dan semua pihak yang terlibat.


;)

Hari Bumi

Hari bumi??? Itulah perkara yang akan tiba tidak lama lagi bertarikh 22-April setiap tahun.

Kempen banyak dirancang dan dilaksanakan bagi semua pihak.

Namun saya masih tiada lagi perancangan nak lakukan apa-apa lagi melainkan hanya membuat kerja biasa/rutin hidup normal.

Sila rujuk laman ini untuk ketahui maklumat lanjut.

InsyaAllah perancangan aktiviti sambutan Hari Bumi akan dibuat untuk Kelab Pencinta Alam Sek.Keb.Paris 3 Kinabatangan. Semoga berjaya dan selamat menyambut hari bumi kepada semua.

website berkaitan
1)Wikipedia

2)Utusan -Hari Bumi

3)Kempen2011

4)BeritaHarian-Hari Bumi


Takraw PPD Kinabatangan 2011




PEKA Gerhana Bulan 1

Salam.

Semalam kelas 6Progresif telah selamat melaksanakan PEKA bagi tajuk Kejadian Gerhana Bulan.

Ini adalah antara kajian tindakan yang dalam perancangan dan perlaksanaan untuk pnp saya. Setakat ini, saya masih lagi baru dalam bidang kajian tindakan dan banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Di sini, saya cuma memasukkan beberapa keping gambar untuk perkongsian bersama.

Terdapat lagi banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.













Adalah dengan eksperimen ini dapat meningkatkan lagi kefahaman murid tentang fenomena Gerhana Bulan yang telah dipelajari.

Sekian



Program Kaunseling

Bermula 19 April hingga 21 April 2011 bertempat di Sek.Keb.Paris 3, Unit Bimbingan dan Kaunseling dibawah seliaan Cikgu Nik Helmi Azuar telah merancang dan mengadakan Program Maju Diri.

Di sini, suka untuk dikongsikan beberapa perkara apakah itu PMD? dan beberapa gambar yang sempat diambil pada hari pertama (Selasa 19April2011) semalam.

Klik dibawah lagi oK???




Program ini bertujuan merapatkan dan mengeratkan hubungan di antara murid sesama murid dan guru-guru. Ia juga sebagai wadah agar murid-murid kembali bersemangat untuk belajar
Selain itu, modul-modul yang bakal dijalankan mempunyai objektifnya tersendiri dan amat bersesuaian untuk diaplikasikan terhadap murid-murid.


1.0 OBJEKTIF

1.1 Mengukuhkan ukhuwah sesama rakan sekelas.
1.2 Meningkatkan persefahaman dalam pergaulan.
1.3 Mengukuhkan komunikasi berkesan di antara rakan sebaya dan guru.
1.4 Mengetahui jatidiri murid-murid.
1.5 Mengenalpasti matlamat yang ingin diperolehi dan cara untuk mendapatkannya.







JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT En. Norazam bin Ahmad
(Guru Besar)

PENGERUSI
En. Emran bin Sumanggil @ Anggir
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI
En. Zainuddin bin Ahmad
(Penolong Kanan Pentadbiran)

(Pemangku Penolong Kanan Kokurikulum)

En. Hilman bin Talib
(Penyelia Petang)

PENYELARAS En. Nik Helmi Azuar bin Mat Ferait

JAWATANKUASA PELAKSANA
SETIAUSAHA En. Nik Helmi Azuar bin Mat Ferait

PEN.PENYELARAS
En. Rahmat bin Ahmad
Pn. Flora L Mogunin
Pn. Saedah binti Mohd Yusoff

JAWATANKUASA KERJA
En. Zul Hiamy bin Che Yunus (PA Sistem)
En. Mustakim bin Kamarudin (Penyelaras Thn 6)
Pn. Mohd Niezam bin Sarinin (Penyelaras Thn 5)
Cik Maznie binti Sanin (Penyelaras Thn 4)
Cik Yong Fui Lei (AJK B&K)
Cik Salmah binti Rasid (AJK B&K)
En. Omar bin Akup (AJK B&K)
Semua Guru Tahun 4, 5 & 6



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU YANG TERLIBAT.
LAPORAN AKAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU NIK HELMI AZUAR.

(saya hanya beri pandangan dan berkongsi pengalaman yang saya lihat, dengar dan buat)

Wassalam....
MMK 6.52am 20April2011 (Bilik Gerakan)

Klik pautan ini untuk maklumat tambahan PMD
1. http://samhisamuddin.wordpress.com/2009/01/30/program-maju-diri/

2. http://ubkskdn.blogspot.com/2009/04/program-maju-diri-pmd-dan-program-mesra.html

3. http://sks2bk.blogspot.com/2010/01/program-maju-diri

Selasa, 19 April 2011

Program Maju Diri

Program Maju Diri

Anjuran Unit Bimbingan dan kaunseling

selamat berkongsi......







Isnin, 18 April 2011

Sains Ujian 1

Kumpulan Sinar Gemilang
untuk ujian pertama subjek SAINS

Soalan topik sains tahun 4

Rujukan dari UNIk dan soalan UPSR Tahun lepas....

sekian

5orang gagal daripada 25...kena baiki lagi nih...banyak kena "


repair"

LDP April SKP3

Se


dikit sorotan yang boleh di lihat bersama...

cerita nya nanti lah baru ditulis ;)

Futsal -ke3

Sedikit perkongsian dengan kawan-kawan....

aktiviti kokum dalam permainan futsal pada sabtu lepas (16-April-2011)

Bola pulak hilang...isk....




Derma Darah ke-2

Salam
Kali kedua(31-Mac-2011)


aku mendengar darah di Hospital Lahad Datu...

Dapat juga percuma roti dan juga minuman air oren (2kotak)

best!

Bulan depan harap2 boleh menderma lagi

Jumaat, 15 April 2011

TEKNIK ULASAN (sinopsis) -1

Salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan para pembaca budiman. Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit bahan bacaan yang telah diulas secara ringkas dan padat khusus berkenaan TEKNIK / KAEDAH / CARA / PEDOMAN menulis bahan ilmiah... Suka untuk saya nyatakan bahawa buku ini hanya dipinjam dari perpustakaan lahad datu..belum sempat untuk mencarinya di pasaran maka buku ini telah dipulangkan dan rakan-rakan lain boleh lah pergi ke sana (perpustakaan lahad datu) untuk meminjamnya bagi yang tinggal di Lahad Datu, Sabah. Manakala yang jauh contohnya di Indonesi, Jepun dan London..boleh lah memesan dengan pembelian secara online...tak rugi membelinya jua....

selamat membaca dengan klik di bawah lagi TAU ;)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





SINOPSIS BAHAN BACAAN ILMIAH (Latihan Dalam Perkhidmatan)
Nama Pengulas : Mohd Mustakim bin Kamarudin
Tajuk : Latihan Dalam Perkhidmatan (Pembacaan Bahan Ilmiah)
Tarikh : 15-April-2011
Masa diambil : 1 minggu (1 April - 08hb April 2011)
Tajuk Buku : Menulis Ulasan Buku Untuk Akhbar Majalah Dan Jurnal Ilmiah
Keluaran : Pustaka Yamien Sdn.Bhd. (2009)
Penulis : Roosfa Hashim
Bilangan m/s : 133 (termasuk indeks)
No. Siri ISBN : 978-967-5024-84-9
Harga : RM 20.70
Sumber : Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu

(borang sinopsis buku untuk guru: BORANG/LAMPIRAN)

SINOPSIS

Kaedah untuk menulis ulasan ataupun sinopsis bagi suatu bahan bacaan tidak diketahui secara umum dan tiada pula cara yang tetap yang menunjukkan standard bagi suatu penulisan ilmiah tersebut. Melalui buku yang ditulis oleh Roosfa Hashim ini diterangkan beberapa perkara dan garis panduan yang dapat kita gunakan untuk menulis dengan teratur dan baik langkah demi langkah. Setelah beliau berkecimpung dalam menulis ulasan buku selama 20 tahun yang lalu banyak memberi panduan dan penambah baik dalam kaedah-kaedah penulisan yang berkualiti. Untuk itu, buku yang ditulis oleh beliau ini kita dapat gunakan dengan sebaik mungkin sebagai rujukan ketika membuat sinopsis dan menulis ulasan bagi sesuatu bahan bacaan. Terdapat 10 bab utama dalam buku ini dan perkara yang ingin ditekankan di sini ialah beberapa aspek yang perlu diambil berat dalam menulis ulasan buku dan kaedah menulis bahan bacaan ilmiah secara khusus. Dalam buku ini juga diterangkan cara untuk mengulas bahan yang berunsurkan buku (1)Kanak-kanak dan remaja, (2)Karya kreatif dan fiksyen, (3)Sejarah dan bukan fiksyen, (4)Biografi dan memoir, (5)Karya terjemahan, (6)Ucapan dan syarahan, (7)Untuk jurnal ilmiah, (8)Mengenang pemergian penulis dan karyanya, dan (9)Ulasan yang mengundang perbahasan. Dengan beberapa jenis bahan yang hendak di tulis, menunjukkan bahawa buku ini mempunyai daya kreatif dan pengukuhan dari segi kajian dan kefahaman untuk mengulas sesuatu bahan bacaan mengikut pengamatan dan pengalaman penulis.

Dengan penulisan sinopsis atau lebih tepat jurnal bahan ilmiah dapat mempertingkatkan dan menyuburkan korpus ilmu pengetahuan khususnya kepada para pendidik dalam mencapai manfaat yang boleh dikecapi oleh semua pihak dan meningkatkan industry perbukuan Negara. Rantaian ilmu yang dinyatakan dalam buku ini ialah proses membaca, menelaah dan murujuk. Justeru itu, adalah diharapkan agar pengulas dapat membawa jurnal dan ulasan yang baik terhadap buku atau bahan yang baik manfaatnya sahaja berbanding daripada isu kontroversi. 



Beberapa ciri ringkas yang dapat diambil perhatian ialah 


(1) meringkaskan ulasan dan memadatkan kandungan sebuah buku, 


(2)membuat penilaian kritikal terhadap kandungan buku, dan 


(3)dapat mencadangkan kepada pembaca manfaat yang boleh diperolehi. 


Dalam pada itu teknik untuk memilih buku termasuklah perhatikan kepada judul buku dan bidangnya, prakata atau pengenalan dan juga senarai kandungan yang memberi gambaran kepada buah fikiran pengarangnya. Ini adalah kerana kadangkala kita sering tidak beri perhatian terhadap perkara-perkara yang disebutkan tadi walhal adalah amat penting dalam memberi gambaran sebenar tentang kebolehan dan keupayaan seorang pengarang buku tersebut.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sedikit pedoman yang disenaraikan sebagai panduan kepada kita untuk menulis ulasan buku adalah seperti lampiran yang disertakan dalam penulisan ini (rujuk lampiran A).


Perkara ini penting dalam menentukan samada seorang pengulas dapat memerhatikan perkara yang utama hendak disampaikan secara menyeluruh ataupun ringkas. 



Tambahan dalam pedoman yang dapat dikongsikan bersama ialah 


(1)Ulasan atau synopsis bahan ilmiah memancarkan pandangan pengulasnya


(2)Boleh ditulis sesingkat 50-100 perkataan atau boleh pula panjang hingga mencecah 1500 perkataan bergantung kepada tujuan ulasan itu dibuat. 


Dalam buku ini dinyatakan dengan jelas panduan kepada bakal penulis untuk mengulas buku untuk jurnal ilmiah. Ini juga memudahkan kepada kita dalam menyediakan satu sinopsis yang padat ringkas dan berkesan bagi tujuan menyahut program membaca dan menulis sebagai bahan program latihan dalam perkhidmatan. Sila rujuk lampiran B yang disediakan.

Maka, dengan pelbagai dan corak yang ditunjukkan dalam buku ini memberi kita sedikit keterbukaan minda dalam menulis bahan ilmiah dengan lebih mudah. Dengan itu tindakan aktif boleh diambil dalam kalangan kita untuk teruskan budaya membaca dan membentuk satu fenomena yang baru dalam sebuah kehidupan yang lebih sihat juga bleh dijadikan sebagai satu hobi.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Lampiran (A)


Teknik menulis ulasan buku (am)


1) Ulas buku yang telah dibaca dan difahami kandungannya.
2) Mulakan dengan menyertakan judul buku, nama pengarang, penerbit, tahun terbit jumlah halaman, harga, ISBN dan sebagainya.
3) Mulakan dengan pembuka ayat yang menarik.
4) Berterus terang dengan pandangan dan pendapat anda berkenaan buku tersebut.
5) Tulislah maklumat tentang pengarang dan hubungannya dengan buku itu serta gunakan kelulusan dan pengalaman pengarang.
6) Fikirkan siapa yang akan membaca ulasan anda.
7) Buatkan garis kasar kandungan buku itu.
8) Pilih tema yang terbaik untuk diulas.
9) Petiklah atau rujuk bahagian tertentu buku tersebut bagi mengukuhkan ulasan anda.
10) Beri penilaian dan komentar yang kritis tentang buku itu.
11) Bandingkan buku itu dengan buku lain oleh pengarang yang sama atau tulisan dan buku terkini oleh pengarang lain.
12) Kaitkan karya tersebut dengan keperluan semasa masyarakat.
13) Bincangkan kedudukan buku itu dalam trend atau perkembangan yang sedang berlaku dalam masyarakat.
14) Kesimpulan anda patut meringkaskan atau mungkin memasukkan penilaian anda tentang buku itu.
15) Merenung kembali buku itu sebelum mula menulis bagi mendapatkan perspektif yang baik.
16) Sunting dan rombak ulasan itu sebelum diterbitkan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Lampiran (B)


Teknik menulis ulasan buku (untuk Jurnal Ilmiah)


1) Mulakan ulasan anda dengan menyatakan judul buku, nama pengarang, penerbit, imprint (tahun terbit), No. ISBN, harga dan maklumat lain yang perlu contohnya , Melvyn P.Leffler, The Specter of Communism: The United States and the Origins of the Cold War, 1917-1953. New York: Hill and Wang, 1994. 147pp.
2) Ringkaskan kandungan utama atau sumbangan penting atau apa yang baru tentang isi buku itu. Tulislah kelebihan dan kebaharuan buku yang baru itu dalam konteks ilmunya.
3) Bincangkan kekuatan dan kelemahan buku, nyatakan saja dengan berani dan terus terang jika anda dapati pengarang menggunakan pendekatan lama dalam kajian dan tulisannya. Sebaliknya, jika pengarang kelihatan inovatif dan menampilkan perubahan dan pembaikan, bincangkanlah perkara tersebut dengan jelas.
4) Bincangkan juga kewibawaan pengarang dalam tulisannya.
5) Semak sumber rujukan yang digunakan oleh pengarang.
6) Adun dan sulam komen anda bagi mengelakkan daripada membuat ringkasan atau penilaian bab demi bab yang membosankan kerana menampakkan sebagai amalan amatur dan mentah serta membazir ruang.
7) Tunjukkan sikap anda yang sopan dan professional. Mengkritik secara professional dan membina. Komuniti dalam mana-mana bidang kesarjanaan adalah kecil, janganlah bakar jambatan sesiapa.
8) Ulasan buku anda janganlah hingga melebihi 3 atau 4 halaman, langkau dua baris, 12 point.
9) Berikan ukuran mutu buku – baik, sederhana, buruk dan sebagainya.
10) Nyatakan samada buku itu menghiburkan, menginsafkan, sarat dengan maklumat dan sebagainya.
11) Ulaslah denga adil dan elakkan serangan peribadi.
12) Jurnal ilmiah menerbitkan sebuah ulasan dan ringkasan buku yang berbentuk kritikal. Langkah penting yang perlu diambil ialah (a)Pengenalan, (b)Bahagian Utama-Perbincangan dan Ringkasan, dan (c)Analisis Kritikal.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bacaan Tambahan (RUJUKAN KPM) : http://www.moe.gov.my/bpsm/index.php?option=com_content&view=article&id=64&Itemid=74

Garis Panduan Baca Buku

RUJUKAN TAMBAHAN (KLIK UNTUK MUAT TURUN)

Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Bagi Menggantikan Hari Berkursus Di KPM Bagi Tahun 2011

Dikemaskini kembali pada 6.45p.m. 6-APRIL-2012 (Jumaat)

HEADCOUNT (siri-1)

Untuk tahap 2 bagi murid tahun 6.

Itu lah permulaan headcount yang dimaklumkan supaya guru tahun 6 dapat bertindak aktif dalam melaksanakan sistem headcount yang mula diperkenalkan pada tahun ini dengan lebih baik (tahun lepas 2010 tiada makluman rasmi).

Saya kurang arif tentang headcount ini, namun di S.K.Paris 3 Kinabatangan telah mempunyai ramai guru senior yang bakal menjadi tunjuk ajar (mentor) kepada guru baru seperti saya khususnya. Banyak perkara yang perlu cepat diterokai di sekolah samada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum juga untuk pembangunan diri sebagai warga pendidik.

klik sini untuk maklumat tambahan >>TESIS<< >>MYPENDIDIK<< dan >>PERSEPSIGURU<< sambung kcerita di bawah....

(KLIK SKROLL KE BAWAH SEKALI UNTUK MUAT TURUN DOKUMEN HEADCOUNT)

Pada 11-April-2011 (Isnin) bertempat di Bilik Gerakan sekolah, pertemuan untuk program UPSR 2011 telah dibentangkan dengan serius. Ini adalah hasil daripada pertemuan Pn.Flora dan Cikgu Azuar di PPDKinabatangan yang membincangkan target 40A UPSR.

Untuk itu, semua pihak (guru tahun 6) dikehendaki untuk menyampaikan laporan tentang prestasi murid tahun 6 (secara bulanan dan topikal) bagi mengenal pasti kelemahan dan juga pengukuhan yang bleh dilaksanakan untuk menuju ke misi 5A UPSR. Saya juga berfikir langkah ini amat hebat dan dihebatkan lagi dengan check solat bagi murid-murid yang beragam ISLAM. Impak solat dlam kehidupan manusia amat besar. Sila rujuk kepada para ustaz dan ustazah di sekolah (anda masing-masing)

Unit Pengurusan Akademik menyasarkan 2 program
(1)Kelas ELIT Siri 1 (30 Mei - 30 Jun)
(2)Kelas ELIT Siri 2 (21 Ogos - 26 Ogos)
Tempat : SMK Bukit Garam 2
Penyertaan : 10 orang Jurulatih Utama, 10 orang Fasilitator, 6 Orang PPD dan Urusetia dan 40 Orang murid sasaran 5A UPSR.

Antara kaedah yang digunakan untuk menilai murid ialah
1)Bulanan (soalam di sediakan oleh JU (JuruLatih Utama)
2)Mingguan (soalan disediakan oleh pihak sekolah PBS)
3)Program Elit (1 dan 2 disediakan ketika siri 1 & 2)
4)Peperiksaan Percubaan (disediakan oleh PPD Kinabatangan)




Semua penilaian adalah berfokus kepada murid yang mana diterangkan oleh GB (En.Norazam Ahmad) murid boleh diulang-ulang ujian(test) suppaya dapat menguasai suatu TOPIK dan guru perlu buat refleksi serta cara untuk atasi dalam pelbagai cara sehingga murid itu berjaya kuasai topik tersebut.

Untuk itu, taklimat HEADCOUNT telah diberikan secara ringkas bermula jam 2.20pm dari Puan Flora yang mana
1)Guru Matapelajaran perlu masukkan TOV berdasarkan (PIPA(1+2) + EXCEL )/ 3
2)Guru Matapelajaran perlu masukkan ETR
3)Panitia menentukan peratus (%) bagi GRED Matapelajaran
4)Pn.Robiah maklumkan bahawa setiap GURU KELAS perlu sediakan GRAF PRESTASI DIRI MURID dan DILAKAR OLEH MURID.

Bengkel HEADCOUNT akan diadakan lebih padat pada 16-April-2011 (Sabtu) di SK Paris 3 khusus untuk semua guru TAHAP 1 dan 2.

Sekian....

ada sebarang komen beritahulah ya???

sila klik sini untuk muat turun dokumen >>> HEADCOUNT <<<< MMK 7.05pagi (dalam bilik gerakan)

Khamis, 14 April 2011

Kajian Tindakan (SIRI 1)

Kajian Tindakan merupakan satu tapak untuk guru (khususnya dalam penulisan ini) bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan juga kepakaran dalam sesuatu kajian yang telah dijalankan. Ini berikutan untuk ke arah peningkatan mutu PNP yang lebih positif dan berkesan, satu kajian yang dijalankan dapat memurnikan satu cara corak PNP dan juga memberi kesan yang lebih baik khususnya kepada MURID dan guru. (panjang pula intro ni) klik je la kat bawah untuk donwload fail-fail yang berkaitan.... Pada hari rabu (13-April-2011) mula jam 12.00pm hingga 1.30pm Cikgu Yong telah sampaikan satu bengkel dalam Bilik Gerakan S.K.Paris 3 Kinabatangan yang bertajuk KAJIAN TINDAKAN. klik seterusnya untuk perkembangan cerita....

Isu Kajian Tindakan telah lama dianjurkan dan dilaksanakan diperingkat KPM namun perlaksanaan secara menyeluruh masih lagi dalam perancangan setiap negeri, daerah dan sekolah-sekolah.

Alhamdulillah syukur sangat kepada Allah Taala kerana semalam (rabu) cikgu Yong yang pergi ke bengkel kajian tindakan selama 1 hari anjuran PPD Kinabatangan (2 minggu lalu)selamat di kongsi bersama di kalangan guru-guru dalam tempoh 2jam.

Sedikit penerangan dan perbincangan telah dilaksanakan dengan rancak.

Banyak perkara berbangkit dan perkara baru yang diketengahkan. Rasional dari perlaksanaan KJ ini telah diterangkan oleh GB dan pihak pentadbir (sekolah) akan mewujudkan 3 kumpulan bagi menggalakkan para guru untuk melaksanakan KJ yang berkaitan dengan 3 tajuk/isu iaitu pendidikan, hal ehwal murid dan kokurikulum.


MMMmMMm.....saya masih lagi membaca buku (teori/kaedah/metodologi/corak) tentang kajian tindakan ini.Namun masih belum dapat di mengertikan lagi. Walaubagaimanapun, manakan datang segunung emas jika tidak bermula dengan langkah pertama (mencedok emas di lombong) itulah pepatah yang sering saya gunakan untuk diri sendiri.

Kepada kawan-kawan yang lain...di sini sempat juga saya memasukkan sedikit dokumen yang boleh di muat turun (DOWNLOAD) hasil/bahan dari cikgu Yong (diperolehi dari PPD Kinabatangan)

klik sini >>>> KAJIAN TINDAKAN <<<<<< tiada gambar kerana semalam kamera saya dalam kereta...huhu...tak seronoknya SEKIAN (MMK mau pulang rumah makan tengahri dengan wife ;) 2.35petang @ bilik gerakan yang ada internet laju baru pasang minggu lepas ;)

LDP Sinopsis BUKU

Assalamualaikum.... Disini saya lampirkan borang LAMPIRAN C yang saya perolehi dari http://www.skpadangjawa.net/?p=716 tetapi sudah di edit..sila klik BACA LAGI untuk link download dokumen tersebut.... Boleh klik di sini untuk muat turun borang( LAMPIRAN C ) Adalah diharap melalui pembacaan buku ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan kita semua....

Jumaat, 8 April 2011

Pendidikan Berkesan (Sinopsis BUKU)

Pembacaan bahan ilmiah kini merupakan satu lagi platform untuk para pendidik untuk meningkatkan tahap profesinalisme dalam bidang perguruan. Untuk itu, guru akan melaksanakan sedikit sinopsis bagi satu-satu bahan bacaan yang dibaca sebagai LDP dan juga rujukan, panduan perkongsian bersama.

Pendidikan berkesan yang diketengahkan dalam post kali ini ialah satu sinopsis yang ringkas dan padat tetapi tidak secara menyeluruh untuk saya berkongsi dengan semua. Adalah diharap mendapat teguran sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan yang boleh saya perbaiki.

Syukur Alhamdulillah di panjatkan kepada Allah Taala dengan peluang masa dan ruang yang ada dapat kita kongsi bersama sedikit sinopsis buku yang dikarang oleh Abdul Salam Yussof dari Universiti Malaya. Intipati yang terdapat dalam buku ini boleh digunakan oleh semua peringkat samada dalam sekolah, masyarakat, keluarga mahu pun sebuah organisasi yang lebih menumpukan corak pendidikan cara Islam.

KLIK SINI UNTUK SINOPSIS BUKU EDISI MOTIVASI (TERKINI 2012)



SINOPSIS BAHAN BACAAN ILMIAH (Latihan Dalam Perkhidmatan)
Nama : Mohd Mustakim bin Kamarudin
Tajuk : Latihan Dalam Perkhidmatan (Pembacaan Bahan Ilmiah)
Tarikh : 05-April-2011
Masa diambil : 3 minggu (15 Mac - 05hb April 2011)
Tajuk Buku : Imam Al-Ghazali PENDIDIKAN BERKESAN
Keluaran : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Penulis : Abdul Salam Yussof
Bilangan m/s : 160 (termasuk bibliografi)
No. Siri ISBN : 967-61-1388-3
Harga : RM 15.00
Sumber : Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu


(borang sinopsis buku untuk guru: BORANG/LAMPIRAN)


Imam Al-Ghazali yang dikatakan dalam buku ini merupakan tokoh ahli fikir Islam yang terkenal bukan sahaja dalam umat Islam malah seluruh manusia sepanjang zaman bermula dari zaman Al-Ghazali di angkat sebagai ulama sehinggalah ke saat ini. Ditulis dengan terperinci akan biodata dan sejarah silam serta keluarga tokoh ini. Perkara utama yang hendak dikongsikan di sini ialah sumbangan Imam Al-Ghazali kepada umum dalam pendidikan berkesan bermula dari waktu kecil hingga dewasa.
Antara bahan rujukan yang digunakan dalam penulisan buku ini ialah Kitab Ihya Ulum Al-Din yang dikarang oleh Imam Al-Ghazali. Dihuraikan dengan panjang lebar untuk pelbagai bidang. Antara yang dapat kita beri perhatian ialah bahagian utama kitab tersebut yang telah dibahagikan antaranya ialah ibadah, muamalat dan perkara-perkara yang dapat merosakkan kehidupan manusia
(keajaiban hati).




Seterusnya diterangkan di sini kejayaan yang diperolehi oleh Imam Al-Ghazali sebagai ulama utama dalam sejarah pemikiran Islam. Ini adalah kerana sumbangan besar yang diberikan telah mewujudkan kesepaduan dan penjelasan had-had antara Islam dan kufur, had-had kebebasan pentafsiran yang boleh dibolehkan dan batas-batas yang dilanggar adalah bermakna kufur. Dalam pada itu, beliau mengkritik corak kurikulum yang sedang merosot dengan beberapa kelemahan yang dikenal pasti iaitu memisahkan sains keduniaan daripada sains Islam dan beberapa perkara-perkara yang tiada tempat dalam syariat dimasukkan dalam kurikulum dan menjadikan seolah-olah ia adalah sebahagian daripada syariat.

Dalam bahagian kedua buku ini menjelaskan akan sumber, tujuan dan klasifikasi ilmu. Dijelaskan di sini bahawa Al-Ghazali menggambarkan kedudukan ilmu mesti berasaskan keimanan atau keyakinan yang kukuh. Ini adalah kerana segala sumber ilmu itu datang daripada Allah Taala yang diterima oleh hati dan akal untuk ditafsirkan dan berfikir. Manakala sumber ilmu itu di bahagikan kepada ilmu syariah dan ilmu bukan syariah. Sumber ilmu yang tertinggi ialah wahyu yang berasal daripada Allah. Manakala ilmu bukan wahyu (ilmu aqliah) begitu banyak batasan dan sistem nilai yang mana ada sebahagian ilmu yang tidak terjangkau dalam fikiran kita selaku manusia biasa.

Al-Ghazali dengan karya-karya yang ditulis menyatakan tujuan ilmu itu melahirkan insan sempurna untuk mendekatkan diri kepada Allah dan melahirkan insan sempurna untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Antara penulisan Al-Ghazali yang menyatakan bahawa:
Kau telah maklum bahawa natijah dari ilmu ialah mendekatkan diri kepada Pencipta Alam dan menaikkan taraf sama dengan para malaikat serta berada di tengah-tengah arwah yang utama. Hal ini adalah di akhirat nanti sedangkan di dunia pula ia menjadi mulia, memiliki kebesaran, mempunyai pengaruh pemerintahan kepada pemimpin Negara dan biasanya amat dihormati (m/s 55).

Manakala objektif utama penulisan kitab Al-Ghazali ialah menggalakkan umat Islam mempraktikkan ilmu, membersihkan amalan daripada kotoran dan melakukan dengan ikhlas. Beliau juga menganjurkan kepada murid-muridnya menjadi orang yn cerdas, mahir berfikir, mengadakan penelitian yang mendalam, menggunakan akal fikiran dengan baik dan ptimum bagi menguasai ilmu. Dalam penulisan Al-Ghazali yang lain ialah “Tujuan murid mempelajari segala ilmu pada masa kini adalah untuk kesempurnaan dan keutamaan jiwanya”.

Turut dikupas dalam buku ini tentang konsep pembelajaran ilmu. Bagi golongan yang bergelar guru, perkara yang boleh kita ambil perhatian di sini (dalam penulisan buku ini) ialah, guru memberi kesan yang besar dalam perkembangan, personaliti, mental, fizikal dan spiritual setiap manusia. Guru memaikan peranan penting sebagai pengajar, pengurus, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga inovator iaitu orang yang membawa pembaharuan. Ini adalah kerana guru menjalankan tugas untuk membina kemurnian jiwa, pemikiran dan tingkah laku murid. Guru merupakan model dalam keperibadian sebagai pendidik kepada murid-murid. Sebab utama kemerosotan moral, disiplin dan akhlak adalah kerana pendidikan yang terlalu menekankan aspek kognitif dan psikomotor untuk pencapaian cemerlang dalam peperiksaan sahaja.

Keperluan pendidikan awal ditekankan oleh Al-Ghazali yang mana secara ringkasnya adalah seperti berikut; (1) Pendidikan anak mula diperhatikan sejak lahir lagi yang mana asuhan dan penjagaan diserahkan kepada perempuan yang baik akhlaknya. (2) Membiasakan anak-anak hidup secara sederhana antaranya dianjurkan anak berpakaian putih dan tidak bercorak garang dan ditegah anak tidur di tilam yang tebal supaya otot badannya menjadi kuat. (3) Anak-anak diajar al-Quran, hadis-hadis pilihan dan biografi tokoh-tokoh besar dan hindarkan membaca syair atau puisi yang tidak bermoral. (4) Beri peruntukan waktu yang cukup untuk pendidikan jasmani supaya badannya menjadi sihat. (5) Menyemai akhlak yang mulia dan tingkah laku yang sopan. (6) Pelihara pergaulan anak-anak daripada teman yang nakal. (7) Memberi ganjaran bagi setiap budi pekerti yang dilakukan. (8) Jangan banyak mencela atau memaki anak-anak yang melakukan kesilapan dan kesalahan. (9) Anak diajarkan ilmu syariat ketika memasuki alam remaja. (10) Anak perlu pelajari ilmu aqliah di peringkat dewasa.

Kesimpulannya, melalui pembacaan bahan ilmiah yang telah dikaji diperingkat tinggi ini maka dapatlah kita mengambil manfaat sepenuhnya untuk digunakan sebagai rujukan dan panduan dalam memperbaiki dan menambahkan pengetahuan sedia ada. Buku ini boleh dijadikan sandaran dalam membina pendidikan berkesan membentuk cara kehidupan pembelajaran yang dianjurkan oleh imam Al-Ghazali.


Sekian, terima kasih.

Beberapa link yang bleh kita lihat berkenaan tajuk buku berkaitan

1) http://www.scribd.com/doc/5382480/Imam-Al-Ghazali

2) http://www.ujanailmu.com.my/pd-idea-idea-pendidikan-berkesan-al-ghazali-dan-konfusius.cfm (buku baru)

Khamis, 7 April 2011

KSSR TMK -April

Pada hari ini (07-April-2011) saya bersama En.Rasyid menuju ke Pusat Akses seklah untuk mengenal pasti komputer sekolah yang boleh digunakan bagi tujuan PNP dan aktiviti lain.

Alhamdulillah syukur ke atas nikmat ALLAH yang memberi pertolongan, 8 buah komputer dapat digunakan dengan baik dan segala perisian TMK untuk KSSR tahap 1 telah pun saya masukkan dalam komputer berkenaan.


Untuk itu, perisian tersebut boleh digunakan bagi tujuan perlaksanaan TMK kepada murid-murid tahap 1. Sejauh mana kepentingan TMK untuk penilaian murid masih samar bagi saya. Diharap kawan-kawan yang lain dapat beri tunjuk ajar kepada saya. Kini baru masuk fasa pertama.

Syukur juga kerana di sekolah kini punyai talian interney (streamyx) yang baru dipasang dan selamat digunakan bermula isnin yang lepas (04-April-2011). Alhamdulillah, penggunaan internet di sekolah dalam kalangan guru amat menggalakkan terutama kepada saya juga mustakim260984@gmail.com

Banyak maklumat dan bahan boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti samada untuk tujuan pnp, pengurusan, dan pelbagai lagi. Semoga dengan internet ini menambahkan rasa dan semangat bekerja secara berpasukan dengan lebih baik kerana hubungan antara guru secara tidak langsung dapat terus behubung samada dalam laman sosial mahupun secara emel. Denga kata lain, guru lebih senang dan mudah interaksi bersama jauh dan dekat ;)


Sekian....
dalam proses untuk belajar kajian tindakan...tQ cikgu-cikgu yang banyak membantu saya.
Banyak perkara penyeledikan boleh dibuat..tapi saya hendak memilih tajuk atau isu 
(BUKU KERJA MURID!)

ASSALAMUALAIKUM

Sabtu, 2 April 2011

Aprilnyer

Belum sedia untuk menulis...

Masih banyak perkara perlu diperbaiki dan dilaksanakan

Belajar selagi masih hayat di kandung badan 

InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails