Alhamdulillah, setelah bermesyuarat pada hari Rabu (21-Sept-2011)
(DOWNLOAD KERTAS KERJA DENGAN KLIK DI SINI >>KERTAS KERJA<<)
Kertas kerja bagi Program Sambutan Hari Raya AIdilfitri dan Majlis Perpisahan Guru (NHA) telah berjaya di siapkan pada hari Kahmis (22-Sept-2011). Kertas kerja itu diserahkan kepada PK dan GB untuk di semak dan disahkan seterusnya diberikan kepada Pn.Dayang Rohani untuk satu salinan bagi tujuan simpanan pentadbir dan satu salinan saya pegang supaya boleh di dokumentasikan untuk program ini.
Syukur juga kerana kerjasama dari semua guru amat memuaskan atas kehadiran dan sumbangan yang diberikan pada majlis yang telah diadakan tadi (23-Sept-2011)
Dalam kesibukan itu, saya sempat juga berbincang bersama Cikgu Nordin dalam mengaplikasikan sistem HRMIS bermula jam 11.00pagi hingga 11.30pagi lebih kurang begitu (23-Sept-2011)
Setelah selesai solat jumaat, tidak ada masa yang menunggu kita tetapi kita lah yang menggunakan masa itu dengan baik. Saya bersegera ke SK Paris 3 Kinabatangan kembali untuk laksanakan kerja sebagai Guru Data Maklumat (update maklumat enrolmen murid dan LDP Guru (cikgu Nordin)( serta memasukkan data Guru Kelas yang dilantik) - Maklumat/ciri/item terbaru dalam EMISonline.
Sebelum ke sekolah tadi, saya sebenarnya ke rumah sewa cikgu azuar dan membicarakan akan perkara lampau dan akan datang. Sesungguhnya banyak kenangan manis sepanjang di rumah tersebut selain itu terkenang saat kebanjiran air dalam rumah. (gambar akan saya masukkan dalam minggu depan)
Jazakallah
Terima kasih kerana membaca.
Mahu balik rumah sudah kerana masa sudah lewat sangat (3.30ptg)
Selamat berhari raya sepanjang cuti 2hari ini gunakanlah dengan sebaik mungkin.
Maaf Zahir dan Batin
(Dikemaskini kembali pada 19-Julai-2012 Khamis 10.46 p.m.)
Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Jumaat, 23 September 2011
Kem Bestari Solat 2/2011
KBS....
Itulah singkatan bagi program Kem Bestari Solat
Julung kali saya terlibat secara langsung dalam KBS ketika dalam praktikum di SK Sri Jelok Kajang.
Seterusnya setelah posting di SK Paris 3 Kinabatangan, cabaran KBS lebih hebat dengan penglibatan murid yang datang dari kelompok luar/pinggir bandar.
Tidak dinafikan bahawa KBS ini ada manfaat dan faedah untuk murid malah juga kepada diri saya yang perlu belajar dan ingat kembali makna dalam setiap bacaan di dalam solat ;)
Kali ini, Panitia Agama Islam telah mengadakan KBS pada semester 2 pada hari Rabu dan Khamis yang lepas bertarikh 21 dan 22 hb September 2011 bertempat di Surau SK Paris 3 Kinabatangan yang bermula jam 12.30 t/hari hingga 4.00petang (sepertimana yang dimaklumkan oleh Ustaz Rahmat kepada saya pada hari rabu lepas -21Sept2011)
Maka, dalam kesempatan yang terhad saya sempat mengambil gambar ketika pelaksanaan KBS yang laksanakan di dalam surau.
Kelihatan pelajar dari SMK Paris turut bersama membantu dalam perlaksanaan KBS. Syabas dan tahniah di ucapkan serta Jutaan terima kasih kepada pelajar-pelajar SMK Paris Kinabatangan yang membantu menjayakan perlaksanaan KBS ini dari mula hingga akhir.
Kali ini, murid-murid yang terlibat terdiri dari murid tahap 2 iaitu Tahun 4 pada hari Rabu dan Tahun 5 pada hari Khamis mengikut jadual yang telah diatur oleh pengurusan AJK KBS (Panitia Agm Islam)
Untuk mengetahui lebih lanjut, saya mendapatkan beberapa sumber KBS dari internet yang dapat saya kongsikan.
Semoga KBS untuk akan datang, mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua murid dan guru-guru agar matlamat dan pencapaian yang lebih baik di capai.
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan hari esok lebih baik dari hari INI
Sekian
Mustakim
(dalam bilik Guru 3.05pm 23 September2011) -lepas buat kerja EMISonline-
KLIK SINI BEST >>> http://mendidik.blogspot.com/

Rabu, 21 September 2011
Unit Bimbingan Kaunseling 2011
Pada hari ini menyaksikan berita GEMPAR bahawasanya Cikgu Nik Helmi Azuar sememangnya sudah disahkan berpindah dengan menerima panggilan telefon dari PPD Gombak pada hari semalam (20-sept-2011).
Seterusnya, pada hari ini saya berkesempatan untuk mengambil beberapa keping gambar di sekitar bilik Unit Bimbingan Kaunseling yang telah diadaptasikan oleh Cikgu Nik Helmi Azuar hasil usaha keras beliau.
Sokongan padu dari pihak sekolah juga menyaksikan, beberapa program UBK juga turut berjalan lancar dengan menggunakan KEWANGAN dari UBK itu sendiri yang turut dikongsi oleh Guru Pemulihan.
Dikesempatan ini, saya mengambil gambar bersama cikgu Azuar yang berpakai t-shirt pengakap (beliau merupakan Penolong Pesuruhjaya Daerah yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Daerah dan Tugas-tugas Khas). Beliau juga merupakan penerima anugerah Pengakap Raja dan juga menjadi sebahagian daripada persaudaraan pengakap raja di Negeri Sabah ;)
Syabas dan tahniah atas pencapaian beliau sepanjang hampir 2 tahun berada di Negeri Di Bawah Bayu....
Moga sukses selalu....

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011
Semalam (20-Sept-2011)
Pada jam 9.15pagi, PK1 bertemu dengan saya dalam biliknya untuk membincangkan sambutan hari raya di peringkat sekolah. Pada awal perancangan, majlis ini dikendalikan oleh unit HEM, memandangkan cikgu Emran menjalankan kursus (HOKI) di Sandakan sepanjang minggu ini, tgas ini diambil alih oleh saya (dilantik sebagai setiausaha) dan Cikgu Nik Helmi Azuar sebagai Penyelaras program tersebut.
Dipendekkan cerita, saya cuma menyiapkan draf (kertas cadangan) terlebih dahulu untuk tujuan tersebut dan hantar kepada Cikgu Nik Helmi Azuar untuk semakan selaku penyelaras dan PK1 untuk semakan kedua dan GB untuk disahkan. (GB memaklumkan keluarkan memo untuk adakan mesyuarat pada 21-Sept-2011 Rabu).
Cikgu Nik Helmi Azuar telah meletakkan memo untuk hadir ke mesyuarat yang akan membentangkan kertas cadangan bagi program tersebut.
......................................................
Pada hari ini (21-Sept-2011)
Sepertimana yang telah dirancangkan, mesyuarat bermula jam 12.00 t/hari (sambil menanti beberapa orang guru lain untuk hadir dalam bilik gerakan manakala Ustaz Rahmat dan Ustazah Salmah menguruskan program dalam Surau untuk KBS bagi murid tahun 4 yang bermula jam 12.30pm hingga jam 4.00pm)
Pada jam 12.17pm mesyuarat telah dimulakan yang dipengerusikan oleh GB dengan kata ucapan TAHNIAH kepada Cikgu Nik Helmi Azuar kerana dapat berpindah ke tempat asal (GMBAK) berdekatan dengan rumah, isteri dan anak. Seterusnya GB menyerahkan kepada Cikgu Nik Helmi Azuar untuk teruskan agenda mesyuarat (pembentangan kertas cadangan majlis sambutan hari raya 2011)
Cikgu Azuar memulakan pembentangan dengan suasana yang agak sayu dan sedih kerana hati beliau masih terpaut dengan kenangan terindah di sekolah yang menjadi DUNIA BARU beliau bermula Januari2010 hingga kini SEPTEMBER2011. Namun, beliau meneruskan juga pembentangan yang telah dirancangkan.
GB memaklumkan bahawa PPD tidak hadir dan ubah tajuk majlis kepada tambahan Majlis Perpisahan Guru (Cikgu Nik Helmi Azuar) dan memaklumkan Bendahari kedua ialah Pn. Dayang.
Perbincangan yang agak ringkas dan padat dalam mesyuarat kali ini menyaksikan penggunaan masa yang OPTIMUM telah berjaya di laksanakan. Maka, mesyuarat tersebut telah mencapai kata sepakat bahawa beberapa perkara yang dikenal pasti ialah
-guru kelas mendapat peruntukan yang akan diserahkan oleh Pn. Dayang selepas mesyuarat
-guru diminta membawa juadah untuk sambutan hari raya RUMAH TERBUKA SK Paris 3 Kinabatangan
-program ZIARAH dari kelas ke kelas mengambil masa 10minit bagi satu-satu kelas
Setelah selesai mesyuarat
Round TABLE!!!
PK1 ingatkan kepada semua Ketua Panitia untuk laksanakan E-Cerap dan mengambil borang sekiranya belum diperolehi.
Sekali lagi GB ucapkan TAHNIAH dan terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Nik Helmi Azuar atas sumbangan dan keringat bakti beliau untuk sekolah ini.
TAHNIAH CIKGU!
Sambungan dari penulisan ini ialah esok dan luas untuk melihat persediaan guru dan murid dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 dan Majlis Perpisahan Guru (Nik Helmi Azuar).

Isnin, 19 September 2011
Hadiah dan Tugas Ketua Panitia
19-Sept-2011 (Isnin)
Setelah mendapat cuti selama 3hari bermula 16-sept sempena dengan Hari Malaysia di ikuti dengan hari sabtu dan ahad, terasa amat syukur dengan masa rehat 3hari ini dapat digunakan dengan baik. Alhamdulillah. bagi mereka yang mengadakan rumah terbuka sempena hari raya dapat juga dikunjungi ;)
Pada hari ini, perhimpunan berjalan seperti biasa yang bermula jam 6.45pagi kedengaran loceng sekolah pun berbunyi.
Perhimpunan kali ini, PK 1 menyampaikan pesanan dan maklumat penting kepada murid agar menyalurkan maklumat yang betul dan tepat kepada mana-mana pihak agar tidak di salah tafsirkan oleh pihak luar sekolah. Sekiranya perlu untuk berunding boleh di atasi bersama-sama dengan pihak sekolah.
CikguSaedah pula menggunakan kesempatan pada hari ini untuk menyampaikan hadiah bagi para peserta yang menang dalam pertandingan / acara yang diadakan sepanjang minggu Pusat Sumber Sekolah yang diadakan sebelum ini.
Setelah perhimpunan selesai, murid-murid masuk ke kelas seperti biasa.
Sebelum masuk ke kelas, saya sempat untuk online melihat perkara-perkara yang baru dalam laman web KPM sekiranya ada.
Setelah mencetak (print) beberapa dokumen untuk diserahkan kepada Puan Dayang (cetak slip gaji bulan september 2011) dan beberapa pekeliling dan surat siaran dari KPM untuk rujukan/semakan Guru Besar, saya bersiap untuk masuk ke kelas pertama Bahasa Inggeris Tahun 4 ProAktif ;)
Hari ini belajar Conjunctions (ulang kaji jer dulu)
Pada jam 11.05pagi..saya sempat bertanya beberapa soalan kepada Cikgu Joenas selaku Setiausaha Peperiksaan (2010) sebelum ini mengenai keputusan, analisis dan graf akademik dan tugas Ketua Panitia.
Cikgu Joenas menerangkan dengan baik dan menyatakan bahawa Ketua Panitia (KP) akan menyimpan maklumat keputusan peperiksaan sem 1 dan sem 2, serta ujian 1 dan 2 dimasukkan dalam fail panitia. Sekiranya ada ujian Excel dan Percubaan UPSR (untuk murid tahun 6) dimasukkan juga dalam fail panitia. Tetapi semua keputusan itu telah di analisis terlebih dahulu dari segi
1) Kenalpasti kelemahan / kekuatan dari keputusan yang diperolehi
2) Cadangan@Langkah cara untuk mengatasi / meningkatkan akademik
Semua analisis ini dibincangkan setelah dibentangkan oleh SUPeperiksaan dan Ketua Panitia bersama guru yang mengajar.
Setelah di analisis dalam bentuk jadual dan graf, di simpan dalam fail panitia.
(ini lah hasil pembelajaran pada hari ini)
Setelah siap graf tersebut, saya emel kepada semua guru sains untuk rujukan ;)
Saya lambat bertanya. maka lambatlah tindakan yang dilaksanakan. InsyaALLAH untuk dilain masa, perkara sebegini akan diperbaiki untuk kemudahan bersama.

Jumaat, 9 September 2011
Buku RPH
Seperti biasa setiap hari Jumaat semua guru akan menghantar buku RPH kepada pentadbir sekolah (ada pilihan juga samada nak hantar hari Jumaat atau Isnin pun boleh). Tidak juga saya yang mulai hantar buku rph pada hari Jumaat.
Bleh dikatakan sebelum ini, tidak dapat hantar secara konsisten kerana tidak dapat atur masa sendiri dengan baik. Syukur Alhamdulillah, sejak masuk bulan Ramadhan yang lepas, banyak mengajar untuk atur masa sendiri dengan lebih baik sebelum ini. Namun banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dalam setiap kekurangan yang tidak terperasankan ;)
Tiba sahaja di bilik guru pada pagi ini (6.30pagi), saya melihat satu kejadian yang amat mendukacitakan iaitu bekas Tuuperware (warna biru) sudah di gigit TIKUS!!!
Argh....begitulah rasa hati, namun setelah mengambil wudhu dan membaca kalamullah hati jiwa ini terasa sedikit kesejukan....setelah diperhatikan rupanya kipas angin dalam bilik guru semuanya terpasang...patut pun rasa sejuk...
Melihat perkara ini (bekas di gigit tikus), saya bertanya kepada En.Emran andai kenali sesiaa yang menjual bekas tupperware (keran saya hendak beli lah sebagai ganti kepada Isteri saya yang beli bekas itu sebelum raya puasa hari itu kat sekolahnya).
Ternyata tidak salah lagi bahawa beliau (en.Emran) juga merupakan AGEN kuat bagi produk tersebut dan memberi sedikit panduan kepada saya (templet bulan MAC 2011). Ternyata harga bagi satu barangan tupperware tidak ada tolok bandingannya iaitu RM78 untuk 4 biji. Tapi saya mahu beli satu jerk..makanya lebih kurang RM20 lah kan???
Begitulah cerita waktu pagi tadi (09-Sept-2011)
Sebelum masuk ke kelas Bahasa Inggeris 4Proaktif jam 10.00pagi bermula, saya menemui Aslina yang merupakan murid kelas 6Progresif (saya ajar kelas sains di sana). Saya beri kertas ujian percubaan sains untuk kelas sains 6PG yang telah ditanda (soalan dari Negeri Kelantan)
Saya nyatakan bahawa, bagi sesiapa murid yang mendapat markah menurun (markah Percubaan dibandingkan dengan markah UPSR sebenar), maka mereka akan menulis surat tunjuk sebab nyatakan KENAPA BERLAKU BEGITU????
Itu adalah sedikit teguran yang dapat saya laksanakan dan maklumkan juga kepada Aslina bahawa terdapat rakan sekelas yang mendapat markah semakin rendah dari trial 1,2 dan 3. Namun mempunyai peningkatan pada Ujian Percubaan ini (kertas soalan dari Negeri Kelantan).
Perkara yang UTAMA ialah usaha sedikit sahaja lagi pada sabtu ahad ni dan betulkan fokus kamu. Itulah kata-kata terakhir saya kepada Aslina dan saya juga maklumkan bahawa pada minggu hadapan bermula Isnin hingga Khamis (tamat UPSR) saya tidak akan berada di sekolah kerana menjalankan kerja (tenggung jawab AMANAH) di luar sekolah.
Harapan dan doa dari semua guru-guru juga dapat ubah takdir untuk menjadi lebih baik.
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayat kepada saya dan kita semua. Amin
(
Khamis, 8 September 2011
TAKLIMAT GURU
File 1-Taklimat Kepada PPPS DAN PPPLD-Ringkasan
DILETAKKAN DALAM BLOG PADA 08-SEPT-2011 KHAMIS 2.55PETANG DI Bilik Guru SK Paris 3

Tonton.Com.My
First time pada hari ini juga telah mendaftarkan diri sebagai pengguna TONTON.COM.MY
Dengar tonton ni pun dari iklan kat tv3. Walaupun sudah lama, tetapi masih banyak masa asyik dengan FACEBOOK jerk.
Setelah buka laman web tonton nih, rasa macam best pulak kerana saya dapat tonton rancangan kegemara saya iaitu BERITA TERKINI, Buletin Utama, Berita jam 1.30 dan banyak berita lagi.
Bila duduk kat umah selalu juga berkongsi TV bersama isteri akibatnya dapat tengok berita sekejap sahaja. Namun bila bukak astro, asyik berita berulang pula. Berita paling best ialah di TV3 jika tidak melibatkan politik lah ;)
AMbil perkara yang baik dan tinggalkan yang buruk
Wujudkan sifat MAHMUDAH dalam hati jiwa kita
InsyaALLAH mendapat berkat dalam hidup
Bersangka baiklah kita
Segalanya untuk ALLAH
AMIN

Jam ELLY
Sengaja mahu dikongsikan bersama....
Ini ialah Jam terbaru ELLY punyer.......
Dibeli kat Sabah Book Store
Hehehe....
(Sempena hari jadinya yang ke-27 pada 29hb Ogos ;)

Amanah dan Tanggung Jawab
Pada hari ini (08-Sept-2011) Khamis saya menuju ke Bilik Mesyuarat PPD Kinabatangan untuk menghadiri satu mesyuarat/taklimat khas (yang bermula jam 8.30pagi) bagi mereka yang telah dilantik dan diberi AMANAH!
Satu demi satu agenda dibentangkan dan segala teknik yang ditunjukkan perlu diperhatikan dengan teliti agar dapat dilaksanakan pada minggu hadapan tanpa kesilapan yang disengajakan, namun kesilapan yang tidak disengajakan boleh di atasi sekiranya diambil langkah berjaga-jaga.
Sebelum menuju ke PPD Kinabatangan, saya berada di sekolah untuk puch card dahulu (6.33am) kemudian menguruskan beberapa dokumen untuk murid tahun 6 (yang menjawab soalan kuiz semalam, TAHNIAH kepada kumpulan Nurul Audy kerana perolehi markah PENUH!).
Setelah selesai, saya maklumkan kepada Cikgu Nik Helmi Azuar bahawa saya akan menuju ke PPD sebentar lagi da beliau boleh menggunakan masa yang ada bersama murid tahun 6 bagi tujuan motivasi/kaunseling dengan sebaiknya. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah Taala. Syukur.
Setelah mengambil sarapan sedikit di kantin (mee hon goreng+telor mata+sosej+nescafe tarik) dan membayar sebanyak RM3.50 kepada Risman, saya segera untuk ke PPD.
Setibanya di kawasan luar sekolah, saya terlihat beberapa buah kenderaan besar dan pekerja-pekerja sedang asyik melakukan sesuatu. Saya mengambil gambar seketika dalam waktu itu.
Kelihatan projek untuk memasang paip air dari luar (tepi jalan raya utama SANDAKAN-LAHAD DATU menuju masuk ke dalam perkarangan sekolah). Adalah diharap projek ini berjalan lancar.
Setiba kembali ke sekolah (tiba jam 12.20 t/hari bergerak dari PPD jam 11.40a.m.), saya juga menyaksikan beberapa kenderaan keluar dari kawasan seklah (fenomena ini memang terjadi setiap hari persekolahan cuma saya tidak ambil endah). Kelihatan jambatan kecil di sana terlalu sesak dengan pelbagai jenis kenderaan samada yang besar dan kecil. Dikatakan bahawa jambatan kecil itu sudah lama dibina malah pernah beberapa kali di perbaiki bagi tujuan keselamatan.
Namun perkara yang dirisaukan ialah, bala bencana dan kemalangan itu tidak berbau! Adalah lebih baik mencegah dari pada di ubati (kata-kata ini sudah biasa kita dengar tetapi MALAS untuk dipraktikkan).
Berdoalah kita agar bantuan untuk menaiktaraf kerja JAMBATAN dapat dilaksanakn dengan secepat mungkin. Antara tunding menunding jari dan tuduh menuduh siapa yang perlu lakukan tidak akan kesudahan. Perkara yang paling utama ialah berdoa, berusaha dan bertawakkal. Kadang-kadang usaha kita mengharap kepada sesuatu selain daripada Allah lebih tinggi kerana doa dan pengharapan kta yang rendah kepada ALLAH YANG MAHA BERKUASA.
Moga ALLAH beri petunjuk dan hidayat kepada hati ini dan kita semua. Amin.
Subhanallah.

Langgan:
Catatan (Atom)