PROSES HIDUP TUMBUHAN
Pada hari Jumaat lepas bersamaan dengan 30-Mac-2012, saya masuk ke kelas tahun 4 untuk memulakan topik baru iaitu Tumbuhan Membiak.
Soalan diajukan kepada murid secara rawak
1) Siapa pernah menanam pokok? atau pokok bunga?
2) Bagaimana kamu tanam? Menggunakan apa? Biji? Batang atau apa?
Kebanyakan murid dapat menjawab dengan baik dan memberikan respon yang amat baik. Secara rawak 15 orang murid daripada 34 orang pernah menanam pokok dengan berbagai jenis.
(link tambahan KEMANDIRIAN TUMBUHAN SAINS TAHUN 5)
Berikut, saya mahu kongsikan kepada semua mengenai Tumbuhan Membiak.
Lihat nota di bawah
Tumbuhan membiak kerana
Untuk memastikan kemandirian spesiesnya (untuk teruskan hidup dan tidak kehilangan spesiesnya/jenisnya)
Cara Tumbuhan membiak
Klik untuk baca lagi
(1) BIJI BENIH
Berikut merupakan beberapa contoh Pokok
Biji benih dalam paket untuk dijual Biji benih pokok cili yang telah tumbuh dengan hasil.
Pokok tomato juga ditanam dengan biji benih. Begitu juga dengan pokok rambutan.
(TUMBUHAN BERBUNGA MEMBIAK MELALUI BIJI BENIH)
(Bunga biasanya menjadi buah yang mengandugi biji benih)
(Apabila ditanam, biji benih akan bercambah menjadi anak pokok)
Soalan: Nyatakan 5 lagi jenis tumbuhan yang membiak melalui biji benih.
(2) SPORA
Tumbuhan tidak berbunga membiak melalui spora.
Contoh tumbuhan tidak berbunga
Paku pakis
LUMUT
ALGA
Kulat juga membiak melalui spora.
Contoh kulat ialah
CENDAWAN
Spora di sebarkan melalui ANGIN.
Spora akan bercambah apabila jatuh ke atas TANAH yang berkeadaan SESUAI
Tanah yang sesuai seperti mempunyai HUMUS dan AIR yang mencukupi dan SUHU yang sesuai.
Lihat gambar di bawah
(Kapsul spora di permukaan bawah daun)
Uji minda!
Adakah tumbuhan yang tumbuh di atas sekeping roti (lama) merupakan tumbuhan pembiakan spora?
Melalui DAUN
-Contoh tumbuhan yang membiak melalui daun ialah
POKOK BEGONIA
POKOK SETAWAR
(Apabila daun jatuh ke tanah, tunas yang berada di bahagian daun akan tumbuh menjadi anak pokok)
Melalui KERATAN BATANG
-Sebahagian daripada batang tumbuhan dipotong daripada induknya dan ditanam di dalam tanah.
Contoh tumbuhan yang membiak melalui keratan batang ialah
BUNGA RAYA
POKOK TEBU
POKOK UBI KAYU
(Keratan batang adalah satu contoh pembiakan buatan)
MELALUI BATANG BAWAH TANAH
-Bawang bawah tanah mempunyai tunas
-Tunas akan tumbuh menjadi anak pokok
-Batang bawah tanah mengandungi makanan simpanan
-Makanan itu untuk tunas yang hendak tumbuh
Contoh tumbuhan yang membiak melalui batang bawah tanah ialah
POKOK BAWANG
POKOK HALIA
POKOK KUNYIT
MELALUI SULUR
- Sulur ialah PUCUK yang tumbuh dari batang bawah tanah
-ANAK-anak pokok tumbuh di sekeliling pokok induk
Contoh pokok yang membiak melalui SULUR ialah
POKOK BULUH
POKOK KELADI
POKOK NANAS
POKOK PISANG
Nota tambahan untuk TUMBUHAN MEMBIAK boleh rujuk di sini
Dikemaskini kembali pada 5-April-2012 (Khamis) @ 5.38 p.m.
Lembaran Kerja Cara Tumbuhan Membiak
Sumber : http://www.scribd.com/doc/87163806/Lembaran-Kerja-Cara-Tumbuhan-Membiak
thanks a lot...content dlm blog ni bnyk membantu sy utk sbg guru pelatih utk mengajar subjek sns sbg minor sy..jazakallahu khairan kathiraa...terima kasih atas perkongsian ilmu=)
BalasPadammost welcome..thank you for your support ;) jemput datang lagi ya
Padamterima kasih. blog cikgu membantu saya mencari bahan untuk folio tahun 4 anak saya..
BalasPadamsama-sama...maklumat asas ini juga boleh diperolehi di google asalnya. cuma saya tukar kepada nota ringkas. terima kasih juga kerana berkunjung dan meninggalkan komen ;) jumpa lagi
Padamterima kasih cikgu dari abdul wafi sk taman ria,sg.petani
BalasPadamsama-sama...terima kasih juga kerana sudi kunjung blog ini ;)
PadamTerima kasih kerana kandungan blog ini benar2 membantu saya dalam mengajar anak sy..
BalasPadam